Kelab Besar New Zealand Jadi Lawan Harimau Malaya

Harimau Malaya bakal diuji sebuah kelab utama dari New Zealand di Auckland pada 11 Oktober ini. Perkara ini dikongsikan pengendali skuad senior kebangsaan, Pau Marti Vicente baru-baru ini. Ia sebahagian daripada persiapan menentang New Zealand yang berlangsung pada 14 Oktober. “Pasukan kebangsaan akan menentang sebuah pasukan kelab utama untuk Perlawanan Antarabangsa Tier 2 pada 11 […]
4 Calon Senarai Pendek Ketua Jurulatih Harimau Malaya

4 calon telah disenarai pendek sebagai barisan akhir yang berpotensi untuk mengemudi Harimau Malaya. Skuad negara kini dibimbing oleh Ketua Jurulatih, Pau Marti berjaya memperagakan aksi cemerlang selepas muncul juara Pestabola Merdeka 2024. Malaysia menundukkan Lubnan 1-0 hasil jaringan Romel Morales untuk muncul juara selepas berduka pada edisi lalu. Perkara ini dikongsikan oleh Timbalan Presiden […]
Berita Palsu Menggunakan Nama MakanBola, Tindakan Undang-undang Akan Diambil

MakanBola tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menaburkan berita palsu menggunakan nama syarikat. Baru-baru ini, tular berita palsu mengenai identiti pemain yang tidak dikenali yang didakwa bakal memperkuat Malaysia. Laporan tersebut bersifat palsu selepas menggunakan logo syarikat MakanBola dengan berita tersebut bukan daripada sumber asal portal kami. Identiti palsu yang direka dengan […]
“Saya Akan Kembali Ke Eropah”

Pemain muda Malaysia berjanji untuk kembali ke Eropah selepas tempohnya di Malaysia berakhir. Baru-baru ini, perancang tengah berbakat negara, Allee Putra telah memilih PDRM FC sebagai destinasi baharunya bagi musim 2024/25. Bekas pemain TRW Kelantan FC ini memaklumkan kepada MakanBola bahawa kepulangannya bersifat sementara. Hal ini susulan terdapat faktor peribadi yang perlu diselesaikan olehnya sebelum […]
Pau Marti Sedar Tugas Besar Hadapi New Zealand

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente menyifatkan aksi persahabatan menentang New Zealand sebagai tugasan mencabar buat pasukan itu. Ini kali pertama skuad negara berentap dengan pasukan yang menduduki ranking ke-95 dunia itu sejak 23 Februari 2006. Menariknya, aksi persahabatan edisi 2024 diadakan di lokasi sama kedua-dua pasukan berentap iaitu Stadium North Harbour, Auckland. Aksi pada […]
Pemain Kedah Buat ‘Pusingan-U’

Pemain Kedah Darul Aman membuat pusingan-u apabila kembali bersama pasukan. Baru-baru ini, skuad kendalian Nafuzi Zain terpaksa mengharungi kempen Liga Super tanpa pemain utama bertemu KL City di Cheras. Pengendali muda itu bagaimanapun mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada para pemainnya yang berjuang hebat ketika menentang Sri Pahang. Beliau turut mengesahkan bahawa tiada sebarang penyelesaian […]
Berita Pesawat Terhempas Palsu, Sabah Bakal Ambil Tindakan

Sabah FC menafikan berita pesawat pasukan terhempas dan bakal mengambil tindakan sewajarnya atas laporan palsu tersebut. Sabah FC dalam satu kenyataan rasmi menafikan laporan berita oleh portal dalam talian yang bertajuk ‘Nahas Pesawat Tragis Meragut Nyawa Pemain Terbaik Sabah FC’. Perkara ini dijelaskan oleh Pengurus Sabah FC, Rafie Robert yang mengesahkan bahawa berita yang tular […]
FAM Sahkan Posisi Ketua Jurulatih Malaysia Jadi Rebutan

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan posisi selaku ketua jurulatih Harimau Malaya kini menjadi rebutan beberapa nama. Jawatan ketua jurulatih skuad kebangsaan kini dipegang oleh Pau Marti yang mengambil alih tugas yang ditinggalkan oleh Kim Pan-gon sejak Julai yang lalu. Di bawah bimbingan Pau Marti, skuad negara telah meraih gelaran juara di kejohanan Pestabola Merdeka […]
Pemain Kacukan Norway & Australia Perkuat Malaysia

