Ini Satu-Satunya Cara Buat Terengganu Teruskan Langkah Di Asia

Wakil Malaysia di pentas Piala AFC, Terengganu masih memiliki cara untuk meneruskan kemaraan sungguhpun ruang ketika ini kelihatan tertutup. Pasukan bimbingan Tomislav Steinbruckner menghadapi tugas sukar apabila mensia-siakan beberapa peluang untuk menempah laluan mudah ke separuh akhir antara zon Asean. Hal ini susulan satu lagi pasukan Malaysia, Sabah FC sudah pun mengesahkan kemaraan selepas membenam […]

Ayah Safawi Rasid Meninggal Dunia

Perkhabaran mendukacitakan hadir daripada pemain sayap Malaysia, Safawi Rasid yang baru sahaja kehilangan ayahanda tercintanya. Pemain berusia 26 tahun itu merupakan tunjang utama buat skuad negara dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) sejak beberapa musim kebelakangan ini. Impak yang dibawa oleh anak jati Terengganu ini telah membantu Malaysia untuk melayakkan diri ke pentas Piala Asia […]

Malaysia Sedia Anjurkan Hoki Piala Dunia

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal melihat negara sudah bersedia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025. Kenyataan ini dibuat kepada media selepas majlis pengenalan jersi skuad Young Tigers dan penyerahan tajaan Piala Dunia Remaja 2023 yang berlangsung semalam. “Masa itu kalau FIH (Persekutuan Hoki Antarabangsa) minta kita anjurkan […]

Jurulatih Oman Susun Persiapan Lebih Rapi Berdepan Malaysia

Kekecewaan pasukan kebangsaan Oman yang tewas mengejut kepada Kyrgyzstan dalam aksi kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 telah membuka mata ketua jurulatihnya, Branko Ivankovic. Pengendali kelahiran Croatia itu menzahirkan kerisauan terhadap persembahan yang dipamerkan oleh anak buahnya yang mensia-siakan banyak peluang di hadapan gawang. Katanya, beliau memandang serius masalah ini namun tidak mahu terlalu tertekan kerana […]

Ranking FIFA: Malaysia Negara Asia Paling Cemerlang, Lonjak 7 Tangga

Ranking FIFA Malaysia: Skuad kebangsaan Malaysia kini melonjak 7 tangga selepas meraih mata maksimum hasil kecemerlangan di pentas Kelayakan Piala Dunia 2026. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon kini menjadi tumpuan dunia selepas kejayaan luar biasa sebagai pasukan Asia Tenggara sekaligus membuka mata ramai pihak ketika ini. Kemenangan berdepan pasukan ke-102 dunia, Kyrgyzstan memberikan skuad negara tambahan […]

Media Korea Kongsi Resipi Kejayaan Sedekad TMJ Bina Empayar JDT

Beberapa buah laman di Korea telah melirikkan kejayaan jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini membina reputasi hebat di pentas bola sepak Asia. Usaha sedekad yang dibangunkan oleh pemilik kelab JDT, DYAM TMJ akhirnya mula membuahkan hasil terutamanya apabila skuad Harimau Selatan mula dipandang tinggi di Asia. Kejayaan membenam juara Korea Selatan, Ulsan Hyundai […]

AFC Kongsi Kemunculan Semula Malaysia Di Piala Asia

Laman media sosial rasmi AFC Asian Cup Qatar 2023 kongsi kemunculan semula pasukan Malaysia di pentas Piala Asia 2023. Pada Jun tahun lalu, Harimau Malaya mengakhiri badi 42 tahun dan layak secara merit ke pentas Piala Asia 2023 selepas skuad kendalian Kim Pan-gon berjaya menewaskan Bangladesh 4-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kemenangan itu sekaligus […]

“Satu Peratus Pun Tak Dapat Apa Yang Selesai?”

