Rudie Ramli: Kalau Ada VAR, Kedudukan Faisal Halim Boleh Dipertikai

Bekas penyerang lagenda Selangor FC, Rudie Ramli yakin keputusan pasti berbeza sekiranya Pembantu Video Pengadil (VAR) digunakan dalam aksi Malaysia menentang China. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Phoenix Hill, Chengdu itu menyaksikan Harimau Malaya berjaya mengikat pasukan ke-80 dunia, China dengan keputusan 1-1. Gol tunggal Faisal Halim pada minit ke-11 menceriakan penyokong Malaysia sebwlum dipadamkan […]

Faisal Halim Terima Tepukan Gemuruh Penyokong China

Pemain sayap sensasi Malaysia, Faisal Halim menerima tepukan gemuruh oleh penyokong China di Stadium Phoenix Hill, Chengdu. Aksi antara Harimau Malaya dan pasukan ke-80 dunia, China menyaksikan percaturan hebat Kim Pan-gon berjaya menyekat kemaraan tuan rumah. Gol pembukaan Faisal Halim pada minit ke-11 bagaimanapun berjaya dipatahkan oleh rembatan deras Lin Liang Ming pada minit ke-36. […]

Ranking Masa-Nyata FIFA: Malaysia ‘Tekan’ Filipina, Hampiri Kedudukan 120 Terbaik Dunia

Selepas meraih tambahan 1.4 mata ranking FIFA ketika berdepan pasukan ke-94 dunia, Syria, Malaysia sekali lagi mencatatkan unjuran positif dan konsisten untuk mencuri mata FIFA berdepan China. Malaysia yang merekodkan 1091.57 mata dengan keputusan positif ke atas Syria menyaksikan skuad kebangsaan memperoleh tambahan mata menjadi 1092.47 mata. Kini, berdasarkan kiraan masa nyata, Malaysia mengumpul keseluruhan […]

Malaysia ‘Rantai’ Pasukan Ke-80 Dunia, China

Malaysia melakar satu lagi detik bersejarah apabila mempamerkan aksi yang cukup bertenaga untuk mengikat China. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon berdepan lawan yang berada di tangga ke-80 dunia dengan cukup baik dengan memberikan tekanan awal. Kelibat barisan pilihan utama pengendali kelahiran Korea Selatan itu memberikan kejutan awal kepada Naga Emas apabila meledak menerusi Darren Lok namun […]

Kelayakan Piala Asia U23: Malaysia Gah Belasah Filipina

Malaysia meneruskan rentak cemerlang dalam aksi kelayakan Piala Asia B-23 2024 dengan membelasah Filipina 4-0 dalam aksi kedua Kumpulan H hari ini. Selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Bangladesh, jurulatih E. Elavarasan tahu mereka perlu meraih kemenangan besar ke atas Young Azkals. Ini kerana berdasarkan kedudukan empat naib juara kumpulan terbaik ketika ini, Harimau Muda […]

Malaysia Hilang Khidmat Luqman Hakim?

Khabar kurang baik buat kem skuad B-23 negara selepas penyerang sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin dilaporkan mengalami kecederaan. Pemain berusia 22 tahun itu diturunkan dalam kesebelasan utama berdepan Filipina bagi aksi kedua Kumpulan H setelah menewaskan Bangladesh 2-0 pada aksi pembukaan. Beliau menjadi watak penting buat pasukan bimbingan E. Elavarasan untuk mencatat gol seawal 20 […]

Harith Haiqal Jaring Gol Roket Jarak Jauh

Pertahanan muda Malaysia U23, Harith Haiqal menggegar bumi Thailand selepas menjaringkan gol roket jarak jauh. Aksi antara Malaysia dan Filipina itu menyaksikan percaturan E. Elavarasan untuk membariskan kesebelasan terbaik membuahkan hasil. Skuad muda negara mendahului seawal 20 saat menerusi ledakan kapten pasukan, Mukhairi Ajmal untuk menyuntik moral pasukan. Tumpuan terarah kepada bagaimana kebolehan pertahanan muda […]

Jürgen Klinsmann Lebar Rekod Buruk Bersama Korea Selatan

Ketua jurulatih Korea Selatan, Jürgen Klinsmann masih mencari rentak sebenar bersama pasukan baharunya selepas meneruskan rekod tanpa kemenangan sekali lagi. Pengendali kelahiran Jerman itu mengambil alih jawatan ketua jurulatih pada awal tahun ini gagal mencari rentak yang diharapkan buat pasukan. Beliau juga kelihatan tidak disenangi atas beberapa tindakannya dan juga komen yang diberikan kepada media. […]

