Kemasukan Syafiq Ahmad Bawa Tuah Buat Kedah

Kemasukan penyerang pasukan Kedah Darul Aman FC, Muhammad Syafiq Ahmad terus menjadi watak penting buat pasukan apabila beliau jelas memberi kesan yang cukup besar terhadap prestasi pasukan. Pasukan Hijau Kuning itu turun di halaman sendiri bagi menentang cabaran skuad Tok Gajah yang menyaksikan gol tunggal pertahanan, Rodney Kelvin menjadi pemisah buat kedua-dua pasukan. Sambil itu, […]

Fernando Forestieri Tak Boleh Berhenti Jaringkan Gol

Pemain import pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri terus menjadi sandaran utama pasukan Harimau Selatan apabila menjadi watak penting pasukan semalam apabila membenam cabaran KL City FC dengan keputusan 3-0. JDT yang berkunjung ke Cheras bagi menentang pasukan KL City FC nyata memberikan yang terbaik seawal minit pertama permainan. Pemain kelahiran Argentina ini diberi […]

Liga Super: JDT Tunjuk Taring Dengan Mudah Menewaskan KL City

Perlawanan ketiga Liga Super yang menemukan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City FC (KL City) berkesudahan dengan kemenangan buat JDT dengan keputusan 3-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium KLFA Cheras sebentar tadi. Perlawanan dimulakan dengan JDT cuba bermain secara hantaran-hantaran pendek namun pemain KL City pantas merapati pemain-pemain JDT. Untuk […]

Percaturan Benjamin Mora Guna Syahmi Safari Memang Berbaloi

Keputusan jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mempertaruhkan khidmat pemain pertahanan, Syahmi Safari ternyata membuahkan hasil. Bekas pertahanan kental Selangor ini menjadi watak penting apabila membantu JDT untuk menewaskan KL City FC dengan keputusan 3-0. Pemain berusia 23 tahun ini bermula dengan cukup baik apabila berjaya mengawal tempo dengan cukup cemerlang. Larian-larian yang dilakukan oleh […]

PJ City Buru Lebih Ramai ‘Permata’ Tempatan Jayakan Misi Tidak Mustahil Pasukan

Pasukan Petaling Jaya City (PJ City) FC mahu memburu lebih ramai ubi tempatan yang berkualiti dalam usaha untuk memantapkan lagi pasukan bagi menghadapi saingan d Liga Super. Menerusi satu temubual eksklusif bersama Makanbola, jurulatih berusia 53 tahun itu menjelaskan bahawa setiap musim, pasukan yang berpangkalan di Petaling Jaya itu akan sentiasa memburu pemain untuk memantapkan […]

Liga 1 Indonesia Dinobatkan Liga Paling Bernilai Di ASEAN Bagi Tahun 2022

Liga bola sepak dari negara Indonesia yang dikenali sebagai Liga 1 Indonesia muncul liga paling berharga di ASEAN bagi tahun 2022 apabila memiliki nilai sebanyak €71.87 juta menurut statistik Transfermarkt. Liga 1 Indonesia memintas Thailand League yang memiliki nilai sebanyak €71.48 juta. Dalam kalangan negara-negara ASEAN, Liga 1 Indonesia berada pada kedudukan pertama bagi kategori […]

Keseronokan Syafiq Ahmad Bermain Bola Jadi Aset Harimau Malaya

Penyerang pasukan Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad terus mendapat kepercayaan untuk membarisi kesebelasan Harimau Malaya apabila terpilih dalam senarai 30 orang pemain ke Singapura. Syafiq dipilih bersama 2 orang lagi penyerang tempatan iaitu Darren Lok dan juga penyerang muda negara, Luqman Hakim Samsudin untuk mengetuai jentera serangan Malaysia. Sebelum ini, pemain berusia 27 tahun […]

Liga Super: Pesta Gol Sabah Benam Kemaraan PJ City

Perlawanan kedua Liga Super musim ini menyaksikan pertembungan antara pasukan Sabah FC menentang Petaling Jaya City FC berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Sabah dengan keputusan 3-1. Kedua-dua pasukan mula memberi tekanan seawal minit pertama permainan apabila serangan bertali arus dilancarkan untuk memperoleh jaringan awal. Namun begitu, keampuhan benteng pertahanan pasukan Sabah dan PJ City […]

