Nafuzi Zain Muncul Pada Sesi Latihan Kedah

Jurulatih berpengalaman, Nafuzi Zain muncul pada sesi latihan hari pertama bersama Kedah.  Skuad Sang Kenari telah memulakan latihan rasmi pasukan setelah berehat panjang. Barisan pemain baharu juga kelihatan sudah bersama. Susulan masalah kewangan yang dihadapi pasukan Kedah sebelum ini, destinasi jurulatih berusia 45 tahun ini menjadi tanya. Namun, beliau tampak akan terus kekal bersama Kedah […]

Pendekatan Latihan Terengganu Kini Berubah

Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner dilihat mengubah pendekatan latihan pra-musim pasukan itu untuk musim 2024-2025. Ini berdasarkan pemerhatian yang dibuat wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam semasa meninjau sesi latihan skuad Peteh semalam. Steinbruckner dilihat bukan saja mengekalkan fokus dari segi kecergasan fizikal pemain. Malah, pengendali Croatia itu turut mahukan para pemain memahami falsafah permainan […]

Mano Polking Bakal Ke Liga Super Malaysia?

Bekas pengendali Thailand, Mano Polking kini dikaitkan dengan sebuah pasukan gergasi Liga Super. Nama Mano Polking dikatakan menjadi calon utama bagi sebuah kelab yang berpangkalan di Lembah Klang. Menurut wartawan MakanBola, Syafiq Freman nama Mano telah diusulkan sebagai Ketua Jurulatih baru bagi kelab Liga Super berkenaan. Melihat kepada situasi semasa, Selangor dilihat sebagai pasukan yang […]

Tchetche Kipre & Aidil Sharin Kembali Bersatu di Kuching City

Perpindahan penyerang Ivory Coast, Tchetche Kipre menyaksikan beliau kembali bersatu bersama bekas jurulatihnya di Kedah, Aidil Sharin. Perkara ini dikongsikan dilaman media rasmi pasukan Kuching City yang mengumumkan ketibaan pemain import terbaru bagi musim ini.  Kedua-duanya saling mengenali ketika Tchetche Kipre menyertai Kedah pada 2020 dan pada waktu itu Aidil Shahrin sebagai ketua jurulatih Kedah […]

Kedah Bersedia Hadapi Musim Baru Liga Super

Walaupun berdepan isu getir berkaitan tunggakan gaji, pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) memaklumkan sudah membuat persediaan bagi menghadapi saingan Liga Super musim baharu Mei depan. Dalam satu siaran media yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan pasukan di laman sosial, persediaan Kedah untuk menghadapi musim baharu Liga Super kini sudah mencapai 85 peratus. Namun begitu, […]

3 Pemain JDT Dipinjamkan Ke Kelab Liga Super

Tiga pemain yang baru sahaja ditandatangani kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) akan dipinjamkan ke beberapa buah kelab Liga Super. Tiga pemain itu ialah Azam Azmi Murad, Manuel Hidalgo dan Declan Lambert. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta’zim, Alistair Edwards pada semalam telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara ini. Menurutnya, JDT telah menandatangani empat pemain […]

Penang Berteka-Teki Dengan Kogileswaran

Bekas pemain Chungbuk Cheongju, R. Kogileswaran kini masih menanti tawaran daripada Penang sama ada kontrak beliau akan dilanjutkan atau tidak bagi musim baharu ini. Kontrak pemain berusia 25 tahun ini telah tamat pada hujung tahun lepas. Beliau akui masih mahu beraksi bersama The Panthers.  Penang setakat ini telah mengumumkan seramai 25 pemain yang sah akan […]

AFC Beri Cadangan Bernas Kepada MFL

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) melihat penambahan jumlah perlawanan lebih penting dalam meningkatkan kualiti sesebuah liga berbanding bilangan kelab dalam sesebuah liga. Pandangan itu diutarakan oleh Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John bila ditemubual wartawan Astro Arena, Fina Nasrom untuk Nadi Arena semalam. Ini selepas beliau diminta mengulas tentang bilangan pasukan dalam Liga Super […]

