Harimau Malaya Lawan Kelab Ke-1136 Dunia

Harimau Malaya menghadapi tentangan kelab ke-1136 dunia bagi aksi persahabatan bulan Oktober 2024. Skuad kendalian Pau Marti masih segar dengan kejayaan menjulang Pestabola Merdeka apabila menundukkan Lubnan dengan keputusan 1-0. Perjalanan pasukan kebangsaan diteruskan apabila bakal menentang pasukan ke-95 dunia, New Zealand di Auckland pada 14 Oktober 2024. Malaysia kini menghuni tangga ke-132 dunia berdepan […]
Jaringan Torpedo Safee Sali Gamit Memori New Zealand vs Malaysia

Jaringan deras Safee Sali dalam aksi New Zealand menentang Malaysia pada 23 Februari 2006 kembali menggamit memori penyokong negara. Safee menjadi sebahagian daripada skuad kebangsaan yang ketika itu dibimbing Norizan Bakar. Tidak seperti skuad hari ini yang turut dibarisi pemain warisan dan naturalisasi, kesemua pemain dalam skuad Harimau Malaya tahun 2006 dibarisi pemain tempatan. Antara […]
Safee Sali Terkenang Peristiwa 18 Tahun Lalu

Bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali terkenang perlawanan bertemu New Zealand 18 tahun yang lalu di mana menyaksikan Malaysia tewas sekali dan seri sekali. Tersemat di ingatan Safee apabila dirinya berjaya meledak jaringan buat skuad kebangsaan menentang pasukan yang jauh lebih tinggi rankingnya berbanding Malaysia. “2006 itu memang satu nostalgia menentang pasukan New Zealand, All […]
Tiada Syafiq Ahmad, Tiada Masalah

Kedah Darul Aman tidak memiliki masalah untuk menundukkan Bukit Tambun tanpa Syafiq Ahmad. Skuad kendalian Nafuzi Zain mengharungi aksi persahabatan menentang pasukan Liga A1 Semi Pro yang berlangsung di Stadium Darul Aman. Babak pertama menyaksikan trio serangan Sang Kenari mempamerkan bisa dengan kapten pasukan, Sony Norde, Milos Gordic dan juga Ebenezer Assifuah masing-masing meledak satu […]
Pau Marti Bawa 9 Pemain B-23 Malaysia Ke New Zealand

9 pemain Malaysia bawah 23 tahun mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Pau Marti untuk dibawa menghadapi cabaran New Zealand. Skuad Harimau Malaya kini berada di Auckland, New Zealand untuk siri perlawanan persahabatan yang berlangsung pada jendela antarabangsa FIFA bagi bulan Oktober ini. Pengendali skuad negara, Pau Marti menyenaraikan 27 nama pemain bagi membawa cabaran Harimau Malaya […]
JDT Jadi Bualan Hangat Orang Eropah

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi bualan hangat Orang Eropah. Skuad kendalian Hector Biodglio beraksi cemerlang dalam kempen AFC Champions League Elite (ACLE) apabila melakar kemenangan besar ke atas Shanghai Shenhua dengan keputusan 3-0. Kemenangan besar itu membolehkan pasukan Harimau Selatan menghuni tangga ke-2 kumpulan dengan 4 mata di belakang kelab Korea, Gwangju […]
Hamidin: Park Hang-seo Salah Satunya

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa Park Hang-seo merupakan salah seorang calon jurulatih Malaysia. Skuad kebangsaan kini dibimbing oleh pengendali Sepanyol, Pau Marti Vicente beraksi cemerlang apabila menundukkan Lubnan untuk muncul juara Pestabola Merdeka 2024. Beliau bagaimanapun mahu memberikan ruang sepenuhnya buat Pau Marti untuk mengemudi skuad […]
Harimau Malaya Hadapi Auckland Jumaat Ini

Skuad Harimau Malaya dijadualkan menghadapi kelab dari New Zealand, Auckland FC pada Jumaat ini. Pasukan kebangsaan kendalian Pau Marti Vicente kini berada di New Zealand untuk aksi persahabatan bertemu skuad All Whites pada 14 Oktober ini ketika jendela antarabangsa FIFA. Sebelum menentang pasukan New Zealand, skuad negara juga dimaklumkan sebelum ini bakal mengadakan satu aksi […]
Ulsan HD Cabar Kedudukan JDT

