Siaran Langsung Liga Super: PDRM vs Kedah (Live Streaming)

Perlawanan pembukaan Liga Super musim 2024/25 antara PDRM FC dengan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bakal mencuri perhatian penyokong. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Selayang itu bukan saja memberi peluang kepada kedua-dua pasukan meraih kemenangan pertama musim ini. Malah, ini peluang buat The Cops membalas dendam selepas tewas 2-0 kepada lawan sama pada 9 […]

Terengganu Sedia Berjuang Demi Akhyar Rashid

Terengganu FC sedia berjuang mendapatkan tiga mata menjelang aksi pertama Liga Super demi pemain sayap mereka, Akhyar Rashid. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh jurulatih skuad Peteh, Tomislav Steinbruckner kepada bahagian media Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) baru-baru ini. Sebelum ini, Terengganu dikejutkan dengan insiden samun membabitkan Akhyar berhampiran kediamannya di Tanjung, Kuala Terengganu pada minggu […]

Jersi Unik Terengganu & Sabah Terima Pujian Peminat

Jersi unik baru yang dilancarkan dua kelab Liga Super, Terengganu FC dan Sabah FC semalam mendapat sambutan yang bagus daripada peminat. Sudah menjadi kebiasaan setiap kali musim baru Liga Malaysia (Liga M), kelab-kelab memperkenalkan jersi baru mereka untuk musim tersebut. Sabah yang bekerjasama dengan pembuat peralatan dan pakaian sukan Itali, Lotto, memperkenalkan jersi baru home […]

KL City Buru Kelompok 5 Terbaik Liga Super

Finalis Piala FA 2023, KL City FC berhasrat mendapatkan kelompok lima pasukan terbaik Liga Super musim 2024/25. Hasrat ini diluahkan bek tengah Australia, Giancarlo Gallifuoco kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi untuk Nadi Arena semalam. Kempen musim 2023 menyaksikan KL City menamatkan Liga Super di tempat ketujuh dengan 38 mata. Selain mara ke final Piala […]

Safee Sali: Saya Harap Ini Tidak Mengganggu Perjalanan Liga

Bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali berharap insiden malang yang menimpa Akhyar Rashid dan Faisal Halim tidak mengganggu perjalanan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Arena bola sepak Malaysia dikejutkan dengan insiden malang yang menimpa dua tonggak utama Harimau Malaya itu. Insiden pertama menyaksikan Akhyar menjadi mangsa jenayah samun berhampiran kediamannya di Tanjung, Terengganu baru-baru […]

“Insiden Faisal Halim & Akhyar Rashid Tak Jejas Imej Liga Malaysia” – Stuart Ramalingam

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam memaklumkan insiden membabitkan Faisal Halim dan Akhyar Rashid tidak menjejaskan imej Liga Malaysia (Liga M). Selepas insiden Akhyar disamun dan dicederakan dengan cota baru-baru ini, arena bola sepak negara dikejutkan pula dengan insiden Faisal disimbah asid oleh individu yang tak dikenali semalam. Susulan itu, […]

6 Tonggak Import Ketuai Cabaran Sri Pahang

Sri Pahang FC sah akan menggunakan enam pemain import untuk kempen Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25. Sebelum ini, Sri Pahang dilaporkan bakal menggunakan pemain import ketujuh. Ini selepas pasukan dari Pantai Timur itu dikaitkan dengan perpindahan penjaga gol Lion City Sailors, Izwan Mahbud atau seorang penjaga gol Uzbekistan. Khabar angin perpindahan ini timbul selepas […]

Sabah Terima Suntikan 7 Angka Musim Baharu

Sabah FC terima suntikan dana tujuh angka bagi kancah Liga Super Malaysia 2024/2025. Skuad The Rhinos menerima sebanyak RM5 Juta daripada penaja utama pasukan iaitu Jetama Sdn Bhd. Dalam satu kenyataan pada semalam, Sabah menyatakan bahawa Jetama Sdn Bhd telah menyalurkan tajaan bernilai RM5 juta sekali gus menjadi penaja rasmi kepada pasukan Sabah FC bagi […]

