Balotelli Rasmi Sertai Kedah

Bekas penyerang Jeonnam Dragons, Jonathan Balotelli secara rasminya diumumkan selaku pemain import baharu pasukan hari ini. Pemain berusia 33 tahun itu hangat diperkatakan apabila terdapat beberapa video teaser daripada kelab yang menjadi perhatian. Hal ini susulan persamaan namanya dengan seorang lagi bekas pemain Liverpool dan Manchester City, Mario Balotelli. Nafuzi Zain dilihat serius mahu menajamkan […]
Balotelli Selangkah Sertai Kedah ?

Kedah Darul Aman FC dalam perancangan mengumumkan import baharu yang bakal memperkuatkan pasukan menjelang musim 2023. Pasukan kendalian Nafuzi Zain ini sedang rancak mengatur langkah bagi memastikan perjalanan musim baharu ini berjalan dengan lancar. Gergasi Hijau Kuning telah meraih perhatian ramai apabila membawa masuk beberapa pemain tempatan berkualiti dan juga pemain import berprofil hebat pada […]
Cubaan Ambil Alih PJ City Gagal

Usaha yang dilakukan untuk mengambil alih pasukan Liga Super 2022, PJ City FC tidak kesampaian apabila difahamkan kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat. Perkara ini telah pun dimaklumkan dalam satu kenyataan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) apabila hanya 14 sahaja pasukan yang bakal mengambil bahagian dalam Liga Super 2023. Terdapat desas-desus yang kuat mengatakan PJ […]
Rasmi: MFL Perkenal Sepak Mula Waktu Siang

Aksi Liga Super 2023 bakal membawa satu lagi perubahan besar apabila perlawanan akan diadakan bermula waktu petang. Menerusi satu pengumuman oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL), waktu bagi setiap aksi akan terbahagi kepada beberapa kelompok waktu yang telah dibincangkan. Bagi aksi di Semenanjung, perlawanan akan bermula seawal jam 5:15-5:30 petang manakala disusuli dengan aksi pada jam […]
“Referee Kayu” – Son Heung-min Belajar Bahasa Melayu

Pemain sayap kelahiran Korea Selatan, Son Heung Min begitu teruja ketika akhirnya dapat mempelajari bahasa Melayu. Bintang sensasi yang berkelana di Eropah bersama Tottenham Hotspurs itu merupakan antara pemain sensasi pasukan ketika ini. Beliau telah berjaya kekal konsisten sehingga menempatkan diri antara salah seorang penjaring terbaik di EPL sejak beberapa musim lalu. Walau bagaimanapun, kelibat […]
Dulu Park Hang-seo Sanggup Tinggalkan Vietnam Untuk Malaysia

Bekas ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo dilaporkan pernah menawarkan diri kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengemudi skuad kebangsaan Malaysia. Pengendali berusia 65 tahun itu telah bersama pasukan kebangsaan Vietnam hampir 5 tahun dan membawa era kegemilangan kepada bola sepak di sana. Namun begitu, beliau difahamkan amat berminat untuk mengisi kekosongan jawatan pengendali Harimau Malaya […]
Stadium Sultan Ibrahim Paling Awal Gunakan Rumput Asli Di Malaysia

Stadium Sultan Ibrahim (SSI) merupakan stadium pertama di Malaysia yang menggunakan jenis rumput asli. Stadium tersebut terkenal dengan kemegahan seni binanya selain kecanggihan fasiliti yang dimiliki menyebabkan ia sering diangkat di seantero dunia. Gelanggang rasmi skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) ini telah menyaksikan pelbagai kejuaraan yang berjaya digondol oleh Harimau Selatan dan menjadi kemegahan Malaysia. […]
Rasmi: Thailand Tidak Sertai Pestabola Merdeka

Juara Piala AFF 2022, Thailand difahamkan tidak akan menyertai kejohanan Pestabola Merdeka yang bakal diadakan September ini. Hal ini telah pun disahkan oleh Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) setelah difahamkan terdapat perbincangan antara pihak Thailand dan juga Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Perkara ini telah pun dimaklumkan oleh Setiausaha FAT, Patit Suphaphongs sekaligus menyaksikan lawan tradisi Malaysia […]
PDRM Masih Menanti Ketibaan Dua Pemain Import

