Liridon Krasniqi: Saya Harap Malaysia Boleh Jadi Macam Thailand

Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi mengakui banyak perbezaan diantara Liga Malaysia dan Liga Thailand. Beliau yang kini beraksi di Thai League 1 bersama Khon Kaen Utd dengan status pemain pinjaman telah pun beraksi sebanyak 5 perlawanan bagi musim baru ini. Pemain yang lebih dikenali sebagai ‘Mat Don’ ini berpendapat Liga Thailand mempunyai tahap intensiti permainan […]

Sepak Mula Final Piala AFC Jam 7 Malam, Penyokong Berang

Perlawanan akhir Piala AFC yang melibatkan pertembungan antara KL City dan juga wakil Oman Al-Seeb difahamkan berlangsung jam 7 malam. Aksi penting buat wakil Malaysia ini sudah tentunya menagih sokongan daripada puluhan ribu penyokong tegar dalam usaha melenyapkan harapan lawan di laman sendiri. Walau bagaimanapun, aksi dramatik ini sedikit mengundang rasa kurang senang dalam kalangan […]

Nafuzi Zain Tunggu Jawapan Pengurusan Terengganu

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain masih menanti jawapan daripada pihak pengurusan Terengganu mengenai masa depannya bersama kelab. Pencapaian jurulatih muda berusia 44 tahun ini cukup luar biasa pada musim ini apabila berjaya mara ke pentas akhir Piala FA dan juga mengakhiri saingan Liga Super di tempat kedua. Hal ini sekaligus menyaksikan pasukan yang berpangkalan […]

Panggilan Lim Teong Kim Bukan Untuk Bawa Luqman Pulang

Panggilan ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim terhadap bintang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin bukan untuk membawanya pulang ke Malaysia. Menerusi laporan sumber yang bercakap kepada Arena Metro, beliau mengesahkan bahawa bekas jurulatih pasukan muda Bayern Munich ini ada menghubungi bekas anak didiknya di Belgium itu. Walau bagaimanapun, panggilan itu bukanlah bertujuan untuk membawa […]

Penyanyi Terkenal Dunia Bakal Serikan Malam Bunga Api JDT

Malam gemilang sambutan kejuaraan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal diserikan dengan persembahan oleh penyanyi terkemuka dunia, 15 Oktober nanti. Tahun 2022 menjadi tahun yang cukup gemilang buat JDT dan juga Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) yang bertungkus-lumus memastikan kelab menempa pelbagai kejayaan. Baginda dalam satu temubual bersama Nindia Bola juga ada […]

BTS ‘Lariskan’ Korea Jadi Tuan Rumah Piala Asia 2023

Persatuan Bolasepak Korea (KFA) mempamerkan kesungguhan untuk menambat hati AFC bagi mendapatkan mandat selaku tuan rumah Piala Asia 2023 apabila mempertaruhkan khidmat kumpulan terkenal,  BTS untuk mempromosikan usaha mereka. BTS yang juga dikenali sebagai Bangstan Boys di Korea Selatan merupakan sebuah kumpulan nyanyian lelaki yang cukup popular di serata dunia. Usaha KFA dilhat memasuki fasa yang […]

Liga Super: Negeri Sembilan Hangatkan Perebutan Slot Asia Tewaskan Melaka United

Aksi Liga Super ke-21 melibatkan pertembungan antara Negeri Sembilan dan Melaka United berkesudahan dengan kemenangan sah menjadi milik tuan rumah. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik tatkala Negeri Sembilan kini dalam misi ke Asia pada tahun hadapan. Pasukan pelawat jelas memberi tentangan yang cukup baik pada awal permainan dengan beberapa gerakan yang hampir memerangkap lawan. Namun […]

Liga Super: Cheng Hoe Terus Gah Pacu Selangor Benam Sarawak United

Pertemuan saingan Liga Super ke-21 melibatkan pasukan Sarawak United dan Selangor berkesudahan dengan kemenangan milik Selangor. Kedua-dua pasukan bermula dengan baik apabila melancarkan serangan bagi mendapatkan jaringan awal. Kekebalan benteng pertahanan pasukan jelas menjadi kunci untuk mengawal keadaan pada 15 pertama permainan. The Red Giants yang turun dengan kesebelasan terbaik lebih mendominasi perlawanan dengan beberapa […]

