Jurulatih Laos Ramal Selangor Bakal Jadi ‘Masalah’ Besar JDT

Pengendali kelahiran Laos, Phaoutpasong Sengdalavong meramalkan bahawa Selangor bakal menjadi pesaing terhebat JDT musim ini. Beliau yang membawa pasukan kendaliannya iaitu Young Elephants ke Stadium MBPJ terpaksa menelan hakikat apabila tunduk dengan keputusan 4-0. Beliau mengakui jurang besar antara pasukannya dan juga The Red Giants menyaksikan anak didik Nidzam Jamil muncul juara Selangoe Asia Challenge […]
Thomas Cup: Malaysia Leburkan Tentangan Sengit Jepun

Malaysia mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir Thomas Cup 2024 hari ini selepas mengatasi wakil Asia Timur, Jepun. Malaysia turun dengan misi layak ke separuh akhir selepas sebelum ini dinafikan India di pentas suku akhir Thomas Cup 2022. Sementara Jepun pula mahu menjadikan pentas suku akhir sebagai batu loncatan untuk mengulangi pencapaian juara edisi 2014. […]
Lee Tuck Diburu Pasukan Lembah Klang

Pemain naturalisasi negara, Lee Tuck difahamkan kini dalam perbincangan untuk menyertai sebuah kelab di Lembah Klang. Bekas pemain Kedah Darul Aman itu menamatkan kontrak pada awal musim lalu untuk pulang ke England atas urusan peribadi. Beliau juga dikaitkan dengan perpindahan ke kelab di England iaitu Halifax Town yang juga merupakan bekas kelab lamanya. Menerusi satu […]
Lee Zii Jia & Axelsen Terima Pujian Hebat BWF

Aksi menghiburkan di antara jaguh negara, Lee Zii Jia dan bintang Denmark, Viktor Axelsen telah mendapat perhatian Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Selasa lalu, Lee Zii Jia dan Viktor Axelsen turun ke gelanggang sebagai perseorangan pertama dalam aksi peringkat kumpulan D Thomas Cup yang menemukan Malaysia dan Denmark. Dalam aksi itu, Lee Zii Jia terpaksa akur […]
Siaran Langsung Thomas Cup: Jepun vs Malaysia (Live Streaming)

Aksi suku akhir Thomas Cup 2024 menyaksikan pertembungan epik di antara Malaysia dan juga Jepun pada Khamis. Skuad negara yang kecundang dalam aksi terakhir peringkat kumpulan 2-3 kepada Denmark Selasa lalu bakal berdepan tugas sukar apabila diundi bertemu juara edisi 2014, Jepun di peringkat suku akhir. Dendam kekalahan kepada Jepun di final Thomas Cup 10 […]
Anak Lagenda England Berpeluang Perkuat Harimau Malaya

Anak lagenda bola sepak England, Paul Ince iaitu Thomas Paul Ince atau Tom Ince berpeluang memperkuatkan skuad kebangsaan Malaysia selepas dikesan mempunyai darah keturunan Malaysia. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh laman pencari bakat pemain warisan Malaysia, Frfuturetalents dalam satu hantaran di laman Instagram. Tom Ince, 32 tahun dikatakan mempunyai darah keturunan Malaysia melalui datuk sebelah […]
Ramalan Jurulatih Portugal Tentang Selangor Makin Jadi Realiti

Ramalan jurulatih kelahiran Portugal, Rui Capela Batista tentang masa depan Selangor FC semakin menjadi realiti. Pengendali kelab Brunei DPMM FC itu melihat kemampuan Selangor untuk menandingi pasukan-pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Pasukan yang beraksi dalam saingan Singapore Premier League (SPL) itu tidak mampu menandingi kekuatan anak didik Nidzam Jamil apabila tewas dengan […]
Uber Cup: Malaysia Akhiri Penantian Kemenangan, Tewaskan Australia

Kontinjen badminton wanita Malaysia akhirnya berjaya merekodkan kemenangan dalam Uber Cup 2024 apabila menewaskan Australia dalam aksi terakhir Kumpulan B. Kedua-dua pasukan tersingkir daripada kejohanan selepas masing-masing tewas kepada Taiwan dan Thailand dalam dua aksi awal Kumpulan B. Justeru, perlawanan hari merupakan peluang terakhir bagi Malaysia dan Australia untuk mengutip mata sulung kejohanan. Malaysia menurunkan […]
Syihan Hazmi Ada Pencabar Baru Di Asia Tenggara

