Aksi Final JDT & Terengganu Kekal Di SNBJ

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC kekal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pelbagai isu berkenaan keadaan padang di Bukit Jalil menjadi tumpuan para peminat bola sepak tanah air ketika ini. Hal ini susulan perkembangan terbaru yang dikongsikan oleh DYAM TMJ berkenaan keadaan padang yang menerima respon […]
TMJ Kongsi Keadaan Terkini Padang SNBJ

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ telah memberi respon berkenaan keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjelang sepak mula final Piala Malaysia tidak lama lagi. Isu padang menjadi perdebatan hangat sejak beberapa bulan kebelakangan ini setelah proses penukaran rumput Zeon Zoysia dijalankan sejak Mac lalu. Keadaan padang mencuri tumpuan […]
JDT Ada Pencabar Baru Di ASEAN

Pasukan gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki pesaing baharu di rantau Asia Tenggara apabila kebangkitan kelab Thailand, Bangkok United dilihat perlu diberi perhatian. Kedua-dua pasukan ini beraksi di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada musim ini dengan Bangkok United memiliki rekod yang amat baik. Sungguhpun berdepan lawan yang amat hebat seperti Jeonbuk Hyundai […]
Nilai 3 Bintang Malaysia Cecah RM6.3 Juta

Malaysia membuktikan bahawa kualiti yang dimiliki oleh pemain tempatan mampu berkembang seiring dengan prestasi pasukan di atas padang. Kecemerlangan tiga bintang utama Harimau Malaya pada peringkat kelab dan negara menjadikan prospek yang dihasilkan oleh negara sentiasa mendapat perhatian umum. Berdasarkan kemas kini nilai pasaran pemain oleh laman Transfermarkt, pemain paling bernilai Malaysia kini dipegang oleh […]
Fadhlina Sidek Kagum Saksikan Bakat Muda Malaysia

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengakui kagum dengan kemajuan yang ditunjukkan barisan pemain muda bola sepak negara. Kenyataan ini dibuat selepas menonton aksi final Liga Piala Remaja KPM-FAM B-17 2023 membabitkan skuad bawah 17 tahun (B-17) Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Sekolah Sukan Negeri Perlis (SSNP) semalam. Liga ini bertanggungjawab melahirkan ramai bintang yang […]
Challenge Cup: PDRM Muncul Juara Tewaskan Kuching City

Aksi final Challenge Cup antara pasukan PDRM dan Kuching City menyaksikan kemenangan berpihak kepada pasukan pelawat di Stadium Kuching. Anak buah Dato’ Yunus Alif menurunkan barisan terkuat untuk mengekalkan kelebihan tiga gol yang dibawa dari Stadium MBPJ menerusi kemenangan 3-0. Kuching City yang masih mahu memberikan saingan terhebat melakukan beberapa gerakan berbahaya sepanjang 45 minit […]
Penyokong China Masih Marah, Dakwa Dion Cools Lupa Asal Usul

Penyokong China dilihat masih menyimpan perasaan marah terhadap Dion Cools selepas membuat keputusan untuk tidak mewakili pasukan kebangsaan China selepas memilih untuk bersama Malaysia. Pemain berusia 27 tahun itu menjadi duri dalam daging buat China apabila membantu Harimau Malaya mengikat pasukan ke-79 dunia itu dengan keputusan 1-1 pada bulan September lalu. Skuad bimbingan Aleksandar Janković […]
JDT & Selangor Terima ‘Habuan’ RM4.3 Juta

Kejayaan dua pasukan Liga Super 2023, JDT dan Selangor FC untuk mara ke pentas Asia musim hadapan diserikan dengan habuan berjumlah RM4.3 Juta buat kedua-dua pasukan. Skuad Harimau Selatan muncul selaku pemenang Liga Super kali ke-10 berturut-turut dan mengesahkan slot ke pertandingan Tier 1 di Asia iaitu AFC Champions League Elite (ACLE). Sebanyak 12 pasukan […]
Selangor Raih Wang Ganjaran RM1.9 Juta

