Lim Teong Kim: Pemain Tempatan Juga Ada Kualiti

Tatkala sesetengah pasukan Liga Super berlumba-lumba mendapatkan pemain import, Perak pula hanya membawa masuk seorang pemain iaitu Christian Obiozor. Bagi jurulatih Datuk Lim Teong Kim, sebabnya mudah: pemain-pemain tempatan juga berkualiti. Dengan peraturan sembilan pemain import untuk Liga Super musim ini, ini bakal menyaksikan lambakan pemain import. Ia dibimbangi boleh menjejaskan kualiti pemain-pemain yang akan […]

Lim Teong Kim Tidak Faham Kenapa Liga Perdana Dimansuhkan

Pengendali Perak, Datuk Lim Teong Kim berpendapat langkah Malaysian Football League (MFL) memansuhkan saingan Liga Perdana, sebagai langkah yang tidak membantu perkembangan pemain. Lim Teong Kim mengakui penstrukturan semula dibuat MFL bagi merancakkan Liga Malaysia termasuk dengan menambah bilangan pasukan dalam saingan Liga Super adalah langkah bagus. Namun dalam masa sama menurutnya saingan Liga Perdana […]

Lim Teong Kim Kini Bergelar Datuk

Jurulatih Perak, Lim Teong Kim mendapat satu lagi pengiktirafan untuk jasa dan kepakarannya dalam dunia bola sepak. Beliau menerima darjah kehormat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) bersempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini. Pengurniaan anugerah tersebut disampaikan oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Dengan darjah kehormat tersebut, Teong Kim kini bergelar Datuk. […]

Video CNY Perak Terima Pujian Netizen

Dengan sambutan Tahun Baru Cina (CNY) bakal menjelang beberapa hari lagi, banyak iklan bersempena keraian itu disiarkan. Tetapi iklan CNY yang dihasilkan pasukan Perak menarik perhatian ramai penyokong bola sepak hari ini. Ini kerana iklan tersebut menampilkan jurulatih The Bos Gaurus, Lim Teong Kim dan jurulatih pasukan Selangor, Tan Cheng Hoe. Kedua-duanya merupakan jurulatih tempatan […]

Disiplin Tinggi Lim Teong Kim Bakal Jadi Kunci Kebangkitan Perak

Perak FC 2023 mungkin dibarisi pemain-pemain yang tidak berprofil tinggi, namun ia tidak seharusnya menjadi alasan untuk memandang enteng skuad kendalian Lim Teong Kim itu. Ketegasan Lim Teong Kim dan disiplin tinggi yang diterapkannya, diyakini akan berupaya menjadikan the bos gaurus sebagai satu daripada pasukan ‘biasa-biasa’ yang perlu diberi perhatian. Berita Berkaitan : Jangan Pandang […]

“Jangan Pandang Lim Teong Kim Sebelah Mata Hanya Kerana Dia Tiada Pengalaman”

Penjaga gol baru Perak, Bryan See berpendapat pasukan itu boleh memberikan tentangan sengit dalam saingan Liga Super 2023 meskipun dianggap sebagai pasukan ‘mentah’. Dia optimis Perak ada sesuatu untuk dipersembahkan kepada penyokong dalam masa sama menegaskan tiada pengalaman membimbing pemain senior sebelum ini bukan alasan untuk memandang enteng keupayaan pengendali berprofil tinggi pasukan itu, Lim […]

Panggilan Lim Teong Kim Bukan Untuk Bawa Luqman Pulang

Panggilan ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim terhadap bintang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin bukan untuk membawanya pulang ke Malaysia. Menerusi laporan sumber yang bercakap kepada Arena Metro, beliau mengesahkan bahawa bekas jurulatih pasukan muda Bayern Munich ini ada menghubungi bekas anak didiknya di Belgium itu. Walau bagaimanapun, panggilan itu bukanlah bertujuan untuk membawa […]

“Tunjukkan Kehandalan Kamu” – Lim Teong Kim

Selepas mengalami kekalahan dalam perlawanan menentang juara Liga M3, PIB FC tempoh hari, Perak FC meneruskan perlawanan percubaan menentang pasukan Liga Premier, Kelantan United pada Ahad 16 Oktober (esok). Siri perlawanan yang dilalui oleh Perak ini sudah tentu sebagai persediaan dalam menyediakan skuad terbaik bagi saingan Liga Super musim hadapan. Bagi pengendali Perak, Lim Teong […]

