Tular Video Pengadil Jepun Koyak Dengan Ubaidullah

Dengan kekalahan 1-2 Malaysia kepada Vietnam dalam aksi kumpulan B Sukan Sea Kemboja semalam, kita terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada temasya sukan Asia Tenggara ini lebih awal. Malaysia kini hanya perlu melengkapkan jadual menentang Singapura pada 11 Mei ini. Namun disebalik kekalahan bermaruah pasukan muda negara itu, yang menjadi tumpuan adalah beberapa keputusan pengadil yang […]

Philippe Troussier Anggap Vietnam Bernasib Baik

Ramai penyokong Malaysia kecewa apabila skuad B-22 negara tumbang 2-1 kepada Vietnam dalam perlawanan ketiga Kumpulan B Sukan SEA 2023 hari ini. Dan jurulatih skuad Naga Emas, Philippe Troussier mengakui pasukannya bernasib baik meraih kemenangan hari ini. Dua gol yang dijaringkan Nguyen Van Tung sudah cukup untuk menewaskan anak-anak buah E. Elavarasan. Bagaimanapun, beberapa keputusan […]

Drama Pemain No. 11 Vietnam Jadikan Dua Pemain Malaysia Mangsa

Drama yang ditunjukkan oleh pemain berjersi 11 Vietnam telah menghukum skuad muda Malaysia apabila ditunjukkan jalan keluar dari kejohanan sukan SEA. Kemasukan pemain gantian negara, Safwan Mazlan menjadi mangsa pertama lakonan beliau apabila hadangan yang dilakukan oleh pemain negara terhadapnya bertukar tragedi. Malaysia bermula dengan cukup baik pada babak kedua dengan tekanan secara konsisten diberikan […]

Sukan SEA: Malaysia Pulang Awal, Tunduk Kepada Vietnam

Hasrat Malaysia untuk mara ke separuh akhir kejohanan Sukan SEA 2023 musnah apabila ditunjukkan jalan keluar oleh Vietnam. Anak didik E. Elavarasan beraksi dengan cukup baik namun tampanan kurang kemas daripada pertahanan Selangor, Harith Haiqal menyebabkan Vietnam dihadiahkan sepakan penalti. Peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh penyerang muda Vietnam, Nguyen Van Tung untuk gol pertama perlawanan […]

Ruang Solat Muslimah Di Stadium Sultan Ibrahim Terima Pujian Penyokong

Ruangan solat bagi kaum muslimah yang disediakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) mendapat respon yang cukup positif daripada para pengunjung terutamanya kaum wanita. Johor Darul Ta’zim (JDT) jelas menitikberatkan segala aspek dalam pembinaan stadium terbaik di Asia ini apabila ruangan solat yang disediakan memberi keselesaan tahap maksimum kepada pengunjung yang mahu menunaikan ibadah. Bukan sahaja […]

Luqman Hakim: JDT & Selangor Pasukan Yang Sangat Bagus

Penyerang sensasi Njardvik FC, Luqman Hakim Shamsudin memberitahu bahawa dua pasukan Liga Super, JDT dan Selangor merupakan pasukan yang sangat bagus. Menerusi satu temubual bersama Astro Arena, penyerang muda negara itu kini sedang menjalani karier yang amat baik di Iceland setelah melengkapkan perpindahan dari KV Kortrijk secara pinjaman. Katanya, terdapat perbezaan yang ditunjukkan antara Liga […]

Elavarasan Percaya Malaysia B-22 Bukan Pasukan Yang Lemah

Walaupun terpaksa akur kepada kekalahan 0-2 kepada Thailand pada aksi kedua kumpulan B Sukan Sea Kemboja, namun jurulatih Malaysia Bawah 22 (B-22), E. Elavarasan percaya kepada kemampuan anak buahnya untuk bangkit semula. Bagi Elavarasan, pasukan yang dilatihnya kini merupakan sebuah pasukan yang kuat namun kekuatan mental perlu lebih baik lebih-lebih lagi beraksi di dalam suhu […]

Sukan SEA: Skuad Wanita Malaysia Tewas Tipis Kepada Filipina

Biarpun berstatus pasukan bukan pilihan, itu bukan halangan buat skuad wanita Malaysia memaksa Filipina bekerja keras sebelum tewas 1-0 di Stadium RCAF, Phnom Penh hari ini. Ia bukan sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi The Azkals berstatus pasukan menduduki ranking ke-49 dunia dan layak ke Piala Dunia 2023 di New Zealand pada Julai ini. Dengan membariskan […]