Pasukan gergasi Liga Super, Selangor FC menerima khabar gembira apabila berjaya menempah slot ke Asia bagi musim hadapan apabila muncul selaku naib juara Liga Super 2023 dan meraih wang ganjaran bernilai RM1.9 Juta. The Red Giants mempamerkan persembahan kelas tinggi di Stadium Darul Aman dengan gol tunggal Ayron Del Valle memastikan kemenangan tipis 1-0 ke […]
Sanusi Lipat Gulung Buat Ramai Terkejut

Kemahiran tahap tinggai yang ditonjolkan oleh Menyeri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu aksi bola sepak mencuri perhatian netizen. YB Sanusi seringkali turun padang untuk beraksi dalam perlawanan santai antara KCSFC menentang GCrew mencuri tumpuan ramai. Perlawanan yang turut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar itu merancakkan […]
Siaran Langsung Liga Super: Kedah vs Selangor, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Perlawanan Liga Super antara pasukan Kedah dan Selangor mencuri tumpuan bagi perebutan slot ke Asia musim hadapan. Aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman itu menyaksikan The Red Giants memiliki kelebihan dua mata sambil anak didik Nafuzi Zain mahu meraih mata penuh di laman sendiri. Rekod baik kedua-dua pasukan bakal menjadikan aksi ini lebih menarik […]
Warga Korea Selatan Minta Berhati-Hati Dengan Kim Pan-gon

Sebilangan warga Korea Selatan menzahirkan kerisauan terhadap percaturan yang dibawa oleh ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menjelang pertemuan di Piala Asia tahun hadapan. Jurulatih berusia 53 tahun itu berjaya membawa kejayaan luar biasa kepada bola sepak Malaysia apabila naik ke tangga 130 dunia berbanding 157 dunia kira-kira dua tahun lalu. Skuad kebangsaan juga memiliki rekod […]
Foto Terbaru Luqman Hakim Berbaju Selangor Jadi Perhatian

Khabar mengenai bintang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin terus menjadi perhatian apabila beliau dikesan berbaju selangor ketika menjalani latihan persendirian. Pemain berusia 22 tahun itu merupakan tunjang utama buat skuad bawah 23 tahun negara dan kini memasuki tahun ke-4 di Eropah. Beliau sebelum ini dipinjamkan ke kelab Liga Iceland bersama Njardvik FC tidak berlangsung seperti […]
Gaduh Di Luar Stadium, Penyokong Bola Sepak Terima Hukuman

Perbuatan sia-sia sebilangan penyokong bola sepak Malaysia mengundang padah apabila masing-masing menerima hukuman yang setimpal. Kejadian yang difahamkan berlaku di perkarangan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu menyaksikan kemusnahan awal berlaku selain beberapa individu cedera parah. Menerusi beberapa keping gambar yang tular di laman sosial, kelihatan sebuah kenderaan jenama Honda remuk pada bahagian belakang […]
Malaysia Hampiri Thailand & Vietnam, Berpeluang Jadi No.1 ASEAN

Konsistensi yang dipamerkan oleh skuad kebangsaan Malaysia membuahkan hasil yang memberangsangkan apabila mencatatkan unjuran positif dalam kemas kini ranking FIFA terbaru. Skuad kendalian Kim Pan-gon menjadi satu-satunya pasukan di Asia Tenggara yang merekodkan kemenangan bersih dalam dua aksi sulung di Kelayakan Piala Dunia 2026. Harimau Malaya cemerlang menumpaskan pasukan ke-102 dunia, Kyrgyzstan dan juga Chinese […]
“Ketika Bertahan Dia Akan Tekan, Sama Macam Safee Sali” – Razman Roslan

Kualiti yang dimiliki oleh penyerang utama Sabah FC, Darren Lok meraih perhatian bekas pertahanan kebangsaan, Razman Roslan. Penyerang berusia 32 tahun itu mencatat satu lagi jaringan untuk membantu The Rhinos layak ke peringkat separuh akhir Piala AFC antara zon Asean. Bintang kelahiran England-Malaysia ini terus diberi kepercayaan untuk memacu cabaran pasukan dan kini menjadi antara […]