Ranking FIFA: Ini Kedudukan Terkini Malaysia Sekiranya Tewaskan Korea Selatan

Ranking FIFA Malaysia: Harimau Malaya memiliki satu lagi peluang terakhir untuk meraih mata maksimum FIFA sekaligus membantu pasukan melonjak 7 tangga untuk menembusi kelompok 120 dunia. Skuad kendalian Kim Pan-gon menerima tamparan selepas tewas dua aksi pembukaan menentang Bahrain dan Jordan sekaligus menyebabkan skuad negara turun ke kedudukan 135 dunia. Harimau Malaya bagaimanapun optimis untuk […]

Analisis Data : Mengenal Pasti Trend Permainan Korea Selatan Yang Mampu Menjerat Harimau Malaya

Malaysia bakal berhadapan dengan Korea Selatan dalam aksi pelengkap jadual Kumpulan E sebelum mengakhiri kempen Piala Asia 2023. Sebarang keputusan dalam perlawanan ini tidak akan mengubah nasib pasukan skuad kebangsaan apabila tewas dalam dia aksi terdahulu menentang Jordan dan Bahrain, sekaligus menutup ruang untuk Malaysia lolos ke pusingan 16 pasukan terbaik dalam kejohanan ini. Slot […]

Hoki 5s Piala Dunia: Belanda Pamer Kualiti Sebenar, Tundukkan Malaysia

Skuad hoki 5 sebelah wanita Malaysia kecundang kepada Belanda dalam aksi kedua kumpulan Hoki 5s Piala Dunia. Malaysia yang mencatatkan kemenangan 10-0 ke atas Oman pada aksi pertama dilihat gagal mengawal pergerakan lincah pemain Belanda. Lana Kalse berjaya membuka tirai jaringan buat pasukan Belanda pada minit kelapan menerusi jaringan padang. Skuad negara terus dikejutkan dengan […]

Ong Kim Swee: Pemain Tak Salah

Ketua jurulatih Sabah FC, Dato’ Ong Kim Swee yakin pemain tidak akan dipersalahkan sementara jurulatih perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap prestasi pasukan. Pengendali berusia 51 tahun itu berkongsikan pandangannya terhadap persembahan skuad negara ketika ini di Piala Asia selepas tewas dua aksi awal berdepan Jordan dan Bahrain. Kritikan oleh peminat rata-rata tertumpu kepada barisan pemain […]

Jo Hyeon-Woo Tak Pandang Mudah Ancaman Malaysia

Penjaga gol Korea Selatan, Jo Hyeon Woo tidak mahu memandang mudah ancaman pasukan Malaysia. Beliau mengakui perlawanan menentang Malaysia esok adalah satu tugas sukar.  Walaubagaimanapun, penjaga gol Ulsan Hyundai itu percaya rakan sepasukannya sudah bersedia dari segala aspek untuk bertemu Malaysia.  “Kami berada dalam motivasi terbaik, seperti Jurulatih kata, ia akan menjadi perlawanan yang susah […]

“Kami Tahu Cara Kekang Mereka” – Dion Cools

Pertahanan tengah negara, Dion Cools yakin dengan kemampuan rakan sepasukannya menjelang aksi terkahir kumpulan AFC Asian Cup berdepan Korea Selatan. Beliau berkata ketika sidang media pra perlawanan bahawa beliau sedar dengan kualiti yang dimiliki pemain-pemain lawan dan percaya mampu untuk mengekang asakan mereka. “Kita semua tahu mereka adalah pemain-pemain yang berkualiti tetapi pada akhirnya, ini […]

Kim Pan-gon: Malaysia Kembali Setelah 43 Tahun Tetapi Mereka Tidak, Keputusan Itu Tidak Mengejutkan

FA Malaysia

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon mahu meletakkan sasaran realistik kepada skuad negara berdepan Korea Selatan pada 25 Januari 2024. Pengendali berusia 54 tahun itu berjaya membawa Malaysia kembali ke pentas berprestij itu selepas sekian lama tidak mara namun tidak mahu anak buahnya tertekan. Katanya, persiapan pasukan kini berjalan lancar namun beberapa pemain tidak dapat diturunkan […]

Hoki 5S Piala Dunia: Malaysia Belasah Oman 10-0

Skuad hoki 5S wanita Malaysia memulakan kempen Kumpulan A Piala Dunia Hoki 5S dengan langkah kanan hari ini. Ini selepas skuad negara berjaya membelasah skuad wanita Oman 10-0 dalam aksi pertama kumpulan. Ini pertemuan pertama bagi kedua-dua pasukan dalam aksi Piala Dunia Hoki 5S 2024 dengan Oman merupakan tuan rumah kejohanan. Dan Malaysia bermula garang […]