Pasukan Liga Super, PDRM FC masih menunggu ketibaan dua orang pemain importnya bagi mengadakan sesi latihan penuh pasukan menjelang musim baharu. Dua orang pemain tersebut difahamkan pemain Nigeria dan seorang lagi dari Myanmar. Menerusi satu kenyataan oleh ketua jurulatih pasukan, Azam Azmi, beliau amat berharap agar kedua-dua pemain ini cepat menemui jalan bertemu pasukan. “Kami […]
Minggu-16: Dion Cools Dipilih Pertahanan Terbaik Thai League

Pertahanan kental Buriram United, Dion Cools tersenarai dalam kesebelasan terbaik nagi aksi Liga 1 Thailand minggu ke-16. Pemain berusia 26 tahun itu merupakan antara pemain import yang baru sahaja menyertai pasukan selepas akhirnya melengkapkan perpindahan dari kelab Republik Czech, FK Jablonec. Cools pada awalnya telah pun menjadi pilihan utama jurulatih, Masatada Ishii dalam aksi persahabatan […]
Perpindahan Nuha Marong Ke Kelantan Tersebar Di Gambia

Berita mengenai perpindahan pemain import baharu Kelantan, Nuha Marong kini mula tersebar luas terutamanya di Gambia. Pemain berusia 29 tahun itu digembar-gemburkan akan menyertai pasukan Pantai Timur itu namun setakat ini masih tiada pengumuman rasmi dibuat. Bintang yang beraksi pada posisi serangan ini merupakan antara calon yang diletakkan dalam pilihan pasukan bagi mengetuai jentera serangan […]
Irfan Fandi Hadir Saksikan Latihan Sri Pahang

Pertahanan tengah pasukan kebangsaan Singapura, Irfan Fandi menjadi bualan hangat para peminat susulan kelibatnya dikesan dalam latihan Sri Pahang. Pemain berusia 25 tahun itu kini berkelana di Liga 1 Thai bersama penyandang juara, BG Pathum United dan menjadi tonggak utama pasukan di sana. Beliau yang juga merupakan anak kepada lagenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad […]
Rasmi: India Sertai Pestabola Merdeka

Pasukan kebangsaan India telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan Pestabola Merdeka yang bakal diadakan September tahun ini. Baru-baru ini telah tular isu apabila pihak Persatuan Bolasepak India (AIFF) menyatakan kekecewaan selepas tidak diundang bagi menyertai kejohanan ini. Perkara ini telah pun disahkan oleh setiausaha badan tersebut, Shaji Prabakaran yang memaklumkan bahawa terdapat perbincangan yang diadakan bersama […]
Ketinggian Pemain Import Perak Amat Menakutkan

Ketinggian pemain import baharu Perak FC mencuri perhatian ramai tatkala susuk tubuhnya kelihatan cukup tegap untuk bersaing di Liga Super 2023. Pasukan utara tanah air ini rancak melaksanakan pelan bagi musim baharu dengan kemasukan beberapa muka baharu musim ini. Malah, pelantikan ketua jurulatih, Lim Teong Kim memperlihatkan keseriusan pasukan The Bos Gaurus dalam misi untuk […]
TMJ Peruntukkan Alatan Kecergasan Kepada Skuad Harimau Malaya

Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) telah memperuntukkan peralatan kepada pasukan kebangsaan. Menerusi satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers hari ini, mereka mengumumkan bakal menandatangani kerjasama dengan salah sebuah jenama kecergasan antarabangsa. Perjanjian ini juga difahamkan akan dimetrai dalam beberapa bulan akan datang selepas perbincangan kini berada pada tahap akhir. Baginta Tunku […]
Syria & Palestin Dijangka Sertai Pestabola Merdeka

Dua pasukan dari Timur Tengah dijangka akan menghangatkan lagi saingan Pestabola Merdeka yang bakal diadakan semula pada tahun ini. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dijangka akan mengundang dua pesaing terhebat di Asia Tenggara iaitu Vietnam dan juga Thailand yang merupakan finalis Piala AFF 2022. Saingan ini difahamkan akan turut diserikan lagi dengan kehadiran dua pasukan besar […]