MFL Bakal Wujudkan Semula ECP

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dijangka bakal memperkenalkan semula Ecnomic Control Programme (ECP) bagi membantu pasukan yang bersaing di Liga Super bermula pada tahun 2024. Pengenalan kuota 9 pemain import telah nenjadi kerisauan dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan daripada segenap aspek termasuklah dari segi kewangan pasukan. Malah, ada juga yang berpendapat bahawa kelab-kelab bakal berbelanja […]

Majoriti Gol Bergson & Forestieri Sebenarnya Menggusarkan

Gandingan duo berbisa, Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri umum diketahui merupakan gandingan paling berbisa dalam saingan Liga Super ketika ini. Malah, ketajaman penyerang import pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menyerlah di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) apabila membantu mereka layak ke pusingan kalah mati. Ketajaman penyudah dua pemain ini seringkali meranapkan hasrat pasukan […]

Bojan Hodak Gembira Beri Peluang Pemain Muda Minit Permainan

Ketua jurulatih pasukan Kuala Lumpur City (KL City FC), Bojan Hodak berpuas hati dengan persembahan yang ditonjolkan oleh anak buahnya ketika berjaya mengikat PJ City dengan keputusan 0-0. Katanya, kehilangan beberapa tonggak utama termasuklah kesemua pemain yang menjadi tunjang utama di bahagian tengah jelas memberi kesan kepada persembahan pasukan. Walau bagaimanapun, pengendali kelahiran Croatia ini […]

Nafuzi Zain Tak Mahu Terengganu Ulangi Kesilapan Mudah Lagi

Ketua jurulatih pasukan Terengganu FC, Nafuzi Zain merakamkan rasa teruja dan berpuas hati atas usaha gigih anak buahnya yang berjaya membenam cabaran Kedah Darul Aman dengan keputusan 2-1. Pengendali berusia 42 tahun itu memberi pandangan beliau mengenai persembahan Terengganu selepas tamat perlawanan di Gong Badak, semalam. Menurutnya, pasukan kendaliannya telah menampilkan persembahan yang cukup memberangsangkan […]

Liga Super: Terengganu Tapau Kedah Ikat Tepi

Terengganu FC tidak menghadapi masalahapabila beraksi dengan cukup cemerlang bagi membantu pasukan melakar kemenangan ke atas Kedah Darul Aman dengan keputusan 2-1. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan utama terbaik dalam usaha untuk memburu 3 mata berharga bagi melonjakkan kedudukan dalam Liga Super. Pasukan kendalian Nafuzi Zain jelas lebih selesa beraksi di gelanggang sendiri apabila bermula dengan […]

Shahrul Nizam Pamer Kualiti Tersendiri Kemudi Benteng Terengganu

Pertahanan tengah pasukan Terengganu FC, Shahrul Nizam Roshasni kini menjadi sandaran utama pasukan untuk mengemudi prestasi cemerlang pasukan ketika ini. Pemain berusia 24 tahun itu kini menjadi pilihan utama ketua jurulatih, Nafuzi Zain untuk mengemudi benteng pertahanan pasukan. Bekas pertahanan bawah 23 tahun kebangsaan ini jelas berada dalam kelas tersendiri apabila kekebalan beliau sukar ditembusi […]

Liga Super Dipenuhi Jaringan Berkelas Dunia Minggu ini

Aksi Liga Super minggu ini kita disajikan dengan jaringan-jaringan berkelas dunia dihasilkan cukup memberi makna bahawa Liga Malaysia semakin berkembang hebat. Saksikan 5 jaringan berkelas dunia yang terhasil kebelakangan ini. Fernando Forestieri (Johor Darul Ta’zim) 2. Zhafri Yahya (KL City FC) 3. Amri Yahya (Sabah FC) 4. Syafiq Ahmad (Kedah FC) 5. Azam Azih (Sri […]

Arif Aiman Jadi Tunjang Utama JDT Kembali Buru Kemenangan Liga Super

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dijangka terus menjadi watak penting buat pasukan JDT yang kembali ke pentas saingan Liga Super. Anak jati kelahiran Pahang ini sedang berada dalam kemuncak prestasinya apabila beraksi cemerlang dalam pentas saingan ACL baru-baru ini. Beliau menjadi pilihan utama oleh pengendali, Benjamin Mora yang memberi sepenuhnya […]