Pemain kacukan Norway dan Australia terima panggilan untuk membantu cabaran skuad muda Malaysia. Ketua Jurulatih Malaysia B-16, Javier Jorda Ribera telah mengumumkan senarai 25 pemain berbakat Malaysia untuk ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya B-16. Kem dijangka bermula pada Isnin, 7 Oktober 2024 sebagai persiapan menjelang Kelayakan Piala Asia B-17 2025 di Vientiane, Laos […]
Pemain AMD & JDT Kemudi Malaysia Ke Kelayakan Piala Asia B-17

Kumpulan pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) IV membentuk teras skuad Malaysia Bawah 17 Tahun (B-17) ke pusingan kelayakan Piala Asia B-17 2025. Ini berdasarkan senarai 25 pemain yang dipanggil Javier Jorda Ribera bagi menghadapi pusingan kelayakan berkenaan. Kontinjen AMD diketuai Adam Mustaqim Ahmad Amran. Manakala kumpulan JDT IV […]
“Indonesia Lebih Keras, Pemain Malaysia Lembut”

Pemain Pahang Rangers, Guntur Sulistyo merasakan hanya sedikit faktor yang membezakan antara para pemain lokal Malaysia dan Indonesia. Guntur yang direkrut oleh Pahang Rangers bagi menghadapi saingan Malaysia Futsal Cup berjaya membantu jaguh Pantai Timur itu yang merupakan juara bertahan meraih tempat ke-3 musim ini. Menurut Guntur, di negara kelahiran beliau, aksi futsal dilihat lebih […]
“Aksi Lawan New Zealand Bantu Kita Jadi Lebih Baik” – Syamer Kutty

Pemain tengah Harimau Malaya, Syamer Kutty Abba melihat aksi persahabatan menentang New Zealand bakal membantu pasukan itu menjadi lebih baik. Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu sejak kali terakhir melakukannya pada 23 Februari 2006. Menariknya, aksi terakhir Malaysia dan New Zealand turut diadakan di Auckland. Harimau Malaya yang ketika itu dibimbing Norizan Bakar tewas 2-1 kepada All […]
Gwangju Malukan Kelab Jesse Lingard, Ujian Besar Buat JDT

Kelab Korea Selatan, Gwangju FC menumpaskan FC Seoul sekaligus bakal menjadi ujian besar buat Johor Darul Ta’zim (JDT). Skuad kendalian Lee Jung-hyo beraksi cemerlang pada aksi ke-33 K-League 1 dengan menundukkan FC Seoul 3-1 tatkala kelab tersebut diwakili oleh bekas bintang Manchester United, Jesse Lingard. Kemenangan itu meneruskan momentuk terbaik selepas berjaya menewaskan Kawasaki Frontale […]
Gawang Chelsea Pun Bolos, Chris Wood Ancaman Malaysia Kekang New Zealand

Penyerang Nottingham Forest, Chris Wood berjaya membolosi gawang Chelsea sekaligus menjadi amaran buat Malaysia menghadapi New Zealand. Pemain berusia 32 tahun itu beraksi dalam kesebelasan utama Forest ketika mengikat Chelsea 1-1 di Stamford Bridge. Beliau mempamerkan ketajaman memukau musim ini apabila berjaya menjaringkan 4 gol dalam hanya 7 penampilan sekaligus memberikan masalah besar buat Harimau […]
Dennis Bekking: Haykal Danish Tidak Akan Jadi Yang Terakhir

Bekas pengarah teknikal Selangor FC, Dennis Bekking percaya lebih ramai pemain muda bakal mengikut jejak Haykal Danish Mohd Haizon menyertai skuad Harimau Malaya. Nama pemain tengah muda Selangor itu mencuri perhatian penyokong selepas dipilih menyertai rombongan Harimau Malaya menentang New Zealand pada 14 Oktober ini. Pemilihan Haykal Danish menarik bukan saja kerana statusnya sebagai tonggak […]
Tunku Ismail: Semua Mahukan Perubahan, Kerajaan Nak Bantu, Apa Lagi Alasan?

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor memuji kualiti padang di negara Thailand dan Indonesia. Baru-baru ini, aksi antara Perak menentang JDT terpaksa ditangguhkan buat kali kedua selepas keadaan padang yang amat teruk disebabkan hujan. Baginda hairan dengan sikap kelab-kelab di Malaysia yang menolak tawaran kerajaan hasil inisiatif […]