Ferdy Druijf Perkuat Malaysia? Ini Jawapan Rasmi Hamidin

Spekulasi mengenai penyerang Eridivisie, Ferdy Druijf yang dikaitkan bakal memperkuat Malaysia akhirnya terjawab. Berita mengenai lambakan pemain yang dikaitkan berdarah Malaysia mula berlegar dalam media sosial sejak kebelakangan ini. Hal ini susulan persembahan kurang memberangsangkan oleh pasukan bimbingan Kim Pan-gon terutamanya apabila tewas kepada Oman dengan keputusan 2-0. Menerusi sesi temu bual MakanBola bersama Presiden […]

Haikal Nazri ‘Belanja’ Dialek Kelantan Depan Orang China

Pemain beregu lelaki negara, Haikal Nazri buat peminat badminton Malaysia tidak kering gusi bila bertutur menggunakan dialek Kelantan. Perkara ini berlaku semasa beliau dan regunya, Choong Hon Jian ditemubual SPOTV Malaysia selepas tamat perlawanan Thomas Cup 2024 antara Malaysia dan Algeria semalam. Haikal pada awalnya terkejut bila diminta bercakap dalam loghat Kelantan oleh wartawan SPOTV […]

Perbezaan ‘Saham’ Tiga Penjaga Gol Malaysia Jadi Tumpuan

Perbezaan terkini saham tiga penjaga gol utama Malaysia mencetuskan perbualan dalam kalangan peminat. Skuad kendalian Kim Pan-gon baru sahaja tamat mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 yang menyaksikan Harimau Malaya tewas kedua-dua perlawanan dengan keputusan 2-0. Kedudukan ini menyaksikan Malaysia turun ke tangga ketiga kumpulan selepas mengumpul 6 mata daripada 4 perlawanan. Perkembangan posisi penjaga […]

Siaran Langsung Uber Cup: Malaysia vs Thailand (Live Streaming)

Aksi kedua peringkat kumpulan Uber Cup menyaksikan pertembungan dua negara Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Thailand pada petang Isnin. Skuad wanita kebangsaan memulakan saingan Uber Cup dengan langkah kiri setelah tunduk di tangan Chinese Taipei dengan keputusan 4-1 semalam dengan mata tunggal buat negara disumbangkan oleh pasangan beregu, Teoh Mei Xing-Go Pei Kee. Pasukan negara […]

Subramaniam Anggap 3 Pasukan Lebih Kuat Berbanding Selangor

Lagenda bola sepak negara, S. Subramaniam menganggap tiga pasukan Liga Super memiliki kekuatan yang lebih baik berbanding Selangor. Perkara ini diucapkan beliau ketika melakukan analisis di Astro Arena selepas The Red Giants menundukkan Young Elephants 4-0 untuk menjulang trofi Selangor Asia Challenge. Katanya, pasukan kendalian Nidzam Jamil tidak dapat menguji kekuatan sebenar kerana bertemu pasukan […]

Thomas Cup: Malaysia Catat Kemenangan Bersih Ke Atas Algeria

Malaysia mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati Thomas Cup 2024 setelah mudah menewaskan Algeria dalam aksi di gelanggang empat. Masih segar dengan kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong semalam, skuad negara membuat keputusan untuk merehatkan beberapa tonggak utama seperti Leong Jun Hao, Aaron Chia dan Goh Sze Fei. Lee Zii Jia yang diturunkan sebagai pemain […]

JDT Beri Penghargaan Tertinggi Kepada Arif Aiman

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memberikan penghargaan tertinggi kepada pemain sayap pasukan, Arif Aiman Hanapi. Pemain berusia 22 tahun itu merupakan tunjang utama pasukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan sudah pun meraih pelbagai kejayaan pada peringkat domestik. Beliau yang memulakan kariernya dari JDT IV kini dijadikan ikon sebagai panduan buat para pemain […]

Malaysia Bakal Miliki Pemain Pertama Beraksi Di EPL?

