Ketinggian Syihan Hazmi Jadi Pelengkap JDT Hadapi Musim 2023

Kemasukan penjaga gol baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi dilihat telah melengkapkan skuad tersebut bagi menghadapi jadual padat musim 2023. Pemain berusia 27 tahun itu kini sudah mula turun menjalani latihan setelah melengkapkan perpindahan ke Selatan tanah air namun susuk tubuhnya jelas merupakan antara elemen yang diperlukan oleh JDT selama ini. Bekas penjaga […]

TMJ Berhati Emas, Jiwa Bola Sepaknya Sering Disalah Erti

Usaha Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) untuk melihat bola sepak Malaysia terus maju dan berkembang pesat diusahakan dengan pelbagai cara. Baginda memacu kelabnya, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan penuh pencapaian gemilang sehingga menjadikan jenama JDT mekar di serata dunia. Bukan itu sahaja, usaha murni ini diteruskan apabila Baginda amat cakna dan […]

Lima Pemain Skuad Piala AFF Berpotensi Diserap Ke Piala Asia

Piala AFF Mitshibushi Electric 2022 sudah melabuh tirai, skuad Harimau Malaya terkandas di pusingan separuh akhir dengan Thailand. Ianya bukanlah suatu pencapaian yang gagal buat skuad Harimau Malaya. Malah, banyak perkara yang positif memberi impak besar kali ini. Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Scott O’Donell beri bayangan beberapa pemain muda dan pemain naturalisasi berpotensi […]

Rasmi: R. Kogileswaran Sertai Kelab Korea, Chungbuk Cheongju

Pemain kelahiran Malaysia, R. Kogileswaran secara rasmi mengumumkan penghijrahannya ke kelab divisyen 2 Korea, Chungbuk Cheongju FC. Bintang berusia 24 tahun ini mula hangat diperkatakan selepas beliau memberi bayangan akan berhijrah ke luar negara bagi musim 2023. Sungguhpun pada awalnya, bintang Harimau Malaya ini dikaitkan dengan penyertaan ke kelab Singapura dan juga Thailand, beliau akhirnya […]

Park Hang-seo Minta Bantuan Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mendedahkan bahawa beliau ada berhubung dengan jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menjelang pertemuan menentang Thailand esok. Beliau percaya Pan-gon mempunyai pengalaman luas bertemu pasukan Thailand. Bagi aksi separuh akhir yang lalu, Harimau Malaya tewas kepada Thailand dengan agregat 1-3. Harimau Malaya menang tipis (1-0) ketika di Stadium Bukit Jalil dan tewas […]

Malaysia Catat Unjuran Positif Ranking FIFA Sepanjang Piala AFF

Skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan-gon menamatkan cabaran kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 di peringkat separuh akhir. Sungguhpun tewas kepada Thailand di separuh akhir dengan agregat 3-1, Harimau Malaya masih berjaya mencatat unjuran positif bagi ranking FIFA sepanjang kejohanan ini berlangsung. Mencatat sebanyak empat kemenangan dan dua kekalahan, Malaysia berjaya menambah sebanyak […]

Adisak Kraisorn Harap Penyokong Malaysia Mampu Terima Dia Seadanya

Walaupun membantu Thailand mara ke final Piala AFF 2022 menerusi gol ketiganya semalam, Adisak Kraisorn tahu ia meletakkan dirinya dalam keadaan serba salah. Atas sebab itu, dia memohon maaf kepada penyokong Malaysia dan berharap dia diterima bila beraksi bersama Terengganu musim ini. Adisak menyumbat gol ketiga perlawanan pada minit ke-71 sekaligus memastikan Harimau Malaya tewas […]

“Tidak Mudah Dalam Masa Sebulan Kita Nak Dapat Kejayaan” – Faisal Halim

Semalam, skuad kebangsaan tunduk 3-1 secara agregat kepada Thailand dalam saingan separuh akhir Piala AFF 2022. Tetapi bagi kapten Faisal Halim, di sebalik kekalahan itu, dia percaya skuad ini mempunyai potensi besar untuk berjaya di peringkat antarabangsa. Atas sebab itu, dia berharap skuad ini dikekalkan agar dapat menikmati kejayaan serupa seperti mana dua pasukan serantau, […]

Tak Tunggu Lama, Kogileswaran Sertai Pra-Musim Chungbuk Cheongju Di Thailand?

