EPL: Trent Alexander-Arnold Bantu Liverpool ‘Rantai’ Man City

Gol bek kanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold sudah cukup untuk membantu mereka mengikat Man City 1-1 di Stadium Etihad hari ini. Perlawanan ini menyaksikan Haaland dan penyerang Mesir, Mohamed Salah masing-masing mengejar rekod tersendiri. Penyerang Norway itu memburu rekod orang terpantas menjaringkan gol ke-50 dalam EPL. Sementara Salah pula memburu rekod orang terpantas menjaringkan gol ke-150 […]

Pemain Muda Arsenal Jaring 10 Gol Ketika Tewaskan Liverpool

Jarang berlaku di dalam dunia bola sepak apabila seorang pemain berjaya menjaringkan sepuluh gol dalam satu perlawanan. Namun ianya berlaku kepada pemain muda Arsenal, Chido Obi-Martin. Pemain berusia 15 tahun itu merekodkan 10 jaringan dalam aksi menentang Liverpool yang mana menyaksikan Arsenal menang besar 14-3. Pemain muda kelahiran Denmark itu telah memuat naik satu foto […]

EPL: Liverpool Hampiri Puncak Liga Selepas Belasah Brentford

Liverpool semakin kuat memberikan cabaran kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City selepas berjaya menumbangkan Brentford dengan kedudukan 3-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Anfield sebentar tadi. Liverpool menurunkan barisan terkuat mereka dengan gandingan Mohamed Salah dan Darwin Nunez diletakkan di bahagian serangan sambil dibantu Diogo Jota dan Cody Gakpo Serangan Liverpool dimulakan sejak […]

Malang Berganda Buat Liverpool

Kelab gergasi Merseyside, Liverpool ditimpa malang berganda gara-gara pemain sayap Toulouse dari Norway, Aron Donnum. Selepas menjadi arkitek kemenangan 4-3 Les Violet ke atas The Reds pada Khamis lepas, nama bekas pemain sayap Valerenga itu kembali menghantui pasukan itu. Atau lebih tepat, pasukan wanita Liverpool yang turun menentang pasukan wanita Tottenham Hotspur dalam Liga Super […]

Liga Europa: Toulouse ‘Hadiahkan’ Kekalahan Pertama Liverpool

Pasukan gergasi Merseyside, Liverpool akhirnya tewas buat kali pertama dalam Liga Europa bila tunduk 3-2 kepada pasukan Ligue 1, Toulouse. Selepas tewas 3-0 kepada The Reds di Anfield beberapa minggu lepas, Les Violets berharap dapat menyekat kemaraan mereka di Stadium de Toulouse. Ini kerana jika Liverpool meraih satu lagi kemenangan, mereka bakal layak ke pusingan […]

EPL: Liverpool Bangkit Elak Dimalukan Luton Town

Kelab gergasi Merseyside, Liverpool bangkit daripada ketinggalan sebelum meraih keputusan seri 1-1 dengan Luton Town di Kenilworth Road tengah malam tadi. Perlawanan hari ini penuh emosi buat Luis Diaz yang berada di bangku simpanan hari ini. Ini susulan masih belum ada khabar berkenaan bapanya selepas diculik oleh kumpulan bersenjata ELN di Colombia. Kedua-dua pasukan turun […]

Bekas Pertahanan Liverpool Tinggalkan Kelab Perancis

Selepas didakwa bertelagah dan memukul jurulatih Montpellier, Michel Der Zakarian, bekas bek tengah Liverpool, Mamadou Sakho memilih meninggalkan kelab itu sebagai ejen bebas. Perkara ini diumumkan oleh Sakho dan La Paillade menerusi kenyataan berasingan di laman media sosial rasmi mereka awal pagi tadi. “Selepas 10 hari bermuhasabah, kedua-dua pihak dengan niat baik bersetuju menamatkan kontrak […]

Keluarga Bintang Liverpool Diculik

Peminat bola sepak Liverpool dikejutkan dengan berita keluarga penyerang Colombia, Luis Diaz diculik hari ini. Portal Semana melaporkan insiden ini berlaku di Barrancas, La Guajira, Colombia. Barrancas ialah tempat di mana Diaz membesar sebelum beraksi untuk kelab pertamanya, Atletico Junior. Difahamkan ibu dan bapa bekas pemain Porto itu ditahan dan dipaksa keluar dari kenderaan mereka […]

