Seri Berdepan Malaysia, Jürgen Klinsmann Anggap Keputusan Ini Tak Dirancang

Pengendali Korea Selatan, Jürgen Klinsmann memuji persembahan memukau yang dipamerkan Malaysia selepas skuad kendaliannya terpaksa akur mencatat keputusan seri berdepan Malaysia. Malaysia berjaya bangkit pada babak-babak akhir permainan menerusi ledakan pemain gantian, Romel Morales sekaligus menamatkan aksi dengan keputusan 3-3. Ketika sesi sidang media selepas perlawanan, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melaporkan bahawa keputusan […]

Kim Pan-gon Raikan Gol Malaysia Penuh Semangat Berdepan Negara Kelahirannya

Selepas penantian selama 17 tahun, Malaysia akhirnya berjaya menjaringkan gol di pentas Piala Asia. Malaysia bangkit mencipta kejutan apabila berjaya mengikat jaguh dunia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3. Pengendali Malaysia, Kim Pan-gon menzahirkan rasa teruja dan bangga dengan pencapaian anak buahnya di pentas Piala Asia kali ini. Ketika Malaysia meledak gol pertama menerusi pemain sayap, […]

Misi Kim Pan-gon Berjaya

Misi yang diusahakan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon berjaya selepas membantu Malaysia untuk pulang dengan pungutan mata. Harimau Malaya mengharungi dua detik sukar selepas tewas di tangan Jordan dan Bahrain sekaligus terlepas peluang untuk mara ke pusingan kalah mati. Pertemuan dengan pasukan ke-22 dunia FIFA , Korea Selatan menjadi misi hidup mati untuk layak ke […]

Ranking FIFA: Hasrat Akhir Malaysia Tercapai, Lonjak Tangga Penting FIFA

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia mencatatkan perjuangan hebat sebelum mencatatkan kemenangan ke atas Korea Selatan sekaligus menyebabkan kedudukan negara melonjak tiga tangga ke kedudukan lebih baik. Skuad kebangsaan mempamerkan aksi memukau untuk mengikat pasukan ke-22 dunia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3. Skuad bimbingan Kim Pan-gon tumpas dalam dua aksi terawal Kumpulan E berdepan Jordan dan Bahrain […]

AFC Asian Cup: Malaysia Pamer Keajaiban Sempurna Ikat Korea Selatan

AFC Asian Cup: Malaysia menutup tirai aksi di Qatar dengan meraih keputusan seri ke atas Korea Selatan dengan keputusan 3-3. Kedua-dua pasukan melakukan beberapa pertukaran penting dalam kesebelasan utama pasukan dengan skuad kebangsaan mempertaruhkan watak seperti Daniel Ting dan Brendan Gan pada babak pertama. Taeguk Warriors tidak menunggu lama untuk menekan Malaysia seawal 20 minit […]

Aksi Tangan Lincah Syihan Hazmi Buat Son Heung-min Terkaku

Ketangkasan penjaga gol Malaysia, Syihan Hazmi memastikan kecemerlangan skaud negara berterusan bagi aksi 45 minit pertama permainan. Pasukan kendalian Kim Pan-gon mengekalkan sebahagian besar kesebelasan utama pasukan dan hanya melakukan beberapa pertukaran penting. Skuad kebangsaan berjaya mengawal keadaan dalam 15 minit pertama permainan namun berjaya ditembusi beberapa kali selepas itu. Detik paling penting buat pasukan […]

Bayern Munich Mula Rindukan Kim Min-jae

Pengurus Bayern Munich, Thomas Tuchel kini mula merasai ketiadaan Kim Min-jae dibahagian pertahanan pasukan. Bayern Munich kini mengalami krisis kecederaan pemain pertahanan dan terkini Dayot Upamecano terpaksa dikeluarkan pada awal babak kedua setelah mengalami kecederaan otot paha. Eric Dier kemudian melakukan debut pertama buat The Bavarians apabila masuk menggantikan Upamecano dalam perlawanan tersebut. Seorang lagi […]

“Janganlah Patahkan Kaki Dia”

Ketua jurulatih Sabah FC, Dato’ Ong Kim Swee mengimbas kembali perjalanan skuad muda Malaysia yang pernah menewaskan Korea Selatan dengan keputusan 2-1 pada aksi Sukan Asia di Palembang pada tahun 2018. Detik yang bersejarah ketika itu menyaksikan skuad muda negara berjaya melakar kejutan selepas turun dengan status pasukan bukan pilihan pada perlawanan tersebut. Beliau bagaimanapun […]

