Dion Cools Pamer Kebolehan Rap Dalam Bahasa Thailand

Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools dilihat sudah sebati dengan kehidupan di Thailand apabila sudah mampu bertutur bahasa tempatan di sana. Pemain berusia 26 tahun itu antara wajah yang terlibat dalam pelancaran jersi terbaharu bersama tiga orang rakan sepasukannya yang lain. Kebolehan beliau bagaimanapun mengundang pelbagai respon setelah Cools dilihat beraksi dengan begitu lincah dalam […]
Penangan ‘Tonik’ Baru, Liridon Krasniqi Kembali Meledak

Bisa perancang tengah Terengganu FC, Liridon Krasniqi kembali menjelma apabila beliau memainkan watak penting untuk membawa pasukan ke suku akhir Piala Malaysia. Bintang kelahiran Kosovo itu dimasukkan pada babak kedua permainan yang menyaksikan anak buah Tomislav Steinbruckner tidak berdepan masalah untuk menewaskan pasukan Liga M3, KL Rovers. Pemain naturalisasi negara ini cemerlang membentuk gandingan di […]
AFF U23: Memang Sukar Berdepan Malaysia – Bagas Kaffa

Kapten pasukan Indonesia, Bagas Kaffa Arrizqi akur dengan kekalahan Indonesia dalam aksi pertama skuad Sang Garuda di pentas Piala AFF B23 2023. Selepas Indonesia mencatat jaringan pembukaan pada aksi separuh masa pertama, Malaysia berjaya bangkit di babak kedua permainan menerusi dua ledakan penyerang gantian Malaysia, Fergus Tierney. Bagas Kaffa menganggap kekalahan Indonesia pada aksi malam […]
AFF U23: Latihan Berkelas Dunia Bantu Fergus Tierney Menyinar Bersama Malaysia

Kemasukan penyerang sensasi Malaysia, Fergus Tierney jelas memberi impak yang cukup besar untuk membantu skuad muda negara menewaskan Indonesia. Ketumpulan serangan pada babak pertama menyebabkan ketua jurulatih, E. Elavarasan membuat keputusan untuk memasukkan penyerang JDT ll ini. Keputusan beliau sememangnya tepat apabila bintang kelahiran Malaysia-Scotland ini meledak dua gol pada perlawanan menentang Indonesia. Pemain bertubuh […]
AFF U23: Malaysia Tumpaskan Indonesia

Perlawanan pertama aksi Kumpulan B kempen Piala AFF B23 2023 yang berlangsung di Stadium Rayong menyaksikan Malaysia berjaya menundukkan tentangan Indonesia. Seawal minit ketujuh permainan, Malaysia miliki peluang terhidang untuk memecah kebuntuan menerusi Aliff Izwan Yuslan. Rembatan penyerang dari Selangor itu bagaimanapun sedikit lemah dan berjaya ditangkap kemas penjaga gol Indonesia. Pada minit ke-29 permainan, […]
Piala Malaysia: Terengganu Gah Ke Suku Akhir Tewaskan KL Rovers

Pertembungan pusingan kalah mati antara pasukan Liga Super, Terengganu FC menentang KL Rovers berkesudahan dengan keputusan memihak kepada skuad Peteh. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik pada malam ini dengan KL Rovers mahu memadam defisit empat gol yang dimiliki oleh Terengganu. Tugas ini bagaimanapun kelihatan sukar apabila anak buah Tomislav Steinbruckner memperoleh gol menerusi Nor Hakim […]
Rozaimi Rahman Dalam Diam Kembali Digeruni

Ketajaman penyudah bekas penyerang sensasi negara, Rozaimi Rahman kembali menghantui pertahanan di negara ini. Bekas bintang JDT II itu kembali merancakkan arena bola sepak tempatan apabila menyertai sebuah kelab di Borneo, Machan FC. Bintang berpengalaman negara ini terus membuktikan sentuhan dan ketajaman penyudahnya sejak beraksi di sana. Beliau yang pernah menyarung jersi Kedah Darul Aman […]
Siaran Langsung AFFU23: Malaysia vs Indonesia, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Perlawanan pembukaan Kumpulan B menyaksikan pertembungan musuh tradisi, Malaysia dan Indonesia bakal membuka tirai malam ini. Aksi yang ditunggu-tunggu bakal menyajikan percaturan hebat dua jurulatih Shin Tae-yong dan juga E. Elavarasan. Perlawanan mendebarkan ini juga dihangatkan dengan muka-muka baharu yang membarisi kedua-dua pasukan sambil beberapa pemain Garuda yang memenangi Sukan SEA tempoh hari kekal diberi […]
Stadium Merdeka Beri Khabar Gembira Buat Rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia terutama di Lembah Klang akan tersenyum selepas stadium ikonik iaitu Stadium Merdeka bakal dibuka semula kepada orang awam pada awal tahun hadapan. Perkara ini diumumkan oleh CEO PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PMVSB), Tengku Ab Aziz Mahmud kepada BERNAMA selepas membuat tinjauan di stadium berkenaan. “Stadium yang bertemakan penyatuan dan inklusif adalah hasrat […]
Keadaan Padang SSMIV Menyedihkan, Seperti Beraksi Atas Bendang