Bekas bintang PJ City FC, R. Kogileswaran memberi bayangan mengenai perpindahannya ke sebuah kelab yang difahamkan terletak di Korea Selatan. Pemain berusia 24 tahun itu merupakan antara prospek terbaik yang dimiliki oleh Malaysia dikhabarkan berjaya menambat hati sebuah kelab divisyen 2 Korea, Chungbuk Cheongju FC. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram Storynya, […]

Sharul Nazeem Anggap Kekalahan Jadi Pengajaran Bermakna Menjelang Piala Asia

Tersingkirnya Malaysia di pusingan separuh akhir Piala AFF semalam memang sukar untuk ditelan. Tetapi bagi bek tengah kebangsaan Sharul Nazeem, ia diharap dapat menjadi batu asas untuk Harimau Malaya tampil lebih mantap menjelang Piala Asia 2023. Ini kerana terdapat beberapa kelemahan pasukan yang perlu dibaiki selepas ini. Walaupun dari segi taktikal, Malaysia mengamalkan taktik sama […]

Esteban Solari Kendali Latihan Pertama JDT Penuh Bergaya

Ketua jurulatih baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari sudah pun memulakan latihan bersama pasukan menjelang aksi pra musim 2023. Pengendali kelahiran Argentina itu merupakan jurulatih yang masuk bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Hector Bidoglio. Hector kini telah pun diangkat menjadi Pengarah Teknikal JDT sekaligus menyaksikan muka baharu bakal mengemudi skuad Harimau Selatan musim […]

Pemain Thailand Terharu Dengan Kesopanan Penyokong Malaysia

Beberapa jam lepas, skuad kebangsaan Malaysia kecundang secara agregat 3-1 kepada Thailand di peringkat separuh akhir kedua Piala AFF 2022. Walaupun kecewa dengan keputusan perlawanan, penyokong negara terutama Ultras Malaya tetap menjaga kesopanan mereka – satu perkara yang menyentuh perasaan kontinjen Gajah Perang. Buktinya, Ultras Malaya mengetuai penyokong Malaysia menyanyikan lagu khas yang ditujukan kepada […]

Kim Pan-gon: Kamu Boleh Salahkan Saya, Tapi Bukan Pemain

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon amat berpuas hati dengan usaha yang tidak mengenal erti penat lelah daripada barisan pemain Harimau Malaya dalam kempen Piala AFF kali ini. Malaysia terpaksa menelan hakikat apabila perjuangan kali ini terhenti susulan kekalahan 3-0 ke atas juara bertahan, Thailand. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun tidak mahu menyalahkan para […]

Thailand Mara Ke Final Piala AFF 2022 Tewaskan Malaysia

Thailand memanfaatkan kelebihan di gelanggang sendiri apabila membenam Malaysia di Stadium Thammasat menerusi keputusan agregat 3-1. Ini sekaligus melayakkan mereka ke final Piala AFF buat kali ke-10. Skuad Gajah Perang yang dibimbing Mano Polking menyerang kubu pertahanan Harimau Malaya sebaik sepak mula. Dan mereka mendahului pada minit ke-19 menerusi Teerasil Dangda menerusi satu hantaran lintang […]

Info Siaran Langsung Thailand vs Malaysia | Piala AFF 2022 | 2nd Leg

Pertembungan antara pasukan Thailand vs Malaysia pada pusingan timbal balik di Stadium Tamassat malam ini bakal menentukan pasukan yang mara ke pentas akhir. Anak didik Kim Pan-gon turun ke tempat lawan dalam momentum terbaik berbekalkan kelebihan satu jaringan yang dibawa dari Stadium Nasional Bukit Jalil hasil ledakan Faisal Halim. Malaysia sudah tentu ingin mengulangi pencapaian […]

Jurulatih Chonburi Anggap Piala AFF Kali Ini Paling Teruk

Kemeriahan Piala AFF 2022 sedikit tercalar akibat mutu pengadilan yang lemah dalam beberapa perlawanan. Dan ini mendorong jurulatih Chonburi, Sasom Pobprasert melabel kejohanan kali ini sebagai yang paling teruk pernah disaksikan. Mutu pengadilan yang lemah dan tiada akses kepada Penolong Pengadil Video (VAR) dilihat menyumbang kepada beberapa keputusan pengadil yang tidak masuk akal. Ini termasuk […]