Siaran Langsung Persahabatan Antarabangsa: China vs Malaysia, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi tumpuan seluruh penyokong bola sepak tempatan terarah kepada perjuangan Malaysia yang bakal berdepan pasukan ke-80 dunia, China. Perlawanan kedua di Chengdu, China ini menyaksikan anak didik Kim Pan-gon berada dalam motivasi terbaik selepas mengikat pasukan ke-94 dunia, Syria tempoh hari. Harimau Malaya sedia memungut lebih banyak mata FIFA berdepan China sambil kedua-dua pasukan membariskan […]

Nooa Laine Harap Diturunkan Berdepan Filipina

Pemain tengah muda negara, Nooa Laine berharap dapat diturunkan dalam aksi kedua Kumpulan H menentang Filipina petang ini. Nooa sebelum ini tidak dapat diturunkan dalam aksi pertama Kumpulan H menentang Bangladesh kerana keletihan selepas mengharungi perjalanan yang jauh dari Finland. Masalah sama turut dialami penyerang KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin. Kini, Nooa dilihat sudah bersedia […]

Siaran Langsung Kelayakan Piala Asia U23: Filipina vs Malaysia, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Perlawanan kedua Kelayakan Piala Asia U23 melibatkan pertembungan antara Filipina dan juga Malaysia menjadi tumpuan pada 9 September 2023. Aksi kedua Kumpulan H menyaksikan percaturan penting ketua jurulatih negara, E. Elavarasan bakal menentukan perjalanan pasukan dalam kejohanan ini. Malaysia mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Bangladesh dalam aksi pembukaan sementara Filipina. tewas 5-0 kepada Thailand. Kemenangan […]

Ranking FIFA: Malaysia Berpeluang Lonjak Tiga Tangga, Kejar Kelompok 120 Terbaik Dunia

Malaysia kini dalam kedudukan terbaik untuk mengejar kelompok 120 terbaik dunia semakin menyala sekiranya menewaskan China. Harimau Malaya berjaya melakar satu keputusan baik menentang pasukan ke-94 dunia, Syria sekaligus memungut tambahan +1.4 mata sungguhpun sasaran utama meraih +6.4 mata terlepas. Keputusan positif ke atas Syria menyaksikan skuad kebangsaan memperoleh mata tambahan mata menjadi 1092.47. Fokus […]

Rahsia China Ada Dalam Genggaman Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon sepenuhnya yakin dengan persiapan skuad kebangsaan untuk aksi bertemu China kelak. “Kami telah mengkaji mereka dan telah mempunyai rancangan yang rapi berdepan China. Kami tahu tentang taktikal dan corak permainan pasukan China.” jelas Kim Pan-gon dalam sidang media pra-perlawanan Malaysia menentang China. Ketua jurulatih itu turut mahukan anak buahnya menampilkan […]

China Umum Skuad Ampuh Berdepan Malaysia

Pasukan China bakal turun dengan barisan terkuat menjelang dua siri Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Chengdu, China. Seramai 24 pemain telah dipanggil pengendali pasukan, Aleksandar Jankovic ke kem latihan pusat yang bermula pada 2 September lalu. Daripada senarai 24 pemain yang memperkuat kem kebangsaan China kali ini, 8 tonggak pasukan tersebut merupakan bintang daripada pasukan […]

Fergus Tierney: 1-0 atau 5-0 Sama, Kami Nak Menang

Penyerang negara, Fergus Tierney hanya mensasarkan kemenangan ke atas Filipina dalam aksi kedua Kumpulan H esok tanpa memikirkan jumlah jaringan skuad negara. Malaysia sebelum ini melakar kemenangan 2-0 ke atas Bangladesh dalam aksi pertama kumpulan pada 6 September lalu. Aliff Izwan Yuslan dan Tierney masing-masing menyumbat satu gol dalam perlawanan itu. Bagi pemain berdarah Scotland […]

Kim Pan-gon Kongsi Sebab Bersungguh-Sungguh Mahu Jadi Jurulatih Malaysia

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon akhirnya memberi sebab mengapa dirinya begitu yakin untuk menjadi jurulatih Harimau Malaya. Pengendali berusia 53 tahun itu sedang melakukan tugas yang cukup cemerlang bersama Harimau Malaya ketika ini termasuklah mencatatkan keputusan seri 2-2 menentang Syria tempoh hari. Beliau dalam sesi sidang media pra-perlawanan Malaysia menentang China akhirnya memberi sebab tentanh […]