Jürgen Klinsmann Anggap Korea Selatan Dapat Laluan Mudah Di Piala Asia

Ketua jurulatih Korea Selatan, Jürgen Klinsmann menganggap bahawa undian Piala Asia AFC 2023 berpihak kepada pasukannya kendaliannya. Pengendali kelahiran Jerman ini baru sahaja dilantik sebagai jurulatih selepas melihat prestasi kurang memberangsangkan Taegeuk Warriors di Piala Dunia. Bekas pengendali pasukan kebangsaan Amerika Syarikat itu bagaimanapun menganggap undian Piala Asia kali ini boleh dilepasi oleh anak didiknya. […]

Malaysia Mampu Menandingi Bahrain & Jordan

Semalam, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan E Piala Asia 2023 bersama Korea Selatan, Bahrain dan Jordan. Bagi bekas penyerang kebangsaan, Nizaruddin Yusof, beliau melihat kumpulan tersebut seimbang kerana percaya dengan kemampuan Harimau Malaya mengatasi dua pasukan Timur Tengah itu. Di atas kertas, ketiga-tiga pasukan memiliki kedudukan ranking FIFA dan Asia yang lebih baik berbanding pasukan kebangsaan. […]

Luqman Hakim Pacu Kebangkitan Njardvik Ikat Ægir

Penyerang muda Njardvik FC, Luqman Hakim Shamsudin sekali lagi memainkan watak penting ketika membantu pasukannya meraih satu mata semalam. Pemain berusia 20 tahun itu mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan. Beraksi di laman sendiri, Njardvik yang menurunkan barisan terkuat mereka namun dikejutkan dengan jaringan awal lawan menerusi percubaan Ivo Braz seawal […]

Kim Pan-gon Takkan Mengalah Dengan Cabaran Piala Asia

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon percaya skuad Harimau Malaya semestinya akan memberikan yang terbaik pada kempen Piala Asia 2023 kelak. Malaysia telah diundi bersama jaguh Asia iaitu Korea Selatan, dan dua pasukan dari negara tanah Arab iaitu Jordan dan Bahrain dalam saingan Kumpulan E. Selepas selesai majlis undian Piala Asia 2023 sebentar tadi, Kim […]

4 Pemain Jordan ‘Risik’ Kekuatan Malaysia Di Liga Super

Undian Piala Asia AFC 2023 sudah pun memaparkan keputusannya apabila Malaysia diundi bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain. Anak didik Kim Pan-gon memiliki peluang terbaik apabila memperoleh lawan yang hampir setara sungguhpun terpaksa menelan hakikat berdepan gergasi bola sepak Asia, Korea Selatan. Namun begitu, tumpuan terarah kepada Jordan tatkala beberapa orang bintang skuad kebangsaannya sudah […]

Piala Asia AFC 2023: Malaysia Diundi Bersama Korea Selatan, Jordan & Bahrain

Malaysia bakal memulakan perjalanan di Piala Asia 2023 dengan cukup mendebarkan apabila undian Piala Asia sudah pun mencapai keputusannya dalam undian yang penuh mendebarkan sebentar tadi. Anak didik Kim Pan-gon kini dalam prestasi yang cukup memberangsangkan apabila mencatatkan kemenangan dalam dua aksi terakhir menentang Turkmenistan dan juga Hong Kong pada bulan Mac lalu. Dua aksi […]

Sukan SEA: Malaysia Bantai Singapura

Seakan melepas geram selepas tewas dua kali dalam Kumpulan B, Malaysia mencatat kemenangan besar 7-0 ke atas Singapura dalam perlawanan terakhir kumpulan di Stadium Visakha. Ini dilihat menebus maruah Harimau Muda selepas gagal layak ke separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA 2023. Menyedari keperluan tenaga kreatif di bahagian tengah, E. Elavarasan memanggil Mukhairi Ajmal […]

Siaran Langsung Undian Piala Asia AFC 2023 Qatar

Undian Piala Asia AFC 2023 bakal berlangsung hari ini sekaligus menjadi detik penting buat Malaysia bagi menyalakan misi ke Qatar tahun hadapan. Anak buah Kim Pan-gon kini berada pada kemuncak prestasi apabila mencatatkan dua kemenangan dalam aksi persahabatan FIFA Mac lalu berdepan Hong Kong dan juga Turkmenistan. Aksi memberangsangkan Harimau Malaya ini juga telah menyaksikan […]