Malaysia Dijangka Turunkan 3 Tonggak Berpengalaman Lawan Korea Selatan

FA Malaysia

Pasukan kebangsaan Malaysia dijangka menurunkan 3 tonggak berpengalaman untuk aksi menentang Korea Selatan yang berada ditangga ke-23 dunia. Kim Pan-gon pastinya menuntut permainan terbaik daripada para pemain Malaysia dalam perlawanan terakhir Piala Asia 2023 lebih-lebih lagi berdepan pemain bertaraf dunia. Menurut Zulhelmi Zainal Azam, tiga pemain iaitu Brendan Gan, Safawi Rasid dan Daniel Ting dijangka […]

Panggilan Telefon TMJ ‘Ketuk’ Hati Dion Cools Sarung Jersi Harimau Malaya

Satu panggilan yang dibuat oleh Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM YMJ telah membuka pintu hati bintang kelahiran Belgium-Malaysia, Dion Cools untuk mewakili Harimau Malaya. Pemain berusia 27 tahun itu merupakan pemain idaman yang ditunggu-tunggu oleh seluruh peminat apabila impian untuk melihat beliau tampil beraksi buat skuad kebangsaan. Beliau berkongsikan kisah ini […]

AFC Asian Cup: 4 Pasukan Senasib Dengan Malaysia

Dengan peringkat kumpulan Piala Asia 2023 Qatar yang semakin lengkap, terdapat beberapa pasukan yang masih gagal menjaringkan gol termasuk Malaysia. Ianya agak berbeza buat China apabila mereka sah mengakhiri Kumpulan A dengan tanpa sebarang jaringan selepas tewas 0-1 kepada Qatar pada aksi terakhir kumpulan semalam. Selain Malaysia dan China, terdapat tiga lagi pasukan yang masih […]

AFC Asian Cup: Media Korea Kritik Pendekatan Jurgen Klinsmann

Salah satu media Korea telah mengkritik ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann selepas dua aksi peringkat kumpulan Piala Asia yang dihadapi oleh mereka. Menurut media Sports Chosun, pendekatan yang digunakan oleh Klinsmann amat mengecewakan dan jelas berbeza dengan Paulo Bento ketika membimbing Korea Selatan di Piala Dunia Qatar yang lalu. “Sangat mengecewakan. Kerana memberi tekanan […]

Skuad Muda JDT Kini Miliki Pusat Latihan Serba Canggih

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sentiasa memastikan prestasi cemerlang setiap pemain selari dengan kemajuan di luar padang. Salah satunya, skuad muda JDT kini memiliki pusat latihan yang serba canggih. Sebuah dormitori dan gimnasium baharu yang disediakan untuk Akademik JDT terletak di Pusat Latihan Padang Mawar di Pasir Gudang dan ianya juga merupakan pusat […]

“Saya Hanya Nampak Benci, Di Mana Cintanya?” – Liridon Krasniqi

Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi seperti tertanya-tanya mengenai kecaman yang diterima para pemain negara susulan penyingkiran awal dari kempen Piala Asia 2023 Qatar. Baru-baru ini, Liridon ada memuat naik satu ucapan kepada pemain tengah Malaysia, Natxo Insa yang menjadi mangsa kritikan oleh penyokong bola sepak Malaysia. “Idola dalam setiap aspek. Kita sebagai pemain dan negara […]

Sukar Dapatkan Penaja, Pengerusi Perak “Mungkin Kerana Selalu Kalah”

Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Azim Zabidi tidak menafikan bahawa pasukannya kini bergelut untuk mencari penaja bagi saingan musim 2024/25. The Bos Gaurus mengakhiri saingan musim lalu dengan agak kurang memberangsangkan namun masih mampu untuk melangkah ke pentas separuh akhir Piala Malaysia. Tatkala saingan Liga Super musim baharu masih belum bermula, rata-rata kelab kini sedang […]

AFC Asian Cup: “Bila Kalah, Itu Yang Dibangkitkan” – Faisal Halim

Pemain sayap negara, Faisal Halim menzahirkan perasaannya selepas pemain Harimau Malaya dikritik hebat menerusi prestasi yang ditampilkan di pentas Piala Asia 2023. Pemain berusia 26 tahun itu ditemui ketika sesi latihan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di Qatar tidak dapat berselindung apabila skuad negara gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam dua perlawanan menentang Jordan […]