AFF U23: Ketua Jurulatih Timor-Leste Mahu Fokus Masa Hadapan

Ketua jurulatih Timor-Leste, Park Soon-tae mahu anak buahnya buat lebih baik lagi pada masa hadapan setelah kekalahan 3-1 ke atas Malaysia dalam aksi terakhir peringkat kumpulan B. “Kami gagal mencapai objektif namun kami akan buat lebih baik lagi pada masa hadapan.” ujar Park Soon-tae setelah tamat perlawanan. Timor-Leste menamatkan saingan Piala AFF Bawah 23 di […]

AFF U23: Indonesia Layak Ke Separuh Akhir Bertemu Thailand

Khabar gembira buat Timnas Indonesia apabila skuad b-23 mengesahkan slot untuk ke separuh akhir Piala AFF B-23. Aksi penentuan Kumpulan C menyaksikan Vietnam mencatatkan kemenangan bermakna 1-0 ke atas Filipina. Kekalahan Filipina menyaksikan Indonesia merampas slot ke separuh akhir selaku pasukan kedua terbaik (runner-up) Hal ini disebabkan mereka bukanlah pasukan naib juara kumpulan terbaik kerana […]

AFF U23: Malaysia Ke Separuh Akhir Tewaskan Timor Leste

Perlawanan terakhir kumpulan B saingan AFF U23 antara Malaysia dan Timor Leste berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada Malaysia. Pasukan bimbingan E. Elavarasan melakukan beberapa pertukaran terutamanya pada jentera serangan skuad muda negara. Percaturan itu jelas memberi kelebihan pada Malaysia apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-5 menerusi pemain sayap, Alif Ikmarizal. Pemain kacukan Malaysia-Arab, Aliff […]

Siaran Langsung AFFU23: Timor Leste vs Malaysia, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Perlawanan terakhir Kumpulan B AFF U23 menyaksikan pertembungan antara Malaysia dan Timor Leste bakal menjadi tumpuan malam ini. Aksi yang ditunggu-tunggu bakal menyajikan percaturan antara dua pasukan yang berpeluang untuk meraih 3 mata. Perlawanan mendebarkan ini juga dihangatkan dengan keputusan yang bakal menentukan pasukan yang muncul juara kumpulan B. ketika ini, skuad muda Malaysia berada […]

Lawan Malaysia Di Piala Asia Label Vietnam Lemah

‘Musuh’ Malaysia dalam saingan Piala Asia 2023, Korea Selatan menganggap Vietnam sebagai pasukan lemah menjelang aksi persahabatan kedua-dua pasukan itu pada Oktober ini. Jurulatih Taeguk Warriors, Jurgen Klinsmann melihat Golden Star Warriors sebagai satu-satunya lawan alternatif mereka untuk kalendar antarabangsa FIFA pada Oktober. Sebarang rancangan untuk mengundang pasukan dari Amerika Selatan atau Eropah untuk tempoh […]

“Mereka Berdepan Manusia Yang Sedang Bermaharajalela Di Atas Padang”

Persembahan yang ditonjolkan oleh barisan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat sukar digugat oleh mana-mana pasukan ketika ini. Anak didik Tano Solari terus mempamerkan kaliber di atas padang termasuklah ketika membenam Kelantan dengan keputusan 10-0. Kekalahan besar itu menjadi pengajaran berguna buat skuad muda The Red Warriors yang rata-rata dibarisi oleh pemain bawah 23 tahun. […]

AFF U23: Elavarasan Waspada Dengan Ancaman Timor Leste

Jurulatih skuad B-23 negara, E. Elavarasan tidak memandang rendah cabaran yang bakal dibawa Timor Leste untuk aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF B-23 2023 malam ini. Ini kerana pasukan yang dibimbing jurulatih Korea Selatan, Park Soon-tae itu hadir dengan reputasi muncul sebagai semi finalis Piala AFF B-23 pada tahun lepas. Selain itu, The Rising Sun […]

Luqman Hakim Kekal Milik KV Kortrijk

Status penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin bersama kelab Belgium, KV Kortrijk masih sama. Pemain berusia 21 tahun itu kini dipinjamkan ke kelab Iceland, Njardvik FC untuk mendapatkan lebih banyak minit bermain. Beliau sedang mengharungi tempoh mencabar susulan saingan sengit untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan. Menerusi satu perkongsian kepada Astro Arena, pemain lincah […]

