Safee Sali Ramal Malaysia Tampil Cara Berbeza Berdepan China

Bekas penyerang negara, Safee Sali meramalkan skuad kebangsaan Malaysia bakal tampil dengan cara yang berbeza berdepan pasukan China kelak. “Saya rasa mungkin Kim Pan-gon ada strategi yang lain untuk berdepan pasukan China kerana ketiadaan Shahrul Saad di posisi pertahanan, mungkin Junior Eldstal dan Sharul Nazeem akan diturunkan berdasarkan kombinasi dan keserasian mereka.” ujar Safee Sali […]

Rekod 5 Pertemuan Akhir Lawan China Perlu Segera Dipadam

Malaysia berdepan satu lagi tugas yang cukup mendebarkan apabila perlu memadam episod duka berdepan China. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon berdepan dua tugas berat apabila menerima tentangan Syria dan China dalam aksi persahabatan FIFA September. Harimau Malaya bagaimanapun berjaya mencipta kejutan untuk mengikat Syria dengan keputusan 2-2. Rekod tersebut membawa kepada kemenangan pertama berdepan wakil Asia […]

E. Elavarasan Ganti Haqimi Azim Dengan Nik Umar

Susulan kecederaan yang menimpa penyerang KL City FC, Haqimi Azim, pengendali skuad B-23 Malaysia, E. Elavarasan segera memanggil pemain pertahanan Perak FC, Nik Umar Nik Aziz sebagai pengganti. Keputusan tersebut diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam laman media sosial rasmi mereka hari ini. Nik Umar merupakan sebahagian daripada senarai 15 pemain B-23 bersedia seandainya […]

“Prestasi Individu Lebih Penting Berbanding Keputusan” – Matyo

Bekas penyerang lagenda Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih mesra dikenali sebagai Matyo yakin persembahan individu lebih diutamakan berbanding keputusan di China. Pemain berusia 37 tahun itu teruja dengan kemampuan sebenar Harimau Malaya selepas berjaya mengikat pasukan ke-94 dunia Syria dengan keputusan 2-2. Mengulas lanjut, beliau melihat motivasi pasukan ketika ini berada pada tahap yang […]

Bakat Baru: Penyerang Portugal-Malaysia Dalam Pembikinan Di Australia

Seorang lagi bakat muda warisan Malaysia kini mula menembusi pasaran Australia sekaligus memberi tambahan pilihan buat skuad negara pada masa hadapan. Individu yang dimaksudkan ini ialah Noah Andrew Kat yang memiliki darah Malaysia dan Portugal. Pemain muda berusia 18 tahun itu kini beraksi di Australian Youth League untuk mendapat lebih banyak pendedahan dan aksi kompetitif […]

Lihat Cara Kim Pan-gon Baiki Kelemahan Utama Malaysia

Kerisauan ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menentang pasukan 100 terbaik dunia bakal berakhir selepas pasukan negara membuktikan prestasi sebaliknya. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu mula menyatakan kegusaran berkenaan ketahanan mental para pemainnya yang sedikit bergelut selepas ketinggalan. Perkara ini menjadi tumpuannya tatkala Harimau Malaya berdepan ujian dua pasukan hebat iaitu Syria dan China. Persembahan para […]

Usia Muda Bukan Penghalang Aliff Izwan

Penyerang muda Selangor FC, Aliff Izwan Yuslan tidak melihat usia mudanya sebagai penghalang untuk pamer aksi cemerlang dalam pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2024. Semalam, penyerang berusia 19 tahun itu membantu skuad B-23 Malaysia mengalahkan Bangladesh 2-0 dalam aksi pertama Kumpulan H. Lebih menarik, Aliff turut menyumbat gol jarak jauh pada minit ke-82 yang menewaskan […]

Impak Segera 3 Peledak Import Tentukan Nasib Pasukan Ke Asia

Perjalanan kelab Liga Malaysia ke Asia bakal ditentukan oleh kecemerlangan tiga pemain import yang dibawa masuk pada jendela perpindahan kali ini. Perebutan tempat kedua Liga Super berlangsung rancak tatkala tiga pasukan dilihat berpotensi untuk merebut slot tersebut. Keadaan ini juga ditentukan oleh kecemerlangan barisan serangan apabila percaturan untuk membawa masuk penyerang baru kelihatan membuahkan hasil. […]