Jaguh Korea Selatan, Ulsan UD kembali memberi tekanan kepada kedudukan kelab Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT). Skuad kendalian Hector Bidoglio beraksi cemerlang selepas menundukkan wakil China, Shanghai Shenhua dengan keputusan 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim. Harimau Selatan juga telah mengikat satu lagi wakil China, Shanghai Port pada aksi pembukaan AFC Champions League Elite (ACLE) di […]
FAM Sedia Bayar RM200,000 Buat Jurulatih Baharu Harimau Malaya

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sanggup berbelanja besar sehingga RM200,000 untuk mendapatkan jurulatih baharu Harimau Malaya. Pemergian Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon menyaksikan posisinya digalas oleh Pau Marti Vicente yang berjaya menjulang Pestabola Merdeka 2024. FAM menerusi satu kenyataan oleh Presidennya iaitu Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa beliau sedia mencari pengganti yang lebih […]
4 Bintang New Zealand Bakal Cabar Harimau Malaya

Harimau Malaya bakal berdepan cabaran empat bintang New Zealand menjelang aksi persahabatan antarabangsa yang berlangsung pada 14 Oktober ini. Malaysia berharap dapat meneruskan momentum kemenangan selepas meraih gelaran juara Pestabola Merdeka 2024. Sementara All Whites pula ingin mempertahankan rekod kemenangan mereka ke atas skuad negara sejak 2006. Jurulatih New Zealand, Darren Bazeley dijangka mempertaruhkan empat […]
Guntur Sulistyo Kongsi Beza Persaingan Futsal Malaysia & Indonesia

Pemain kebangsaan Indonesia, Guntur Sulistyo berkongsi perbezaan ketara sukan futsal di Malaysia dan negara beliau. Guntur yang kini menyarung jersi Pahang Rangers masih segar dengan kejayaan membantu pasukannya itu meraih tempat ketiga di Malaysia Futsal Cup pada Ahad lalu. Ketika ditemui selepas aksi, Guntur berkata, antara faktor peningkatan kualiti liga futsal di Malaysia adalah kerana […]
Jurang Ranking Malaysia & Vietnam Makin Kecil

Jurang ranking Malaysia & Vietnam makin mengecil menjelang penghujung tahun 2024. Skuad kendalian Pau Marti dalam momentum cemerlang apabila menundukkan Lubnan 1-0 untuk muncul juara Pestabola Merdeka 2024. Harimau Malaya mengekalkan rekod bersih di bawah kendaliannya dengan melonjak dua tangga ke kedudukan 132 dunia. Vietnam pula tidak mengalami nasib seperti yang diharapkan apabila mengalami penurunan […]
Kogileswaran Harap Pemain Muda Manfaatkan Pengalaman Harimau Malaya

Bekas pemain kebangsaan, R. Kogileswaran berharap dua pemain muda yang menyertai kem Harimau Malaya dapat memanfaatkan pengalaman bersama barisan pemain senior di situ. Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente membuat kejutan dengan menyenaraikan dua tonggak skuad Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19), Haykal Danish Mohd Haizon dan Haziq Aiman Mohd Esa. Kedua-duanya menjadi sebahagian daripada 26 […]
3 Import Baharu Sertai Selangor

3 pemain import baharu memilih untuk menyertai Selangor bagi musim 2024/25. Wakil tunggal Malaysia dalam saingan AFC Champions League Two (ACL2) ini membawa momentum cemerlang selepas mengumpul 4 mata daripada dua perlawanan. Gergasi Merah berjaya mengikat jaguh Thailand, Muangthong United dengan keputusan 1-1 sebelum menewaskan DH Cebu dengan jaringan tunggal Orozco. Selangor yang kini dibimbing […]
Terkini: Aksi Futsal Indonesia vs Malaysia Berlangsung 13 Oktober Ini

Satu aksi persahabatan antara skuad futsal Indonesia vs Malaysia dijadualkan berlangsung pada 13 Oktober ini. Perkara ini diumumkan menerusi satu hantaran di Instagram Timnas Futsal yang menyaksikan perlawanan persahabatan yang diatur antara Indonesia dan Malaysia bakal dijalankan di Yogyakarta. ”Aksi persahabatan yang ditunggu akan berlangsung tidak lama lagi. Timnas futsal Indonesia dan skuad futsal Malaysia […]