Malaysia berpotensi untuk memiliki pemain pertama yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL). Perkara ini dikongsikan oleh laman Frfuturetalents mengenai seorang lagi bakat yang dikesan memiliki pertalian darah dengan Malaysia. Pemain yang dimaksudkan itu ialah perancang tengah Leicester City, Kiernan Dewsbury-Hall iaitu seorang bakat muda yang pernah menjadi tumpuan di EPL. Pemain kelahiran Sepshed, Leicestershire […]

Dion Cools Dapat Posisi Asal Semula, Beraksi Seperti Tiga Jantung

Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools kembali memainkan posisi asalnya dan beraksi seperti memiliki tiga jantung. Pemain berusia 27 tahun itu dalam momentum terbaik selepas menjaringkan gol roket dalam satu perlawanan Thai League Cup untuk mara ke peringkat separuh akhir. Dion kembali dengan peranan baharu bersama Buriram United selepas hampir satu musim setengah diletakkan sebagai […]

Uber Cup: Taiwan Sekat Tentangan Hebat Malaysia

Malaysia membuka kempen Uber Cup 2024 dengan langkah kiri apabila terpaksa akur dengan kehebatan Taiwan dalam aksi pertama Kumpulan B. Dengan majoriti ahli kontinjen terdiri daripada pemain muda, Malaysia dilabel pasukan bukan pilihan jika dibandingkan dengan Taiwan. Pada masa sama, label ini turut memberi kelebihan kepada skuad negara kerana dapat beraksi tanpa sebarang tekanan. Goh […]

Siaran Langsung Thomas Cup: Malaysia vs Algeria (Live Streaming)

Perlawanan kedua Kumpulan D menyaksikan pertemuan Malaysia dan Algeria pada petang Ahad. Selepas berjaya menewaskan Hong Kong 5-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan D, skuad negara dijangka membuat perubahan kepada barisan pemain yang diturunkan untuk memburu kemenangan kedua kumpulan. Leong Jun Hao, Justin Hoh dan Cheam June Wei dijangka diturunkan barisan kejurulatihan negara untuk saingan perseorangan […]

Battle Of The Reds: Penalti ‘Murah’ Bantu Liverpool Malukan Man United Di SNBJ

Perlawanan pertunjukan Battle of The Reds menyaksikan lagenda Manchester United tunduk dengan keputusan 4-2 ke atas lagenda Liverpool. Aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu menyaksikan The Reds menurunkan pemain seperti Djibril Cisse, David James, Arne Riise dan lain-lain dalam kesebelasan utama. Usaha awal Liverpool membuahkan hasil apabila penyerang lagenda pasukan, Djibril […]

Radamel Falcao Tinggalkan Rayo Vellecano, Bakal Ke Asia Secara Percuma?

Penyerang berbisa Rayo Vellecano, Radamel Falcao secara rasminya bakal meninggalkan kelabnya pada bulan Jun ini. Pemain berusia 38 tahun itu dikenali sebagai salah seorang peledak prolifik pada era kegemilangannya dan pernah beraksi bersama beberapa buah kelab ternama Eropah seperti Atletico Madrid, Porto, Chelsea dan Manchester United. Desas-desus mengenai pemergian Falcao ke kelab lain sudah dicanang […]

Cuaca Buruk Tak Halang Padang SNBJ Kekal Cantik, Makin Naik Seri

Keadaan padang terkini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kelihatan begitu cantik dan naik seri pada hari ini. Berdasarkan tinjauan MakanBola di SNBJ petang 27 April 2024, keadaan padang di Bukit Jalil jelas berada dalam keadaan bersedia. Hal ini susulan satu perlawanan Battle of The Reds yang bakal berlangsung pada malam 27 April yang mencetuskan […]

“Pemain Malaysia Bukannya Tidak Bagus ” – Sulaiman Hussin

Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Sulaiman Hussin menganggap penyingkiran awal skuad bawah 23 tahun kebangsaan di Piala Asia Bawah 23 Tahun Qatar bukanlah disebabkan pemain yang dipilih itu tidak bagus. Ini kerana, pemain yang dipilih adalah antara yang terbaik dalam saingan domestik termasuklah kapten pasukan, Mukhairi Ajmal yang dikritik hebat segelintir penyokong […]

Nidzam Jamil Puji Mentaliti 8 Pemain Selangor Di Qatar

Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil memuji mentaliti yang dipamerkan lapan pemain pasukan itu yang beraksi dalam Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2024 baru-baru ini. Skuad negara yang dibimbing Juan Torres Garrido membawa lapan pemain Merah Kuning untuk kejohanan berkenaan. Lapan pemain tersebut ialah Mukhairi Ajmal, Nooa Laine, Azim Al Amin Kamaruddin, Syahir Bashah, Muhammad […]