Ketajaman Naluri ‘Poacher’ Darren Lok Buatkannya Tak Henti Jaringkan Gol

Penyerang pasukan Petaling Jaya City FC, Darren Lok terus terbukti apabila beliau cemerlang mecetak nama selaku penjaring gol buat pasukannya. Pemain kelahiran Hailsham, England ini menjadi watak utama pasukan kendalian P. Maniam apabila ketajamannya menjadi nadi pasukan ketika ini. Kelibat penyerang berusia 30 tahun itu sering kelihatan membarisi kesebelasan utama pasukan apabila beliau telah beraksi […]

Benjamin Mora Puji Aksi Tak Reti Penat Pemain Terengganu ‘Melawan’ JDT

Jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mengakui bahawa pasukannya berdepan tugas yang cukup sukar sebelum berjaya memungut tiga mata ketika berdepan Terengganu semalam. Menurut satu kenyataan, Mora menghamburkan pujian yang tidak terhingga kerana para pemain lawan menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang 90 minit permainan. Bukan itu sahaja, beliau juga mengakui bahawa pasukan kendalian […]

Ketangkasan Tak Masuk Akal Rahadiazli Sekat Malam Pesta Gol JDT

Kecekapan aksi penjaga gol muda pasukan Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim ketika bertemu juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah berjaya mengelakkan pasukan itu daripada dimalukan. Penjaga gol berusia 21 tahun itu diturunkan dalam kesebelasan utama untuk menjadi benteng terakhir pasukan ternyata menjadi tunjang utama dalam perlawanan tersebut. Beliau dipaksa untuk melakukan beberapa usaha penyelamatan yang […]

Pj City Dah ‘Next Level’, Tengah Tepi Atas Bawah Semua Mantap

Pasukan Petaling Jaya City (PJ City) FC terus membuktikan kredibiliti pasukan untuk mencabar kejuaraan liga musim ini apabila terus mencatat keputusan yang positif. Sebelum ini, pasukan yang dikendalikan oleh jurulatih, P. Maniam ini melaungkan keyakinan untuk merebut sekurang-kurangnya posisi ‘Top 5’ dalam Liga Super musim ini. Hal ini dilihat seakan satu misi yang tidak mustahil […]

Nafuzi Zain Yakin Terengganu Tetap Boleh Tewaskan JDT

Pengendali pasukan Terengganu FC, Nafuzi Zain melaungkan keyakinan bahawa anak buahnya mampu bangkit daripada kekecewaan apabila turun berdepan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) hujung minggu ini. Beliau mahu anak-anak buahnya untuk terus fokus dengan misi untuk mendapatkan 3 mata penuh sambil yakin episod duka ketika bertemu dengan PJ City Rabu lepas harus segera dilupakan. Ia […]

Darren Lok Dan Kumaahran Buktikan Penyerang Tempatan Juga Ada Kualiti Dan Boleh Diharap

Persembahan yang dipamerkan oleh duo jentera serangan pasukan PJ City, Darren Lok dan juga S. Kumahran membuktikan kemampuan barisan serangan tempatan untuk menyerlah. Petaling Jaya (PJ) City mempamerkan permulaan yang cukup baik pada musim ini apabila berjaya untuk mengekalkan persembahan dengan lebih konsisten berbanding sebelum ini. Bahkan, ketua jurulatih pasukan,P. Maniam dalam satu temubual oleh […]

Pernah Menyinar Di Thailand, Kini Dominic Tan ‘Jantung’ Pertahanan Sabah FC

Pemain pertahanan Sabah FC, Dominic Tan kini menjadi nadi utama di barisan pertahanan pasukan untuk membawa cabaran yang lebih besar buat pasukan musim ini. Bekas pertahanan pasukan JDT ini memilih untuk membawa cabaran bersama pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee selepas berkelana hampir 3 tahun di bumi Thailand. Pertahanan tinggi lampai itu dilihat menjadi pilihan […]

Selepas Beri Aksi ‘Kaw-Kaw’ Lawan KL City, JDT Bakal Kehilangan Fernando Forestieri?

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka bakal terlepas khidmat pemain import pasukan, Fernando Forestieri ketika bakal melayan kunjungan pasukan Terengganu FC Ahad ini. Pemain kelahiran Argentina itu menjadi watak penting buat pasukan Harimau Selatan ketika mencatat kemenangan besar 3-0 ke atas juara Piala Malaysia itu. Beliau yang turun dalam kesebelasan utama pasukan […]