Haqimi Azim Sedia Tinggalkan KL City

Penyerang bawah 23 tahun negara, Muhammad Haqimi Azim bin Rosli sedia untuk meninggalkan KL City pada musim baharu nanti.  Penyerang berusia 21 tahun itu menegaskan bahwa jika masih kurang mendapatkan minit permainan bersama KL City, beliau sedia untuk meninggalkan kelab.  “Kalau tahun ni saya kurang lagi minit permainan, saya akan minta pada jurulatih dan pengurusan […]

Jadual Liga Super Malaysia 2024/25 Kini Berubah

MFL

Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan terdapat beberapa perubahan untuk Liga Malaysia musim hadapan. Susulan pertukaran tarikh pemeriksaan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) yang sepatutnya diadakan pada Februari 2024 namun diubah ke tarikh baharu pada 16 hingga 21 April 2024, maka tarikh sepak mula Liga Malaysia 2024-2025 terpaksa dianjakkan seminggu […]

Peluang Kelab M3 Kembali Ke Liga Super Musim 2024/25 Kembali Terbuka

Peluang kelab-kelab Liga M3 layak ke Liga Super pada musim hadapan kembali terbuka. Ini susulan keputusan First Instance Body (FIB) dan Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) (AB) untuk menolak rayuan Kelantan FC untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan musim 2024-2025. Keputusan ini menyaksikan ada 13 pasukan dalam Liga Super ketika ini. Bagi memastikan […]

Akmal Rizal Terajui Cabaran Penang Untuk Musim 2024/2025

Bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli sah membimbing Penang FC bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga M) musim 2024-2025. Perkara ini diumumkan pengurusan Harimau Kumbang menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka semalam. Akmal sebelum ini menggalas peranan sebagai pemangku jurulatih Penang untuk tiga perlawanan terakhir Liga Super musim 2023. Beliau mencatatkan rekod […]

Bintang Jordan Dalam Radar Kelab Liga Super

Selepas Mahmoud Al-Mardi, Yazan Al-Arab, Fadi Awad dan Noor Al-Rawabdeh, seorang lagi pemain Jordan berpotensi berkelana di Liga Malaysia (Liga M). Mengikut ciapan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, pemain tengah The Chivalrous Ones, Rajaei Ayed berada dalam pemerhatian sebuah kelab Liga Super. Nama beliau pasti disedari ramai penyokong Harimau Malaya. Ini kerana Rajaei tampil sebagai […]

Stadium Selayang Bakal Jadi Gelanggang PDRM Musim 2024/25?

PDRM FC berpotensi menggunakan stadium berbeza sebagai lokasi aksi Liga Super pada musim hadapan. Sejak beberapa musim lepas, pasukan yang diberi jolokan The Cops itu menggunakan Stadium MBPJ sebagai stadium rasmi mereka untuk aksi Liga Malaysia (Liga M). Kini, Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berpotensi digunakan PDRM untuk aksi Liga M musim 2024-2025. Sebelum ini, […]

Sabah Pasukan Terawal Mulakan Persiapan Pra-Musim

Meskipun Liga Super musim 2024-2025 bakal membuka tirainya pada Mei ini, Sabah FC menjadi pasukan terawal yang memulakan persiapan pra-musim. Ini selepas akaun laman media sosial skuad Badak memuatnaik gambar-gambar sesi latihan pra-musim pertama mereka semalam. Antara pemain yang sudah melapor diri untuk latihan pra-musim ialah Khairul Fahmi Che Mat, Gary Steven Robbat, Irfan Fazail […]

Faliq Firdaus Dilantik CEO Termuda Di Liga Super Bersama Negeri Sembilan

Susulan prestasi kurang memberangsangkan Negeri Sembilan FC untuk musim 2023, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) mengumumkan rombakan ke atas struktur pengurusan pasukan itu. Semalam, PBNS mengumumkan Setiausaha Eksekutif PBNS, Faliq Firdaus sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan yang baru. Beliau dibawa masuk menggantikan CEO pasukan sebelumnya, Satwant Singh. Perlantikan ini menjadikan Faliq sebagai […]