Lim Teong Kim: Keputusan Perlawanan Tidak Penting

Ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim mahu menilai aksi pemain di atas padang terlebih dahulu sebelum melihat keputusan yang diperoleh pasukan kendaliannya. Hal ini susulan pasukannya tewas kepada PIB FC dengan keputusan 2-0 dalam aksi persahabatan pertama di bawah bimbingannya. Katanya, perlawanan ini boleh dinilai daripada pelbagai aspek termasuklah kelemahannya ketika bertemu juara Liga […]

Lim Teong Kim: Kita Buat Kesilapan Dan Kita Dihukum

Perlawanan persahabatan pertama buat pasukan Perak bermula dengan kekalahan selepas tewas kepada juara Liga M3, PIB FC dengan keputusan 0-2.  Ketua jurulatih Perak, Lim Teong Kim mengakui bahawa kesilapan mudah banyak dilakukan yang menyebabkan Perak sukar untuk membolosi PIB FC.  LTK dalam pada itu beliau memuji sikap pemain ketika beraksi di atas padang, namun beliau […]

Video: Lim Teong Kim ‘Basuh’ Pemain, Curahkan Ilmu Semasa Sesi Latihan

Sejak Lim Teong Kim diumumkan secara rasmi sebagai pengendali baru Perak pada 13 September lalu, media Perak Football Club mula memuat naik rakaman sesi latihan. Susuk tubuh Lim Teong Kim sebagai jurulatih yang cukup popular di Malaysia sentiasa menjadi perhatian dan suaranya yang kuat jelas kedengaran dari luar padang. “Apabila kamu bertahan, jangan tumpu pada […]

Lim Teong Kim Mahu Syafiq Ahmad

Ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim menyatakan keinginannya untuk membawa Syafiq Ahmad sebagai salah seorang pemain tempatan yang terbaik ke dalam skuad Perak.  Namun, beliau akui untuk membawa masuk pemain tempatan yang terbaik mempunyai banyak halangan dan ianya satu perkara yang sukar.  “Kalau kamu boleh bawa semua pemain-pemain tempatan, saya akan ambil semua. Tetapi […]

“Kalau Dia Nak Balik Apa Salahnya?” -Pengerusi Perak

Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi menjelaskan bahawa beliau tidak menolak kemungkinan untuk membawa Luqman Hakim pulang ke Malaysia. Beliau kini dalam perbicangan bersama ketua jurulatih pasukan, Lim Teong Kim untuk merangka pelan buat pasukan setelah mendapat tempat ke Liga Super musim hadapan. Kemasukan Teong Kim untuk membimbing The Bos Gaurus dilihat bakal memberi […]

“Dulu LTK Tak Pandang Pun Saya” – Arif Aiman

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mengakui bahawa bakatnya kurang diberi perhatian oleh Lim Teong Kim yang dahulu merupakan pelatih AMD. Pemain kelahiran Pahang ini turut menyatakan bahawa sewaktu beliau beraksi di AMD, beliau hanya menjadi pemain simpanan.  Namun, kini pemain berusia 20 tahun ini baru sahaja berjaya membantu pasukannya JDT menjadi […]

Lim Teong Kim Kembali Beraksi

Lim Teong Kim kini sudah sudah mula menjalankan tugas sebagai jurulatih pasukan Perak FC pada sesi pertamanya di Padang Latihan Stadium Mini, Chepor petang tadi. Beliau yang diumumkan sebagai ketua jurulatih pada awal bulan September lalu telah menandatangani kontrak 2 tahun bersama Perak FC dan juga diberi pilihan untuk menyambung kontrak setahun lagi. Ketegasan beliau […]

Lim Teong Kim: Datang Tempat Kami, Saya Bagi Mereka Main

Ketua jurulatih baharu Perak FC, Lim Teong Kim memberi bayangan untuk memantapkan pasukan dengan kudrat pemainn tempatan pada musim hadapan. Beliau yang memiliki pengalaman luas bersama pasukan bawah 19 tahun Bayern Munich di Jerman akhirnya membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia. Pihak pengurusan baharu Perak dilihat berjaya membuka pintu hati Teong Kim untuk membimbing pasukan […]