Isu yang melanda kem Kelantan FC dilihat tidak menemui titik noktah selepas para pemain kembali bersuara untuk mempertahankan hak masing-masing. Baru-baru ini, tular kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Kelantan FC, Ahmad Muzakkir Hamid yang memaklumkan bahawa gaji para pemain The Red Warriors sudah hampir 90 peratus selesai. “Kami telah berusaha sehabis maksimum […]

JDT Bakal ‘Terbang’ Ke Sepanyol & Portugal

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengesahkan bahawa pasukan akan menjalani pra-musim 2024 dan 2025 di Sepanyol dan Portugal. Menerusi perkongsian yang dilakukan oleh laman Johor Southern Tigers, keputusan ini susulan perbincangan yang menggalakkan antara DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan pemilik Portimonense FC, Constantin Teodoro Panagopoulos. DYAM […]

Siaran Langsung AFC Cup: Central Coast Mariners vs Terengganu, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi kelima AFC Cup antara pasukan Central Coast Mariners dan Terengganu bakal menjadi tumpuan untuk menentukan perjalanan pasukan di pentas Asia musim ini. Pasukan bimbingan Tomislav Steinbruckner memiliki motivasi terbaik selepas pernah menewaskan wakil Australia itu di laman sendiri tempoh hari. Central Coast pula mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk menoktahkan perjalanan skuad […]

“Adakah Kemenangan Sebenarnya Menyukarkan Malaysia?” – Razman Roslan

Bekas tonggak pertahanan kebangsaan, Razman Roslan tertanya-tanya tentang laluan yang bakal ditempuhi Malaysia selepas ini susulan dua kemenangan di pentas Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad bimbingan Kim Pan-gon kini mengemudi carta Kumpulan D dengan 6 mata selepas dua perlawanan hasil kemenangan berdepan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. Menerusi analisis yang dilakukan oleh Razman di Nindia […]

JDT Ucap Selamat Tinggal Kepada ACL Lebih Awal

Wakil Malaysia di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL), Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa melupakan hasrat untuk bersaing di pentas tertinggi Asia tersebut. Pasukan bimbingan Tano Solari mencatatkan satu lagi kekalahan apabila tewas besar kepada Kawasaki Frontale dengan keputusan 5-0. Sungguhpun bermula baik apabila ketinggalan hanya 1-0 pada babak pertama namun Kawasaki Frontale menambah empat jaringan […]

Penyerang ‘RM3.32 Juta’ Kawasaki Frontale Lesu, Peluang JDT Mendominasi

Wakil Malaysia di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL), JDT memiliki kelebihan apabila penyerang Kawasaki Frontale, Bafétimbi Gomis memberi kerisauan kepada penyokong tuan rumah. Pemain berusia 38 tahun itu dibawa masuk ke dalam pasukan beberapa bulan lalu untuk menambah sengat kepada jentera serangan pasukan. Kemasukan bekas penyerang berbisa Al-Hilal ini masih belum memberi impak yang diharapkan […]

Siaran Langsung ACL: Kawasaki Frontale vs JDT, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi kelima saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) menyaksikan pertembungan antara pasukan Kawasaki Frontale dan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi tumpuan peminat bola sepak Asia. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Todoroki, Kawasaki itu menyaksikan pasukan kendalian Tano Solari turun dalam misi menebus kekecewaan setelah tewas tipis tempoh hari. Anak buah Toru Oniki pula sedar cabaran hebat […]

“Kuching City Datang Untuk Menang”- Aidil Sharin

Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin optimis dengan kemampuan pasukannya untuk melakar kejayaan pada pentas final Challenge Cup 2023 berdepan PDRM. Perlawanan akhir pertama berlangsung di Stadium MBPJ pada 29 November 2023 menyaksikan kepulangan beberapa tonggak penting membantu perjalanan pasukan Kuching City untuk menurunkan kesebelasan terbaik. Beliau yang memiliki pengalaman membimbing Kedah Darul Aman ke […]

Pemain Bawah 8 Tahun Patah Kaki Kerana Terjahan Keras Lawan

Arena bola sepak Malaysia dikejutkan dengan isu terjahan keras pemain bawah 8 tahun yang telah menyebabkan kecederaan serius terhadap pemain lawan. Bukan satu malah dua kes telah terjadi pada tahun ini melibatkan kejohanan bola sepak bawah 8 tahun sekaligus mengundang keresahan dalam kalangan ibubapa, jurulatih serta penyokong bola sepak tempatan. Kes pertama menyaksikan berlakunya kecederaan […]