Jurulatih Qatar ‘Intai’ Bakat Muda Malaysia

Jurulatih pasukan Qatar kini mula memberi tumpuan terhadap kemampuan pasukan muda Malaysia yang berjaya melangkah ke Piala Asia Bawah 17 tahun. Pasukan kendalian Osmera Omaro muncul selaku juara Kumpulan B selepas berjaya memperoleh tiga kemenangan dan juga satu seri untuk mengesahkan kemaraan. Keputusan memberangsangkan ini telah pun menarik perhatian banyak pihak tenyang kemampuan sebenar pemain […]

Layak Ke Piala Asia B-17, Kim Swee Akui Perbezaan Pemain Muda Malaysia Dan Jepun

Kejayaan Skuad Bawah 16 Tahun Negara lolos ke Piala Asia Bawah 17 (B-17) tahun hadapan ternyata memberikan pelbagai reaksi berbeza mengenai sistem pembangunan bola sepak negara. Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mempunyai pendapat beliau yang tersendiri mengenai kejayaan tersebut. Kim Swee berpendapat masih terlalu awal untuk menilai kejayaan sistem pembangunan bola sepak negara. […]

Bintang Muda Sasar Bawa Malaysia Ke Piala Dunia

Bintang muda pasukan bawah 16 tahun negara, Aisy Al Hakim tekad untuk membantu Malaysia mara ke pentas Piala Dunia. Pemain berusia 15 tahun itu merupakan anggota skuad muda negara bagi mengharungi kempen Kelayakan Piala Asia Bawah 16 Tahun di Indonesia. Malah, beliau yang juga merupakan anak kepada bekas pemain bola sepak, Hasnizam Uzir memainkan peranan […]

Osmera Omaro: Indonesia Pasukan Kuat, Kami Dah Lama Perhatikan

Ketua jurulatih pasukan bawah 17 tahun negara, Osmera Omaro mengakui bahawa Indonesia merupakan pasukan yang kuat namun percaya kerja keras skuad negara membuahkan hasil. Sejurus tamat perlawanan semalam, pengendali berusia 43 tahun itu menegaskan bahawa kejayaan Malaysia ini hasil kerjasama banyak pihak sekaligus berjaya membantu pasukan muda negara mencipta sejarah. Mengulas lanjut, bekas pelatih AMD […]

Dibelasah Malaysia, Jurulatih Indonesia Sedar Silap Sendiri

Pengendali pasukan Indonesia Bawah 17 Tahun, Bima Sakti akur dengan kekalahan besar 5-1 kepada Malaysia dalam aksi Kelayakan Piala Asia B-17 semalam. Lebih memilukan, lima gol yang dijaringkan Malaysia hanya dijaringkan pada separuh masa pertama perlawanan dan agak sukar buat Sang Garuda untuk pamer kebangkitan pada separuh masa kedua. Bima Sakti sedar kesalahan yang beliau […]

Malaysia Bantai Indonesia, Layak Ke Piala Asia B-17

Pertembungan dramatik antara pasukan Malaysia menentang Indonesia berlangsung cukup sengit sebelum Malaysia menang dengan keputusan 5-1. Perlawanan Kelayakan Piala Asia Bawah 17 tahun ini berlangsung dengan cukup baik dengan kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik dalam misi meraih 3 mata. Malaysia mempamerkan kematangan sungguhpun pada awal permainan, Indonesia menguasai sebahagian besar perlawanan. Sentuhan dan percaturan […]

Info Siaran Langsung Indonesia vs Malaysia U17 / Kelayakan Piala Asia U17

Perlawanan terakhir kumpulan B dalam pusingan Kelayakan Piala Asia U17 menemukan pasukan Indonesia dan Malaysia yang dijadulkan berlangsung hari ini jam 9 malam (waktu Malaysia). Selepas 3 perlawanan, Indonesia kini memperoleh 9 mata selepas memenangi kesemua perlawanan diekori rapat Malaysia di kedudukan ke-2 dengan 7 mata. Malaysia perlu mencatatkan keputusan menang untuk melayakkan diri ke […]

Selangor Sasar Kedudukan Lebih Tinggi Liga Super

Selangor menyasarkan untuk mengakhiri saingan Liga Super pada kedudukan yang lebih baik pada musim ini. Menerusi satu kenyataan oleh ketua jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe, beliau berharap agar format baharu yang cuba diperkenalkan oleh MFL ini diterima umum. Katanya, undian ini juga bakal memberikan motivasi buat para pemain untuk mengakhiri saingan musim ini pada kedudukan […]