Selangor Bakal ‘Gegar’ Indonesia

Pasukan Liga Super, Selangor FC akan bertemu dengan sebuah kelab Indonesia dalam satu aksi persahabatan. Menerusi satu kenyataan oleh Selangor FC, The Red Giants dijemput untuk untuk ke Indonesia bagi satu aksi persahabatan dengan pasukan Liga 2 Indonesia, Persiraja. Aksi yang berlangsung pada 27 Ogos di Stadium Harapan Bangsa, Bandar Aceh Indonesia itu sudah pasti […]

AFF U23: Timor-Leste Bagi ‘Amaran’ Awal Kepada Malaysia

Timor-Leste telah memberi amaran awal kepada pasukan Malaysia agar tidak memandang rendah cabaran mereka menjelang aksi kedua peringkat kumpulan B Piala AFF Bawah 23. Tentangan sengit yang diberikan Timor-Leste ke atas Indonesia menyaksikan pasukan kendalian Shin Tae-yong hanya meraih kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Ramadhan Sananta. Kualiti persembahan para pemain Timor-Leste juga semakin meningkat sewaktu […]

Ini 3 Destinasi Pilihan Luqman Hakim Jika Pulang Ke Asia

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin telah menyenaraikan 3 liga yang menjadi destinasi pilihan beliau jika pulang beraksi di Asia. Pemain berusia 21 tahun itu sedang beraksi buat kelab Iceland, Njardvik FC namun berdepan saingan sengit ketika ini. Beliau hanya beraksi dalam beberapa perlawanan di sana sejak kebelakangan ini termasuklah 5 minit ketika turun menentang […]

Bergson & Heberty ‘Terkaku’ Saat JDT Belasah Kelantan

Duo serangan berbisa pasukan JDT, Bergson Da Silva dan Heberty dikesan terkaku seketika ketika pasukannya membelasah Kelantan pada pusingan kalah mati Piala Malaysia. Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan anak didik Tano Solari menjadi satu-satunya pasukan yang tidak tewas dalam semua kejohanan musim ini. Tatkala pesta gol Harimau Selatan bermula, tumpuan terarah kepada […]

Alfredo Vera Lega Ramalannya Salah

Pengendali Kelantan FC, Alfredo Vera menarik nafas lega apabila pasukannya tidak kalah dengan keputusan lebih besar berdepan JDT dalam aksi Piala Malaysia. Beliau bersyukur apabila pasukan kendaliannya setidak-tidaknya berjaya mempamerkan aksi yang diharapkan sungguhpun dibelasah 10-0 di Stadium Sultan Ibrahim semalam. Katanya, The Red Warriors kehilangan beberapa tonggak utama di bahagian pertahanan pasukan semalam. Malah, […]

Zamsaham: Saya Tahu Kelantan Akan Didenda

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham sedar akan nasib yang bakal menimpa pasukannya. Beliau menyaksikan pasukan miliknya dibelasah oleh juara bertahan Piala Malaysia, JDT di Stadium Sultan Ibrahim 10-0. Keputusan itu cukup pahit untuk ditelan tatkala The Red Warriors tewas 15-1 secara agregat. Menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, Zamsaham meluahkan kekecewaan yang […]

Pemain Warisan Malaysia Mengganas Di England

Pemain warisan Malaysia, Kobe Chong terus menyerlah bersama Alvechurch dengan kali ini menyumbat gol kemenangan menentang Stratford Town semalam. Kobe yang semakin serasi bersama pasukan barunya itu bagaimanapun perlu menunggu sehingga minit ke-66 untuk menjaringkan gol. The Church dianugerahkan sepakan penalti apabila pertahanan The Bards menjatuhkan penyerang mereka, Adan George dalam kotak penalti. Kobe tenang […]

Siaran Langsung Piala Malaysia: JDT vs Kelantan, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi timbal balik menyaksikan pertembungan antara pasukan JDT dan juga Kelantan FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu dijangka sengit selepas The Red Warriors ketinggalan dengan defisit 4 gol. Juara bertahan Piala Malaysia, JDT sudah pasti mahu melangkah ke pusingan berikutnya dengan kelebihan beraksi di laman sendiri menjadi taruhan. Berdasarkan rekod […]