Darwin Núñez Mahu Baiki Diri Lepas Insiden Di Anfield

Penyerang Liverpool, Darwin Nunez berjanji akan menambahbaik kemahiran penyudahnya selepas terlepas peluang menambah gol di Anfield awal pagi tadi. Nunez yang sebelum itu menjaringkan gol pada minit ke-34 berpeluang menambah koleksi golnya selepas membuat larian solo ke arah gawang Toulouse. Dengan penjaga gol Guillaume Restes sudah tertewas, penyerang Uruguay itu cuba menolak bola ke dalam […]

Liga Europa: Liverpool Kenduri Gol Belasah Toulouse

Liverpool meneruskan rentak kemenangan dalam saingan liga Europa apabila membelasah Toulouse 5-1 di Stadium Anfield. Diego Jota membuka jaringan seawal minit ke-9 perlawanan sebelum Toulouse menyamakan kedudukan 7 minit kemudian menerusi T. Dallinga. Pemain Jepun, Wataru Endo meletakkan Liverpool kembali dihadapan menerusi tandukan pada minit ke-30 permainan. Giliran Nunez mencetak nama selaku penjaring 4 minit […]

Bekas Pemain Liverpool Pukul Jurulatih Sendiri

Bekas pemain Liverpool dan PSG kini menjadi bualan media sukan eropah apabila dikhabarkan telah memukul ketua jurulatihnya sendiri. Mamadou Sakho yang kini bermain untuk pasukan Montpellier dilaporkan bergaduh dengan Michel Der Zakarian dipusat latihan Grammont. Setelah Sakho bergaduh mulut dengan ketua jurulatihnya, beliau bertindak keluar dari padang latihan dan jurulatih tersebut memberitahu bukan tugas dia […]

EPL: Mohamed Salah Pacu Liverpool Tewaskan Everton

Liverpool terpaksa bekerja keras sebelum berjaya mengalahkan Everton 2-0 dalam aksi terbaru EPL hari ini. The Reds berharap kemenangan hari ini dapat merapatkan jurang mereka dengan dua jiran utara London, Tottenham Hotspur dan Arsenal yang menduduki kedudukan dua teratas liga. Sementara Everton pula berharap dapat mencuri satu mata di Anfield dan melebarkan kelebihan mata dengan […]

EPL: Liverpool & Brighton Sama-Sama Gagah

Penyakit ‘lambat panas’ kembali menghantui Liverpool apabila mereka sekadar seri 2-2 dengan Brighton di Stadium Amex hari ini. Kontroversi perlawanan mereka dengan Tottenham Hotspur sudah dilupakan The Reds dengan fokus kini mendapatkan tiga mata daripada The Seagulls. Begitupun, anak-anak buah Roberto De Zerbi membuktikan mereka pasukan yang liat dan menghiburkan lebih-lebih lagi selepas mengalahkan Manchester […]

Liga Europa: Liverpool Atasi Cabaran Union Saint-Gilloise

Liverpool mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Liga Europa musim ini selepas menewaskan kelab Belgium, Union Saint-Gilloise dalam aksi kedua Kumpulan E awal pagi ini. The Reds berharap dapat menggunakan perlawanan ini sebagai cara melupakan kontroversi yang menyelubungi kekalahan 2-1 mereka di tangan Tottenham Hotspur pada minggu lepas. Sementara USG pula mahu mengutip tiga mata pertama […]

EPL: Tottenham Lega Kalahkan Liverpool Minit Akhir

Tottenham Hotspur menarik nafas lega setelah berjaya menewaskan Liverpool 2-1 yang bermain dengan 9 pemain menerusi gol minit akhir. Perlawanan bermula seimbang antara kedua-dua pasukan sebelum pemain tengah Liverpool, Curtis Jones dilayangkan kad merah pada minit ke-25 setelah melakukan bentesan berbahaya ke atas Yves Bissouma. Luis Diaz berjaya menembusi gawang gol Spurs pada minit ke-34 […]

Liverpool Jumpa Pengganti Mo Salah Bernilai ‘RM244 Juta’

Pemain sayap sensasi Belanda, Donyell Malen kini menjadi buruan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool FC. Bintang berusia 25 tahun itu merupakan pemain paling menyerlah bersama Borussia Dortmund musim 2023 ini. Konsistensi dan ketajaman pemain sayap lincah ini sudah pun mendapat perhatian beberapa kelab gergasi Eropah sejak musim lalu. Namun begitu, menerusi beberapa laporan yang […]