Razman Roslan: VAR Di Malaysia? Mungkin Lebih Baik Atau Sebaliknya

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan memilih pendekatan tunggu dan lihat berkenaan perlaksanaan sistem video bantuan pengadil (VAR) dalam Liga Super musim 2024/25. Sebelum ini, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan perlaksanaan VAR dalam Liga Super bakal dibuat pada musim 2024/25. Pengenalan sistem tersebut dilihat dapat membantu meningkatkan mutu pengadilan liga ke tahap yang lebih […]

Jalil Elias & Oday Kharoub Bawa Tarikan Berbeza Ke Liga Super

Kehadiran dua bintang import baru Liga Super, Jalil Elias dan Oday Kharoub dijangka menambah tarikan berbeza menjelang musim 2024/25 yang bermula pada bulan hadapan. Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Elias bukan saja hadir dengan reputasi sebagai pemain paling mahal dalam Liga Super dengan nilai semasa €3 juta (RM15 juta). Malah, pemain tengah Johor […]

13 Pasukan Liga Super Tak Jejaskan Saingan Musim 2024/25

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan menyifatkan ketiadaan pasukan ke-14 dalam Liga Super musim 2024/25 tidak akan merencatkan kemeriahan liga. Ini bukan satu isu kerana itu langsung tidak menjejaskan tahap persaingan antara 13 pasukan dalam saingan Liga Super. Selain itu, ini dilihat tanda keseriusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam menangani isu pasukan bermasalah dari […]

Ini Kemas Kini Jadual & Waktu Liga Super Musim 2024/25

Pasukan-pasukan Liga Super bakal mengetahui jadual liga musim 2024-2025 tidak lama lagi. Perkara ini dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam kepada media selepas Kongres Tahunan FAM Ke-60 hari ini. MFL telah menghantar maklumat analisis waktu sepak mula liga kepada penyiar rasmi liga bagi menentukan waktu sepak mula setiap perlawanan. […]

KL City Ada Sebab Belum Mula Aksi Pra Musim

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard memberi jawapan mengapa pasukan masih belum mulakan aksi pra musim.   Beliau mahu mengutamakan penyelesaian tentang masalah gaji pemain terlebih dahulu. Oleh sebab itu, KL City menganjakkan tarikh lagi untuk memulakan aksi pra musim.  Stanley dalam pada itu juga tidak mahu para pemain memulakan latihan tanpa sebarang […]

“Jadi Pengutip Bola Di Selangor Pun Ada Tekanan” – Nidzam Jamil

Jurulatih baru Selangor FC, Nidzam Jamil melihat tidak kira siapa dalam pasukan termasuk dirinya, mereka perlu bijak menguruskan tekanan. Perkara ini dinyatakan sendiri beliau dalam sidang media susulan perlantikannya sebagai pengganti Tan Cheng Hoe disahkan petang semalam. Nidzam yang pernah beraksi sebagai pemain pertahanan Merah Kuning sekitar 2000 hingga 2004 mendedahkan dirinya pernah memainkan peranan […]

Melaka Tidak Akan Sertai Liga Super

melaka-mafa

Melaka sah tidak akan sertai Liga Super bagi saingan musim 2024/25 menurut kenyataan rasmi Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA). Perkara tersebut dikongsikan menerusi sebuah hantaran rasmi di laman media sosial Facebook milik Persatuan Bola Sepak Melaka yang memetik kenyataan daripada Timbalan Presiden, YBhg Datuk Mohd Saiful Bin Mat Sapri. “Pasukan Melaka FA tidak akan menyertai […]

Cubaan Kelantan Ke Liga Super Terbantut

Cubaan pasukan dari Pantai Timur, Kelantan FC untuk kembali ke Liga Super tertutup sepenuhnya. Ini selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan nama empat pasukan Liga M3 mengintai slot ke-14 Liga Super musim 2024-2025. Empat pasukan tersebut ialah Perlis United FC, juara liga musim lepas, Imigresen FC, naib juara Liga M3, KL Rovers FC dan […]