Pengurusan Perak Kesal Dengan Tindakan Lim Teong Kim Kepada Media

Beberapa hari lepas, tular di media sosial tindakan jurulatih Perak, Datuk Lim Teong Kim bersikap acuh tidak acuh kepada media susulan kekalahan besar 5-0 pasukan itu kepada Johor Darul Ta’zim (JDT). Dan hari ini, pengurusan Seladang melahirkan rasa kesal dengan tindakannya itu kepada media. Pengerusi kelab, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi mendedahkan kelab mengambil […]

Lim Teong Kim: Kamu Perlu Tanya Pengurusan, Bukan Saya

Ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim berharap agar para penyokong tidak meletakkan sepenuhnya kesalahan terhadap prestasi pasukan terhadap dirinya semata-mata. Pengendali berusia 59 tahun itu jelas tidak memiliki solusi terbaik untuk mengekang cabaran sengit daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila tewas 0-5 semalam. Mengulas lanjut, menerusi satu hantaran Tiktok oleh seorang penyokong, beliau sempat […]

Jurulatih Ini Beri Cadangan Membina Kepada Lim Teong Kim

Tiada mana-mana jurulatih di dalam dunia ini mahu menyaksikan pasukan kendaliannya mengalami kekalahan. Namun apa jua keputusan, seharusnya perlu diterima kerana adat perlawanan ada menang dan ada yang kalah. Begitu yang terjadi kepada pengendali Perak FC, Datuk Lim Teong Kim yang dilihat agak kurang selesa ketika ditemuramah sejurus tamat perlawanan di antara Perak dan pendahulu […]

Kamu Fikir Sendirilah Apa Kekurangan Kami – Lim Teong Kim

Selepas kekalahan 5-0 kepada JDT pada aksi ketujuh saingan Liga Super Malaysia 2023, pengendali Perak, Lim Teong Kim terpaksa akur dengan kekalahan keempat yang dicatat pasukan. Percaturan dan taktikal bekas Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) itu seakan tidak menjadi apabila pasukannya pula menjadi mangsa amukan Harimau Selatan. Beliau akui JDT merupakan sebuah pasukan […]

Lim Teong Kim Buat Arif Aiman Marah

Seperti diramal, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan status sebagai pasukan pilihan dengan membelasah Perak 5-0 di Stadium Perak hari ini. Tetapi apa yang menarik perhatian penonton ialah pertengkaran antara jurulatih Perak, Datuk Lim Teong Kim dengan pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi. Insiden ini berlaku sekitar minit ke-74. Dengan bola terkeluar dari permainan, Arif Aiman […]

“Lim Teong Kim Bukan Di NFDP Lagi” – Azraai Khor

Prestasi terumbang-ambing Perak di bawah bimbingan Datuk Lim Teong Kim bukan saja meresahkan penyokong Seladang. Malah, bagi bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah, ia juga satu peringatan bahawa Liga Super sentiasa mementingkan keputusan segera di atas padang, bukan agenda jangka panjang yang dibawa Teong Kim. Semasa pra-musim, The Bos Gaurus telah menggariskan pelan jangka panjang […]

“Kalau Tak Mahu Tekanan, Jual Goreng Pisang” – Lim Teong Kim

Selepas mengalami kekalahan terbaru 3-1 kepada Penang tempoh hari, tekanan sudah pasti dirasai oleh jurulatih Perak, Datuk Lim Teong Kim. Dan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal bertandang ke Stadium Perak untuk perlawanan Liga Super esok, satu lagi kekalahan bakal menggugat kedudukannya sebagai jurulatih The Bos Gaurus. Ketika ini, Perak menduduki tangga ke-10 liga dengan […]

Lim Teong Kim: Pemain Perak Mungkin Masih Tidur

Ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim memberi respon yang cukup pedih berkenaan hakikat persembahan pasukan Perak semalam. Beraksi di gelanggang lawan, The Bos Gaurus jelas bergelut untuk memberikan persembahan terbaik apabila tewas dengan keputusan 3-1 kepada Penang. Pengendali berusia 59 tahun ini bagaimanapun jelas kecewa dengan persembahan anak buahnya yang gagal menyaingi pasukan tuan […]

