Kesediaan Jurgen Klopp Realisasikan Impian Sven-Goran Eriksson Menyentuh Hati

Susulan pendedahan bekas pengurus England, Sven-Goran Eriksson memiliki baki hayat selama setahun kerana menghidap kanser, Jurgen Klopp tampil untuk merealisasikan impiannya. Bekas jurulatih Sweden yang berusia 75 tahun itu sebelum ini mendedahkan beliau sebenarnya menyokong Liverpool dan memiliki keinginan menjadi pengurus pasukan itu di Anfield. Ini disebabkan minat yang diturunkan oleh bapanya, Sven yang juga […]

Mikel Arteta: Apa Yang Kamu Boleh Buat?

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta turut hairan dengan ketajaman barisan serangan mereka ketika tumbang di tangan Liverpool dalam aksi FA Cup. Menerusi temu bual beliau selepas perlawanan, beliau turut kesal dengan kekalahan tersebut dan tiada apa mampu dilakukannya. “Apa yang kamu boleh buat? Saya tak boleh nak beritahu mereka untuk bermain lebih teruk daripada Liverpool, dapatkan […]

FA Cup: Arsenal Gagal Sekat Kemaraan Liverpool

Arsenal terus mempamerkan aksi kurang konsisten setelah tumbang kepada Liverpool di laman sendiri dalam aksi pusingan ketiga FA Cup. Liverpool yang berkunjung ke Stadium Emirates tanpa tonggak utama, Mo Salah yang dipanggil memperkuat skuad kebangsaan Mesir dilihat tidak berdepan kesukaran untuk mengimbangi corak permainan Arsenal. The Gunners beberapa kali menguji gawang Liverpool melalui percubaan Kai […]

‘Bantuan’ Anthony Gordon Beri Kelebihan Kepada Mohamed Salah

Kemenangan 4-2 Liverpool ke atas Newcastle United pada awal pagi semalam menyaksikan Mohamed Salah berjaya melepasi 150 gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL). Pencapaian itu diraih hasil ‘bantuan’ pemain sayap The Magpies, Anthony Gordon pada minit ke-86. Liverpool berpeluang menambah gol keempat apabila Martin Dubravka didakwa menjatuhkan Diogo Jota dalam kotak penalti. Penalti ini dianggap […]

Liverpool Buru Khidmat Hwang Hee-chan

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dikhabarkan sedang menyediakan tawaran buat bintang Wolverhampton Wanderers (Wolves), Hwang Hwee-chan. Ianya bukanlah satu tugas yang mudah buat Liverpool apabila perlu bersaingan dengan Tottenham Hotspur untuk mendapatkan khidmat penyerang Korea Selatan itu. Laporan dari Teamtalk mengatakan perpindahan itu tidak mungkin akan berlaku pada jendela perpindahan Januari ini memandangkan Hwee-chan […]

Magis Mohamed Salah Pimpin Liverpool Tumbangkan Newcastle

Dua gol penyerang Mesir, Mohamed Salah memastikan Liverpool meraih kemenangan pertama tahun 2024 dengan menewaskan Newcastle United 4-2 di Anfield. Kedua-dua pasukan turun dengan prestasi berbeza. The Reds yang dibimbing Jurgen Klopp masih belum kalah dalam lima perlawanan terakhir semua kejohanan termasuk Piala EFL. Manakala The Magpies yang dibelenggu masalah kecederaan pula mengalami empat kekalahan […]

EPL: Liverpool Rampas Takhta Pendahulu, Mudah Tewaskan Burnley

Kelab Merseyside, Liverpool kembali bergelar pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mengalahkan Burnley 2-0 di Turf Moor awal pagi tadi. Dengan Arsenal hanya turun menentang West Ham United pada awal pagi 29 Disember ini, ini peluang keemasan buat anak buah Jurgen Klopp untuk merampas takhta peneraju liga. Manakala Burnley berharap dapat merekodkan satu lagi kemenangan […]

Jurgen Klopp Cederakan Pemain Liverpool Sendiri

Ketua jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp mengalami detik aneh apabila tidak sengaja mencederakan pemainnya sendiri iaitu Kostas Tsimikas. Dalam aksi yang berkesudahan seri 1-1 menentang Arsenal, Jurgen Klopp telah bertembung dengan Tsimikas yang sedang merebut bola daripada Bukayo Saka. Tsimikas yang terjatuh ekoran perebutan itu kemudian bertembung dengan Jurgen Klopp yang kemudiannya tersungkur menimpa pemain Liverpool […]

