Jersi Kedah Bakal Dilancarkan Seawal 25 Julai

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dijangka melancarkan jersi baru pasukan itu untuk musim 2024/25 seawal 25 Julai ini. Perkara ini dimaklumkan oleh pemegang saham majoriti pasukan itu, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dalam satu sidang media khas. Daud memaklumkan perkara ini berlaku disebabkan proses pengilangan membabitkan jersi berkenaan dilakukan di luar negara. Beliau […]
Selangor Kekal Kemukakan Rayuan Kepada MFL

Pengurusan Selangor FC memutuskan untuk kekal memfailkan rayuan kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL). Pada 25 Jun lepas, Selangor dikenakan hukuman oleh MFL selepas memilih menarik diri daripada menyertai perlawanan Piala Sumbangsih 2024 pada Mei lepas. Merah Kuning bukan saja dikenakan potongan tiga mata dan denda sebanyak RM100,000. Malah, kelab itu perlu membayar kos ganti […]
MFL ‘Ganti’ Denda RM100 Ribu Selangor

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menyemak semula empat hukuman yang dijatuhkan kepada Selangor FC pada 25 Jun lalu. Awal Mei lalu menyaksikan Selangor menarik diri daripada menyertai perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) atas faktor keselamatan. Keputusan itu dibuat susulan insiden simbahan asid yang menimpa pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim pada 5 Mei […]
“Selangor Mahu Jadi Gergasi Rantau Asia” – Johan Kamal

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon mendedahkan salah satu matlamat pasukan itu ialah bergelar pasukan gergasi di rantau Asia. Ini merupakan salah satu agenda pembaharuan yang digerakkan oleh Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas melaksanakan penswastaan pasukan itu. Selangor kembali […]
Kerajaan Negeri Buka Tabung Bantu Selangor

Kerajaan negeri Selangor menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) telah melancarkan Tabung Solidariti Bersama Selangor FC. Kempen yang bermula dari 26 Jun hingga 2 Julai itu diumumkan oleh EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi. Pada 25 Jun lalu, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah menjatuhkan hukuman ke atas Selangor selepas menarik diri daripada […]
Amirudin Shari Senada Dengan Sultan Selangor, Sedia Bantu Ringankan Beban Pasukan

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa terhadap Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kerana mengenakan hukuman berat ke atas Selangor FC. Pada 25 Jun lalu, Selangor dikenakan hukuman potongan tiga mata, denda RM100,000 dan membayar ganti rugi kepada MFL dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) oleh badan pengelola liga […]
Sultan Selangor Kecewa, Pertimbang Selangor Tarik Diri Dari Liga Super

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyuarakan kekecewaan baginda selepas melihat Selangor FC dikenakan hukuman berat oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL). Pada 25 Jun lalu, MFL mengumumkan empat hukuman yang dikenakan ke atas Selangor. Selain didenda RM100,000, Merah Kuning juga perlu menanggung kos kerugian yang ditanggung MFL dan […]
Selangor Realisasikan Impian Dua Pemain Cilik

Kelab gergasi Lembah Klang, Selangor FC membuatkan ramai penyokong tersentuh dengan meraikan dua pemain cilik, Ng Ho Wie dan Ng Ho Race pada 23 Jun lalu. Nama Ho Wie dan Ho Race tular di media sosial disebabkan kesungguhan bapa mereka, Ng Chee Kean mendedahkan mereka kepada sukan bola sepak. Minat itu ditanam dalam diri Ho […]
Tomislav Steinbruckner Ramal Nasib Sukar Terengganu Lawan Sabah

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner menjangkakan cabaran sukar daripada Sabah FC menjelang aksi pertama suku akhir Piala FA 2024 pada 28 Jun. Penilaian jurulatih Croatia itu dibuat selepas melihat prestasi semasa pasukan yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee itu dalam Liga Malaysia (Liga M). Selepas mengharungi tiga perlawanan, Sabah kekal tanpa kalah dengan mengutip dua […]
Aura Penyokong Pacu Kelantan DN Raih Kemenangan Pertama

Penolong jurulatih Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Rezal Zambery Yahya mengakui aura penyokong membantu pasukan itu melakar kemenangan pertama dalam liga musim ini. Tiga perlawanan Liga Super sebelumnya menyaksikan pasukan yang diberi jolokan Kijang Emas itu tewas tiga kali berturut-turut. Kelantan DN juga terkeluar daripada saingan Piala FA 2024 apabila tewas kepada Johor Darul […]
Nidzam Jamil Puji Semangat Melawan Perak

Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil memuji semangat juang yang ditunjukkan lawan mereka, Perak FC dalam aksi minggu keempat Liga Super. Aksi terbaru liga menyaksikan kedua-dua pasukan berentap di Stadium MBPJ pada petang 23 Jun lalu. Merah Kuning mendahului menerusi dua gol yang disumbang Ronnie Fernandez. Selangor kemudiannya dipaksa bermain dengan 10 pemain selepas Alex Agyarkwa […]
Ebenezer Assifuah: Saya Ikut Arahan Nafuzi Zain

Penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Ebenezer Assifuah mengakui beliau mengikut arahan jurulatih, Nafuzi Zain dalam setiap perlawanan. Penyerang Ghana itu muncul wira apabila meledakkan gol kemenangan pada minit ke-77 buat Sang Kenari ke atas Penang FC dalam aksi minggu keempat Liga Super. Gol tersebut bukan saja memastikan Kedah akhirnya berjaya mengutip tiga mata […]
“3 Aksi, 9 Jaringan Tanpa Bolos Pamer Kekuatan Selangor ” – Yusri Che Lah

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah mengakui Selangor FC bakal memberi cabaran sukar kepada anak buahnya untuk aksi minggu keempat Liga Super musim 2024/25. Sejak pasukan itu dibimbing Nidzam Jamil selepas menggantikan pengendali sebelumnya, Tan Cheng Hoe pada Mac lalu, Selangor menunjukkan prestasi baik dalam Liga Malaysia (Liga M). Dalam tiga perlawanan Liga M termasuk […]
Azzmi Aziz: Tugas Sukar Tapi Negeri Sembilan Perlu Bangkit

Jurulatih Negeri Sembilan FC, Azzmi Aziz mengakui pasukannya perlu segera bangkit jika tidak mahu tercicir dalam saingan Liga Super musim 2024/25. Aksi terbaru Liga Super yang berlangsung pada 21 Jun lalu menyaksikan skuad Rusa tumbang 3-0 kepada pasukan dari Lembah Klang, KL City FC. Jaringan Brendan Gan, Paulo Josue dan S. Sharvin memastikan anak buah […]
Fandi Ahmad Sedia Ketengahkan Pemain Muda

Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad bersedia mengetengahkan pemain muda menjelang aksi keempat Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Selepas dua perlawanan Liga Super, Sri Pahang masih belum kalah dalam liga. Ini selepas Tok Gajah merekodkan satu kemenangan dan satu keputusan seri. Walau bagaimanapun, pasukan itu terpaksa melupakan hajat mara lebih jauh […]
Paulo Josue Gesa KL City Segera Bangkit

Kapten KL City FC, Paulo Josue menggesa barisan pemain pasukan itu segera bangkit menjelang aksi terbaru Liga Super pada hujung minggu ini. Ketika ini, KL City mengharungi tiga perlawanan tanpa kemenangan dalam semua kejohanan. Pasukan dari Lembah Klang itu bukan saja menduduki tangga ke-10 liga selepas mengutip satu mata daripada dua perlawanan. Malah, The City […]