Perlawanan Piala Presiden antara Kelantan United dan Kelantan FC berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada pasukan Kelantan United namun perhatian tertumpu kepada padang Stadium Sultan Muhammad ke-IV (SSMIV). Aksi yang berlangsung itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi selepas melihat skuad muda The Red Warriors yang tidak mampu menandingi kehebatan Kijang Hijau. Setelah mendahului 1-0 pada babak pertama, […]
Amri Yahyah Buat Hal Lagi, ‘Terciduk’ Semasa Sesi Latihan

Pemain veteran Sabah FC, Amri Yahyah kembali menjadi bualan ramai selepas gelagatnya ketika sesi latihan kembali mencuri tumpuan. Bekas bintang Selangor FC itu sedang menjalani latihan bersama The Rhinos sebagai persiapan bagi aksi Piala Malaysia. Beliau dilihat sedang mengasah ketajaman penyudahnya dengan melakukan drilling menjaringkan gol. Menerusi klip yang dikongsikan oleh beliau, gelagat yang mencuri […]
AFF U23: 3 Pemain Jadi Tumpuan Aksi ‘Panas’ Malaysia & Indonesia

Pertembungan antara dua pasukan jiran tetangga, Malaysia dan Indonesia bakal berlangsung dengan penuh debaran tatkala tiga pemain utama kedua-dua pasukan bakal menjadi tumpuan. Aksi pertama pasukan bimbingan E. Elavarasan bakal menyaksikan skuad muda Malaysia tampil dengan beberapa wajah baharu setelah diberi peluang untuk menyertai pasukan. Malah, pengendali Timnas Indonesia, Shin Tae-yong juga mengakui bahawa beliau […]
Dua Pemain Indonesia Didenda AFC Berdepan Malaysia

Skuad B-23 Indonesia terus dirundung malang menjelang aksi pertama Kumpulan B Piala Asia B-23 menentang Malaysia esok. Ini selepas dua pemain mereka, Titan Agung dan Komang Teguh dilarang daripada beraksi daripada kejohanan itu. ASEAN Football melaporkan larangan tersebut dibuat memandangkan kedua-duanya masih perlu menjalani hukuman penggantungan yang ditetapkan AFC pada pertengahan Julai lalu. Titan dan […]
Lubnan Tarik Diri Sertai Pestabola Merdeka?

Pasukan gergasi Timur Tengah, Lubnan difahamkan akan menarik diri daripada menyertai kejohanan Pestabola Merdeka yang bakal berlangung tidak lama lagi. Keputusan ini sudah pasti mengejutkan ramai pihak tatkala undian sudah pun dilakukan. Hal ini juga berkemungkinan akan menyebabkan pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terpaksa mengubah format perlawanan Pestabola Merdeka atau perlu segera mencari lawan […]
Media Madrid Terpesona Dengan Perkembangan JDT

Salah sebuah media terkemuka di Madrid, Diario AS terpesona dengan kemajuan yang dipamerkan oleh juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT). Media yang berpangkalan di Madrid, Sepanyol itu berkongsikan kisah kejayaan JDT yang kini mengemudi carta Liga Super 2023 dengan merekodkan 20 kemenangan berturut-turut. Rekod mengagumkan JDT di bawah kendalian jurulatih Argentina, Tano Solari […]
“Persiapan Indonesia Tak Berjalan Lancar” – Shin Tae-yong

Ketua jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong mengakui bahawa perjalanan pasukan Indonesia dalam saingan Piala AFF B-23 tidak berjalan seperti yang diharapkan. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu berdepan detik mencabar untuk menjelmakan kejayaan buat pasukan muda Garuda. Beliau bagaimanapun terpaksa menelan hakikat apabila kehilangan beberapa tonggak utama disebabkan kecederaan. Malah, terdapat juga bintang utama pasukan yang […]