EPL: Liverpool & Arsenal Sama-Sama Gagah

Liverpool terlepas peluang untuk merampas takhta pendahulu liga daripada Arsenal apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Anfield awal pagi ini. Kedua-dua pasukan tahu kemenangan perlu diraih hari ini atas sebab berbeza. Jurulatih Arsenal, Mikel Arteta melihat ini sebagai peluang melebarkan kelebihan di persada liga. Sementara jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp melihat kelebihan beraksi di tempat sendiri […]

Chelsea Dapat Laluan Mudah Ke Final, Liverpool ‘Pening Kepala’

Chelsea dijangka tidak menghadapi masalah untuk ke perlawanan akhir Piala Carabao selepas diundi berdepan Middlesbrough pada peringkat separuh akhir. Pada sesi undian yang dijalankan pada pagi Khamis, Chelsea dijadualkan berhadapan wakil Liga Kejohanan EFL, Middlesbrough pada perlawanan separuh akhir yang akan dijalankan timbal balik. Anak-anak buah Mauricio Pochettino yang menyingkirkan Newcastle United dalam aksi dramatik […]

EPL: Manchester United ‘Lega’ Ikat Liverpool

Manchester United menarik nafas lega apabila berjaya mengikat pendahulu liga, Liverpool seri tanpa jaringan dalam aksi Liga Perdana Inggeris. Liverpool yang turun sebagai tuan rumah mempamerkan aksi lebih dominan dengan penguasaan bola jelas berpihak kepada pasukan The Reds. Manchester United pula memanfaatkan kepantasan Alejandro Garnacho untuk melancarkan serangan balas ke kubu Liverpool yang dikawal rapi […]

Liga Europa: Barisan Simpanan Liverpool Dikejutkan Union Saint-Gilloise

Liverpool seakan tidak percaya apabila tewas dalam aksi terakhir Kumpulan E Liga Europa di tangan kelab Belgium, Union Saint-Gilloise awal pagi ini. Dengan The Reds sudah layak sebagai juara kumpulan, Jurgen Klopp menggunakan peluang ini untuk menurunkan pemain-pemain simpanan dan muda dalam kesebelasan utama. Sementara USG pula melihat hari ini sebagai peluang terakhir melakar kemenangan […]

EPL: Gol Saat Akhir Liverpool Buat Crystal Palace Menangis

Liverpool berjaya bangkit menewaskan Crystal Palace 2-1 setelah lawan terpaksa bermain dengan 10 pemain ekoran layangan kad merah. Namun trio serangan Diaz-Nunez-Salah sedikit bergelut pada babak pertama untuk memecahkan blok pertahanan Crystal Palace yang beraksi dilaman sendiri. Babak pertama berakhir tanpa jaringan oleh kedua-dua pasukan walaupun Liverpool mendominasi penguasaan bola. Sistem pertahanan kemas Crystal Palace […]

EPL: Liverpool Pamer Aksi Memukau Tewaskan Fulham

Pertembungan antara Liverpool dan Fulham memaparkan aksi bola sepak yang menarik apabila 7 gol terhasil dalam perlawanan ini dimana Liverpool menang 4-3 ke atas Fulham. Liverpool terlebih dahulu membuka akaun jaringan hasil gol sendiri penjaga gol Fulham, Bernd Leno pada minit ke-20. Fulham kemudian menyamakan kedudukan berselang 4 minit kemudian menerusi Harry Wilson yang menerima […]

Liga Europa: Liverpool Ke Pusingan 16 Terbaik, Belasah LASK Linz

Liverpool layak secara merit ke pusingan 16 pasukan terbaik Liga Europa selepas membelasah wakil Austria, LASK Linz 4-0 di Anfield hari ini. Selepas tewas kepada Toulouse dalam aksi keempat kumpulan, The Reds tidak mahu dirundung kecewa lebih-lebih lagi di hadapan penyokong sendiri. Kesebelasan utama Liverpool diketuai penyerang Mohamed Salah mula mengasak LASK sejak wisel permulaan […]

Man United & Liverpool Berebut Bintang ‘RM180 Juta’ Eropah

Dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dan Liverpool membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat pemain sayap lincah Belanda, Donyell Malen. Pemain Borussia Dortmund ini sering mencuri rumpuan pasukan gergasi di Eropah susulan persembahan memukaunya di Bundesliga. Malen sudah lama berada dalam pantauan ketua jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp yang berhasrat untuk membawa pemain ini […]