Ranking FIFA: Malaysia ‘Curi’ Mata Penting Ke Kelompok 120 Terbaik Dunia

Malaysia kembali menghidupkan peluang untuk memburu kelompok kedudukan 120 terbaik dunia selepas mengikat Syria 2-2. Perlawanan menentang pasukan ke-94 dunia itu menyaksikan anak buah Kim Pan-gon mempamerkan aksi ‘gred A’ untuk bangkit daripada ketinggalan dua gol. Keputusan itu menyaksikan penambahan +1.4 mata buat Harimau Malaya sungguhpun sasaran utama meraih +6.4 mata terlepas. Mata semasa Malaysia […]

Statistik Buktikan Malaysia Pamer Kualiti Luar Norma Ikat Syria

Malaysia mempamerkan statistik yang cukup menggiurkan berdepan pasukan ke-94 dunia, Syria sekaligus menyaksikan pasukan negara mencuri mata FIFA yang amat penting. Perhatian menyeluruh tertumpu kepada bagaimana skuad kebangsaan menunjukkan kemampuan untuk bangkit memperoleh dua gol setelah ketinggalan. Hal ini juga dibuktikan menerusi catatan statistik yang membuktikan kualiti dan dominasi Malaysia ke atas negara Asia Barat […]

Kim Pan-gon: Kami Tunjukkan Mentaliti Harimau Malaya

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon gembira dengan kesungguhan dan mentaliti yang ditonjolkan para pemain Harimau Malaya setelah berjaya bangkit mengikat Syria pada babak kedua perlawanan. “Keputusan yang bagus. Pada pandangan saya, corak permainan kami pada separuh masa pertama amat baik dan kami mampu melawan pasukan yang berada di ranking ke-94. Cuma kami lakukan dua kesilapan. […]

Kelayakan Piala Asia U23: Malaysia Atasi Cabaran Bangladesh

Skuad B-23 Malaysia terpaksa bekerja keras sebelum berjaya meraih kemenangan ke atas Bangladesh dalam aksi pertama Kumpulan H Pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2024 hari ini. Kedua-dua pasukan tahu kemenangan hari ini penting bagi menjamin pemburuan slot naib juara terbaik kumpulan kelayakan. Ini kerana selain juara kumpulan kelayakan, empat naib juara kumpulan terbaik juga berpeluang […]

Malaysia Pamer Keajaiban Ikat Syria

Aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 antara Malaysia dan Syria berkesudahan dengan Malaysia berjaya mengikat lawan. Perlawanan yang berlangsung di Chengdu, China itu menyaksikan pasukan bimbingan Kim Pan-gon mendapat tentangan yang cukup hebat seawal minit pertama. Anak buah Hector Cuper tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol pertama menerusi jaringan pemain berpengalaman, Merdek Mrdkian pada minit ke-11. […]

Siaran Langsung Persahabatan Antarabangsa: Sabah vs Brunei, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi persahabatan antarabangsa Tier 2 melibatkan pertembungan antara Brunei dan Sabah menjadi tumpuan. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hassanal Bolkiah ini menjadi sesi pemanas badan buat pasukan bimbingan Ong Kim Swee. The Rhinos bakal beraksi dalam kejohanan penting musim ini iaitu Piala AFC sementara masih berbaki perlawanan Liga Super untuk merebut slot ke Asia tahun […]

Siaran Langsung Kelayakan Piala Asia U23: Malaysia vs Bangladesh, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi pembukaan Kumpulan H di Kelayakan Piala Asia U23 menyaksikan Malaysia bakal bertemu dengan Bangladesh. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Chonburi, Thailand itu menyaksikan percaturan ketua jurulatih, E. Elavarasan bakal menjadi tumpuan. Pemain Malaysia kini dalam momentum terbaik untuk mencipta kejutan dan mahu melakukan yang terbaik sebelum dua aksi getir menentang Thailand dan Filipina. Kesebelasan […]

Faisal Halim Lebar Rekod Jaringan

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim mempamerkan kekuatan setelah kembali menghangatkan saingan Liga Super dengan melebarkan rekod jaringan. Bintang berusia 25 tahun itu terpaksa berehat selama sebulan untuk menjalani tempoh panggantungan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM. Beliau bagaimanapun kembali dengan lebih kuat seperti yang dikatakannya apabila terus meledak dua jaringan ketika berdepan Kelantan […]