Zamsaham Akan Bayar Gaji Penuh Pemain Jika Menang Perlawanan

TRW Kelantan

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman hanya akan membayar gaji penuh para pemainnya sekiranya mereka mampu mencatatkan kemenangan seperti yang diminta. Perkara ini telah disuarakan olehnya dalam satu hantaran di laman Facebooknya selepas terdapat rungutan daripada para pemaij yang tidak dibayar gaji penuh dan juga bonus KPI setakat ini. Menurut penjelasan Zamsaham, beliau akan membayar […]

FAM Jalin Kerjasama Strategik 6 Bidang Dengan Qatar

Bagi mempergiat pembangunan bola sepak tanah air, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengorak langkah dengan menjalin kerjasama strategik dengan Persatuan Bolasepak Qatar (QFA). Kerjasama ini dijangka mampu melonjakkan pembangunan bola sepak kedua-dua negara. Majlis pemeteraian kerjasama FAM dan QFA diadakan di Menara Al-Bidda di Doha, Qatar hari ini. Pemeteraian kerjasama dibuat oleh Presiden FAM, […]

Cabaran Getir Malaysia Di Piala Asia Kian Membahang

Malaysia bakal bertembur di medan terbaik bola sepak Asia awal tahun hadapan dengan kejohanan Piala Asia bakal membuka tirainya. Perkara ini semakin meraih tumpuan semua penyokong bola sepak tanah air apabila undian kejohanan tersebut bakal dilangsungkan pada 11 Mei. Malaysia yang sudah 43 tahun tidak layak ke Piala Asia secara merit sudah tentu mahu melakukan […]

Sukan SEA: Skuad Wanita Malaysia Layu Dibelasah Myanmar

Skuad bola sepak wanita Malaysia menamatkan kempen Kumpulan A Sukan SEA 2023 di mana mereka dibelasah Myanmar 5-1 di Stadium RCAF, Phnom Penh hari ini. Biarpun pulang ke Kuala Lumpur tanpa sebarang mata, Intan Sarah Anisah Zulgafli memastikan pasukan negara mencatat satu gol dalam edisi kali ini. Separuh masa pertama menyaksikan The Asian Lionesses mendominasi […]

Nama Safawi Rasid Disebut-sebut Di Indonesia

Nama pemain sayap Ratchaburi FC, Safawi Rasid mula disebut-sebut oleh penyokong Indonesia yang mahu melihat kelibatnya beraksi di sana. Bintang kelahiran Terengganu ini sedang beraksi di Thailand selepas dipinjamkan oleh kelab asalnya, Johor Darul Ta’zim (JDT). Namun begitu, tempoh pinjamannya yang bakal tamat menyebabkan timbulnya pelbagai spekulasi yang melibatkan masa depan pemain berusia 26 tahun […]

Razman Roslan: Malaysia Kekurangan Pemain Perancang Kreatif

Kekalahan 2-1 Malaysia kepada Vietnam dalam Kumpulan B semalam bukan sekadar memastikan skuad B-22 negara tersingkir dari Sukan SEA 2023. Malah, menurut bekas pemain pertahanan negara, Razman Roslan, ia turut mendedahkan betapa kurangnya tenaga kreatif di bahagian tengah Harimau Muda. Pengamatan bekas pemain pertahanan Selangor itu dibuat selepas meneliti perlawanan-perlawanan Harimau Muda termasuk perlawanan menentang […]

E. Elavarasan Anggap Keadaan Cuaca Sukarkan Misi Malaysia

Semua sedia maklum dengan kekalahan 2-1 Malaysia di tangan Vietnam dalam perlawanan Kumpulan B semalam, maka berakhir sudah cabaran Harimau Muda dalam Sukan SEA 2023. Bagi jurulatih skuad B-22 negara, E. Elavarasan, keadaan cuaca menyukarkan mereka mencapai misi menewaskan skuad Naga Emas. Hujan lebat mula melanda Stadium Visakha, Phnom Penh semasa separuh masa kedua perlawanan […]