Sukan SEA: Malaysia Tewas Tipis Kepada Thailand

Sebelum perlawanan Kumpulan B Malaysia-Thailand, jurulatih Thailand Issara Sritaro pastinya memandang sinis komen jurulatih Myanmar, Michael Feichtenbeiner berkenaan skuad B-22 negara. Tetapi anak-anak buah E. Elavarasan membuktikan mereka bukan lawan mudah dengan memaksa Gajah Perang bekerja keras sebelum tewas 2-0 di Stadium Visakha, Phnom Penh. Kedua-dua pasukan memburu kemenangan kedua dalam Kumpulan B dengan mengambil […]

Thailand Sudah Kaji Kekuatan Malaysia

Skuad bola sepak Malaysia Bawah 22 tahun bakal meneruskan misi mengejar ibu segala pingat di temasya Sukan Sea Kemboja apabila dijadualkan bertemu Thailand dalam aksi yang dijadualkan berlangsung 5 petang ini. Kedua-dua pasukan telah pun berjaya memenangi perlawanan pertama masing-masing dengan Malaysia berjaya membelasah Laos 5-1 manakala Thailand pula menundukkan Singapura 3-1. Menjelang perlawanan penting […]

Bekas Jurulatih Selangor Gerun Dengan Barisan Pemain Berbakat Malaysia

Dengan Thailand dan Vietnam berada dalam Kumpulan B, ramai tidak meletakkan harapan tinggi kepada skuad Malaysia B-22 untuk layak ke separuh akhir Sukan SEA 2023. Tetapi bagi bekas jurulatih Selangor, Michael Feichtenbeiner, anak-anak buah E. Elavarasan itu patut dihormati oleh lawan-lawan dalam Kumpulan B. Ini kerana Harimau Muda dianggotai oleh ramai pemain berbakat – sesetengah […]

Naik Taraf Stadium Darul Makmur Menelan Belanja RM4.6 Juta

Stadium Darul Makmur kini dalam proses menaik taraf fasilitinya apabila sebanyak RM4.6 juta telah dibelanjakan bagi proses ini berjalan. Perkara ini telah dimaklumkan oleh YB Fadzli Bin Mohamad Kamal yang merangkap Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri Pahang. Beliau memberitahu bahawa proses menaik taraf Stadium Darul Makmur kini dijalan secara […]

Bintang Baharu JDT Bakal Tiba Seawal Jun Ini

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka akan memantapkan skuad sedia ada dengan beberapa muka baharu seawal bulan Jun ini. Perkara ini telah pun disuarakan oleh pemilik kelab JDT, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berkenaan perkara ini. Menerusi satu perkongsian di laman Twitter baginda, TMJ memaklumkan bahawa terdapat beberapa […]

Media Sepanyol Dedah Barcelona Mungkin Beraksi Di Liga Asia

Pasukan gergasi Eropah, Barcelona FC tidak menolak kemungkinan untuk membuat kemunculan di pentas bola sepak Asia (ACL) sekiranya Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) membuat keputusan untuk menggantung mereka. Menerusi satu laporan oleh Dailymail, The Catalans sedang melakukan pertimbangan untuk menyertai saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) sekiranya mereka dihalang beraksi di UCL. Bercelona berdepan tindakan tatatertib […]

TMJ: Forum Dengan Penyokong Diperlukan Untuk Elak Kaki Kencing

Dulu Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), memberi pandangan tersendiri mengenai isu tawaran padang yang diberikan kepada setiap kelab di Malaysia. Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memaklumkan bahawa akan ada usaha untuk membantu setiap kelab untuk mendapatkan pemilikan penuh stadium. Namun begitu, TMJ memiliki pandangan tersendiri berkenaan isu yang […]

Hadif Hizamshol Sertai Kelab Wales, The New Saints

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai bakat muda Malaysia yang dilihat beraksi dengan kelab-kelab di luar negara. Terbaru, pemain sayap muda Hadif Hizamshol kini menjadi sebahagian daripada pasukan remaja juara Cymru Premier (liga bola sepak utama Wales) sebanyak 15 kali, The New Saints. Hadif menyertai The New Saints dengan kontrak pendidikan selama dua tahun. […]