Penjaga gol Malaysia, Ahmad Syihan Hazmi memiliki pencabar baharu di Asia Tenggara. Pemain berusia 28 tahun itu menjadi watak utama buat Harimau Malaya sejak tiga tahun kebelakangan ini termasuklah ketika aksi di Piala Asia 2023. Beliau juga merupakan antara penjaga gawang paling konsisten sejak era Kim Pan-gon tatkala negara-negara ASEAN yang lain sering memainkan watak […]
Hamidin: 3 Bulan Lalu FIFA Puji Malaysia, Orang Mudah Lupa

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengingatkan Malaysia pernah mendapat pujian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) beberapa bulan lalu. Pandangan ini dinyatakan susulan seruan beberapa pihak yang mahu melihat perubahan berlaku dalam badan induk bola sepak negara itu. Seruan ini dibuat ekoran prestasi kurang memberangsangkan Harimau Malaya di pentas antarabangsa sejak […]
“Kita Pun Kecewa Apa Yang Berlaku Di Kedah” – Datuk Zainal Abidin

Lagenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan mengakui kecewa dengan apa yang berlaku di Kedah sebelum ini. Bekas pengendali Melaka United ini menzahirkan rasa simpati terhadap nasib pasukan Sang Kenari dalam satu wawancara bersama Nindia Bola di Astro Arena. Katanya, Kedah Darul Aman ketika ini mula untuk mempersiapkan pasukan dengan lebih baik sungguhpun berdepan […]
Thomas Cup: Malaysia Tewas Tipis Di Tangan Denmark

Malaysia terpaksa berpuas hati menamatkan aksi peringkat kumpulan Thomas Cup 2024 sebagai naib juara kumpulan setelah kecundang kepada jaguh Eropah, Denmark pada Selasa. Aksi yang berlangsung di gelanggang dua ini penting buat kedua-dua negara bagi menentukan juara dan naib juara kumpulan D setelah mencatatkan dua kemenangan dalam perlawanan terdahulu. Malaysia membariskan barisan terkuat yang dimiliki […]
Siaran Langsung Thomas Cup: Malaysia vs Denmark (Live Streaming)

Perlawanan ketiga Kumpulan D Thomas Cup 2024 bakal menemukan Malaysia dan kuasa badminton Eropah, Denmark pada petang Isnin. Selepas kedua-dua pasukan berjaya mara ke suku akhir, perlawanan ini bakal menentukan pasukan mana bergelar juara Kumpulan D. Malaysia dijangka menurunkan Lee Zii Jia, Leong Jun Hao dan Justin Hoh sebagai wakil perseorangan lelaki. Sementara bekas juara […]
“Kita Ni Mudah Lupa” – Hamidin

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui tidak melatah apabila mendengar seruan sesetengah pihak yang memintanya untuk berundur. Seruan ini timbul susulan kegagalan skuad kebangsaan di pentas antarabangsa sejak kebelakangan ini. Skuad senior Malaysia berdepan kesukaran untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 selepas tewas dua kali kepada Oman […]
Harimau Malaya Bakal Uji Kelab Liga Super Sebelum Berdepan Kyrgyzstan

Harimau Malaya dijangka berdepan sebuah pasukan Liga Super sebelum berdepan Kyrgyzstan Jun ini. Perkara ini jelaskan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkenaan perancangan bagi persiapan Malaysia bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon terpaksa menelan hakikat apabila tunduk di tangan pasukan ke-77 dunia, Oman dengan keputusan […]
Uber Cup: Thailand Ketepikan Cabaran Malaysia

Malaysia sekali lagi tewas dalam aksi kedua Kumpulan B Uber Cup 2024, kali ini di tangan negara serantau, Thailand. Selepas tewas 4-1 kepada Taiwan dalam aksi pembukaan kumpulan semalam, Malaysia perlu menang hari ini jika ingin menghidupkan peluang ke peringkat suku akhir. Sementara Thailand pula perlu menang ke atas skuad negara hari ini jika ingin […]