Ketangkasan Khatul Anuar ‘Bunuh’ Harapan Trio Melaka United

Aksi penjaga gol pasukan Penang FC, Khatul Anuar ketika menentang Melaka United berjaya memastikan mereka dapat mencuri satu masa pada musim ini. Penjaga gol berusia 24 tahun itu terus menjadi watak penting buat pasukan kendalian Tomas Trucha untuk meraih mata sulung dalam saingan Liga Super. Khatul sebelum ini menampilkan persembahan yang cukup cemerlang ketika menafikan beberapa […]

Senarai Jersi Kelab Liga Super Musim 2022

Setelah bermulanya perlawanan pertama Liga Super 2022, majoriti kelab telah melancarkan jersi baharu bagi mengharungi musim 2022. Kesemua kelab telah memperagakan jersi home mereka manakala bagi jersi away pula hanya beberapa kelab seperti KL City dan Terengganu yang belum memperkenalkan jersi mereka. PJ City pula dilihat bakal terus menggunakan jersi yang dipakai sejak musim 2020 […]

PJ City Mahu Pan-gon Nilai Sendiri Kemampuan Anak Tempatan

Kemenangan ke atas Melaka United baru-baru ini telah melonjakkan nama pasukan Petaling Jaya City FC (PJ City) dengan hanya menggunakan kudrat pemain tempatan. Umum mengetahui bahawa pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang ini sememangnya tidak menagih khidmat pemain import setelah pemilik kelab, Dato’ Seri Vijay Eswaran mahu memberikan ruang buat anak tempatan beraksi dengan lebih […]

Bung Moktar Positif Dengan Kekalahan ‘Bintang’ Sabah

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Seri Bung Moktar Radin memandang kekalahan yang dialami oleh pasukannya itu sebagai satu perkara yang positif. Hal ini dizahirkan olehnya susulan kekalahan pasukan di bawah bayu itu apabila terpaksa akur dengan kekuatan Negeri sembilan dengan keputusan 1-0. Ini bertitik tolak daripada komen yang dilontarkan oleh salah seorang penyokong […]

Arif Aiman Buktikan Tidak Tenggelam Dengan Pujian

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi membuktikan beliau kekal tenang dalam kelas tersendiri apabila menampilkan persembahan yang cukup mengujakan minggu ini. Bintang muda Harimau Selatan ini menjadi watak penting ketika pasukan JDT merakam kemenangan menentang Penang FC dalam aksi pembukaan Liga Super baru-baru ini. Pemain berusia 20 tahun ini diturunkan dalam […]

Negeri Sembilan FC Mahu Kekal Lebih Lama Di Liga Super

Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) yang merupakan pendatang baharu Liga Super mensasarkan untuk memberi saingan sengit pada musim ini dan kekal lebih lama di Liga Super. Pengendali NSFC, K Devan melakukan perubahan drastik kepada pasukan kendaliannya apabila mengekalkan hanya 12 pemain dari musim lepas dan selebihnya merupakan muka-muka baharu bagi memastikan NSFC mampu bersaing di […]

Dakwaan Perak FC Kekal Di Liga Super Adalah Palsu

Baru-baru ini tular satu kenyataan daripada segelintir pihak berhubung isu pasukan Perak FC. Ketua pegawai eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam dikatakan memberi bayangan Perak FC dijangka kekal di Liga Super musim hadapan. Namun, kenyataan itu disahkan palsu di laman Twitter pengurus media MFL, Ahmad Yazid Moh Yadi, beliau menafikan dakwaan tersebut dimana CEO MFL, Stuart […]

6 Kekalahan Berturut-Turut, Ruangan Komen Sri Pahang FC Dibanjiri #DollahOut

MakanBola.com, Petaling Jaya, 28 Sept – Penyokong pasukan Sri Pahang FC seperti tidak dapat lagi membendung rasa kecewa terhadap prestasi pasukan Tok Gajah musim ini yang dilihat sangat longlai dan membimbangkan. Manakan tidak, mereka terpaksa menelan 5 kekalahan terakhir dalam Liga Super dan baru-baru ini memulakan Piala Malaysia dengan hambar selepas tewas 3-1 kepada Kuala […]