Hoki 5s Piala Dunia: Malaysia Mara Selepas Ditentang Hebat Fiji

Skuad hoki 5 sebelah wanita negara berjaya melepasi peringkat kumpulan walaupun diikat Fiji dalam aksi kumpulan A Hoki 5s Piala Dunia. Skuad negara dikejutkan dengan jaringan Fiji menerusi pemain berjersi nombor sembilan, Lora Bukalidi seawal minit kedua permainan. Seakan tersentak, anak-anak buah Nabil Fiqri terus mengatur gerak bagi mencari jaringan penyamaan bagi mengikat perlawanan. Hasilnya, […]

Penyokong Vietnam Berpuas Hati Dengan Prestasi Pengadil Malaysia

malaysia

Pengadil dari Malaysia, Muhammad Nazmi Nasaruddin mempersembahkan mutu pengadilan yang tinggi dalam aksi Iraq menentang Vietnam di Piala Asia 2023. Walaupun keputusan perlawanan tidak berpihak kepada Vietnam setelah tewas tipis 2-3 kepada Iraq, rata-rata penyokong Vietnam berpuas hati dengan prestasi yang ditonjolkan pengadil dari Malaysia itu. Beberapa penyokong Vietnam beranggapan keputusan pengadil adalah wajar dalam […]

Safawi Rasid: Mungkin Ambil Masa, Tetapi Kita Akan Berjaya

Pemain sayap negara, Safawi Rasid mengakui kelebihan yang ada pada setiap pemain Korea Selatan. Beliau percaya bahwa skuad kendalian Jurgen Klinsman mempunyai kelebihan yang lebih baik berbanding Malaysia.  “Ramai daripada mereka beraksi di Eropah. Mereka punya kelebihan dari segi konfiden lebih tinggi daripada kita, Saya harap perlawanan ini kita mendapat keputusan yang positif,” kata Safawi […]

Son Heung-min Tak Diturunkan Lawan Malaysia?

Kapten pasukan Korea Selatan, Son Heung-min berkemungkinan besar tidak akan diturunkan berdepan Malaysia bagi aksi AFC Asian Cup malam ini. Pemain berusia 31 tahun itu merupakan watak penting buat pasukan kendalian Jurgen Klinsmann apabila merekodkan kemenangan bersih dalam dua aksi pembukaan. Khidmat beliau bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan untuk diturunkan tatkala pengendali kelahiran Jerman itu […]

“Ini Bukan Cerita Saya Hentikan Son Heung-min” – Dion Cools

Malaysia bakal berdepan ujian getir pada aksi penutup Kumpulan E Piala Asia 2023 apabila dijadualkan bertemu Korea Selatan pada malam ini. Di atas kertas, sudah pasti kelebihan menjadi Korea Selatan yang berada di ranking ke-23 dunia berbanding Malaysia yang berada di ranking ke-130 dunia. Pertahanan Malaysia, Dion Cools berpendapat para pemain Malaysia tidak perlu takut […]

4 Pemain Tumpuan Aksi Malaysia & Korea Selatan

Mari kita saksikan 4 pemain yang dijangka bakal mencuri tumpuan menjelang pertemuan Malaysia dan juga juara Piala Asia dua kali, Korea Selatan dalam aksi terakhir kumpulan E AFC Asian Cup. 1. Lee Kang-in Pemain sayap Korea Selatan ini telah menampilkan aksi cemerlang dalam dua aksi pertama kumpulan terutamanya ketika menentang Bahrain yang mana beliau meledak […]

Siaran Langsung AFC Asian Cup: Korea Selatan vs Malaysia (Live Streaming)

AFC Asian Cup: Malaysia bakal mengharungi aksi terkahir Kumpulan E di pentas Asia berdepan jaguh ke-22 dunia, Korea Selatan malam ini. Aksi yang berlangsung di Stadium Al-Janoub, Qatar itu bakal menjadi medan penting buat anak didik Kim Pan-gon yang tidak mahu pulang dengan tangan kosong. Perjuangan Malaysia sudah pun terhenti selepas tewas dua aksi awal […]

Tiga Pengadil Malaysia Pahat Sejarah Tertinggi Di Qatar

Tiga pengadil Malaysia membuka lembaran sejarah baharu di AFC Asian Cup apabila diberi kepercayaan untuk menggalas tugas mengemudi aksi di Qatar. Tiga individu yang dimaksudkan itu adalah pengadil dari Malaysia, Muhammad Nazmi Nasaruddin bersama dua penolong pengadil, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid. Mereka bertiga telah mengadili perlawanan Kumpulan D, Piala […]