Lim Teong Kim Bertikam Lidah Dengan Penyokong Perak

Ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim dikesan bertikam lidah dengan para penyokong susulan kekalahan kepada Sri Pahang FC di laman sendiri. Pengendali berusia 59 tahun itu dilihat bergelut untuk mencari formula bersama skuad yang dibarisi ramai muda selepas hanya mencatatkan satu kemenangan setakat ini. The Bos Gaurus juga sebelum ini telah pun ditundukkan oleh […]

Lim Teong Kim: Selepas Perlawanan Mesti Ada Penggantungan

Liga Malaysia (Liga M) musim ini menyaksikan Perak mengutip tiga kad merah. Dan walaupun anak-anak buah Datuk Lim Teong Kim dilihat mula mengawal emosi mereka, bekas pengendali skuad remaja Bayern Munich itu tahu ia boleh saja berubah terutama jika termakan provokasi pihak lawan. Isu disiplin ini menghantui The Bos Gaurus terutama selepas Haziq Puad dan […]

Lim Teong Kim Anggap Kehilangan Sunday Afolabi Ganggu Rentak Perak

Kemenangan 2-0 ke atas Kuching City merupakan kemenangan pertama Perak dalam saingan Liga Super. Tetapi seri kemenangan The Bos Gaurus sedikit tercalar apabila kehilangan bek tengah import mereka, Sunday Afolabi akibat kecederaan. Ini memaksa jurulatih Seladang, Datuk Lim Teong Kim memasukkan Raja Imran Shah bagi menggantikan Sunday. Walaupun mengakui ketiadaan Sunday sedikit meresahkan, barisan pemain […]

Lim Teong Kim Lunas Janji Kepada Penyokong Perak

Selepas 4 perlawanan dilalui, akhirnya Perak FC menemui kemenangan pertama selepas berjaya menumbangkan pendatang baharu Liga Super, Kuching City FC dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Ipoh malam tadi. Kedua-dua gol Perak dijaringkan oleh penyerang import dari Korea Selatan, Seonung Seo pada minit ke-41 dan minit ke-58. Dengan kemenangan itu, Perak kini […]

“Kalau Saya Cakap, Saya Kena Denda” – Lim Teong Kim

Kekalahan 2-1 Perak di tangan Sri Pahang dalam perlawanan pusingan pertama Piala FA sememangnya pahit bagi jurulatih Datuk Lim Teong Kim. Cuma satu perkara yang menggusarkannya ialah mutu pengadilan perlawanan semalam. Perak sebelum itu selesa mendahului menerusi Christian Obiozor pada minit ke-34. Tetapi pada babak kedua, segalanya berubah apabila pemain tengah Fadhil Idris dibuang padang […]

Lim Teong Kim Anggap Padang Tak Rata & Bola Seperti Katak Sukarkan Perak Main Bola

Ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim tampil memberi penjelasan sebaik sahaja pasukannya terikat 0-0 dengan Kelantan United. Pengendali berusia 55 tahun itu masih gagal menemui rentak kemenangan semenjak mengambil alih pasukan yang kini hanya berjaya mencatatkan dua keputusan seri dan satu kekalahan. Beliau menganggap bahawa keadaan permukaan padang di Stadium Sultan Muhamad IV yang […]

“Kita Mesti Panggil Bomoh Indonesia” – Lim Teong Kim

Entah di mana silapnya, jentera serangan Perak kelihatan tumpul dalam perlawanan Liga Super menentang PDRM yang baru berakhir sebentar tadi. Dan ini membuatkan jurulatih mereka, Datuk Lim Teong Kim secara berseloroh mahu mendapatkan bomoh Indonesia bagi menyelesaikan masalah ini. Perlawanan yang berkesudahan 0-0 ini menyaksikan kedua-dua pasukan berdepan kesukaran mendapatkan gol. Perak hampir saja memecah […]

Penyokong Perak Teruja Taktikal ‘Anak Jantan’ Diterapkan LTK

Walaupun dibelasah Kuala Lumpur City FC (KL City) 3-0 dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan semalam, namun itu bukanlah satu sebab bagi penyokong Perak FC menekan butang panik menjelang aksi Liga Super 2023 yang bermula 24 Februari depan. Ini kerana, rata-rata penyokong Perak berpuas hati dengan corak permainan yang ditampilkan anak buah Datuk Lim Teong […]