Adib Raop Tidak Gentar Dengan Cabaran Selangor

Pemain pertahanan Penang FC, Adib Raop tidak gentar dengan cabaran pasukan gergasi Lembah Klang, Selangor FC menjelang aksi terbaru Liga Super. Musim 2024/25 menyaksikan Penang merekodkan prestasi baik dalam liga dengan hanya merekodkan satu kekalahan dalam lima perlawanan liga. Selain merekodkan kemenangan pertama ke atas Perak FC pada 13 Julai lalu, Harimau Kumbang juga tidak […]

Akmal Rizal Congak Taktik Berbeza Lawan Selangor

Jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli bakal mencorak taktik berbeza menjelang aksi Liga Super menentang Selangor FC. Penang tampil dengan prestasi baik selepas merekodkan kemenangan pertama liga pada 13 Julai lalu. Skuad Harimau Kumbang meraih kemenangan 2-0 ke atas Perak FC. Neto Oliveira dan Alif Ikmalrizal Anuar mencipta nama sebagai penjaring dalam perlawanan tersebut. […]

Giancarlo Gallifuoco Lega Tamatkan Penantian 26 Tahun KL City

Bek tengah KL City FC, Giancarlo Gallifuoco mengakui lega kerana membantu pasukan itu meraih kemenangan ke atas Selangor FC dalam tempoh 26 tahun. Aksi terbaru Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras menyaksikan dua pasukan itu berentap untuk menentukan siapa pasukan jaguh Lembah Klang. Kelebihan memihak kepada Selangor kerana pasukan itu meraih dua […]

Jurulatih Penjaga Gol KL City, Guilherme Almeida Ucap Selamat Tinggal

KL City FC bakal mengucapkan selamat tinggal kepada jurulatih penjaga gol utama mereka, Guilherme Almeida. Ini selepas jurulatih penjaga gol dari Brazil itu akan bertolak ke Vietnam untuk menyertai kelab V. League 1, Viettel. Perkhabaran ini dikongsikan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran. “Jurulatih penjaga gol Kuala Lumpur (KL City), Guilherme Almeida bersedia untuk […]

Aksi Sabah & JDT Rekod Kehadiran Tertinggi Minggu 5 Liga Super

Aksi minggu kelima Liga Super musim 2024/25 menyaksikan aksi Sabah FC merekodkan kehadiran tertinggi sebelum diikuti oleh Perak FC. Aksi terbaru liga membabitkan Sabah dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada 13 Julai lalu menyaksikan Harimau Selatan dipaksa bekerja keras sebelum meraih kemenangan 3-1. Meskipun tewas, corak permainan yang dipamerkan anak buah Datuk Ong […]

Kenny Pallraj Sasar KL City Dalam Kelompok 3 Terbaik Liga Super

Pemain pertahanan KL City FC, Kenny Pallraj mahu melihat pasukan itu berada dalam kedudukan tiga pasukan terbaik Liga Super musim 2024/25. Hasrat itu diluahkan beliau selepas membantu The City Boys melakar kemenangan mengejut ke atas Selangor FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 14 Julai lalu. Pemain sayap Bosnia-Herzegovina, Jovan Motika muncul wira […]

Sokongan Penang Bantu Sikh Izhan Menyerlah

Penjaga gol utama Penang FC, Sikh Izhan Nazrel mengakui sokongan yang diberi Penang FC khususnya jurulatih, Akmal Rizal Ahmad Rakhli membantunya menonjolkan prestasi terbaik untuk musim 2024/25. Sejak menyertai Harimau Kumbang secara pinjaman semusim dari Selangor FC, penjaga gol berusia 22 tahun itu membuktikan dirinya antara penjaga gol terbaik negara ketika ini. Sikh Izhan bukan […]

Yusri Che Lah: Perak Seakan Takut Beraksi Di Laman Sendiri

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah mengakui merasa pelik melihat anak-anak buahnya seakan takut beraksi di gelanggang keramat mereka, Stadium Perak. Aksi terbaru Liga Super membabitkan Perak dan Penang FC berlangsung di Stadium Perak. Perlawanan ini disifatkan peluang buat kedua-dua pasukan untuk memburu kemenangan dalam liga. Meskipun banyak mencipta peluang jaringan, The Bos Gaurus ketinggalan […]

Danial Amier Kembali ‘Gegar’ Jaring Seawal Dua Minit

Pemain tengah Kuching City FC, Danial Amier Norhisham ceria apabila kembali menggegar jaring dalam aksi terbaru Liga Super di Kuching pada 12 Julai lalu. Aksi Kuching City menentang PDRM FC menyaksikan anak buah Aidil Sharin Sahak memburu kemenangan pertama dalam liga untuk musim 2024/25. Dan seawal dua minit, tuan rumah meraih kelebihan gol pertama menerusi […]

Rezal Zambery Puji Semangat Tak Kenal Erti Penat Pemain Kelantan DN

Penolong jurulatih Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Rezal Zambery Yahya memuji semangat juang yang tinggi yang dipamerkan pasukan itu baru-baru ini. Selepas tewas dalam empat perlawanan Liga Malaysia (Liga M) termasuk aksi pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA 2024, Kelantan DN akhirnya berjaya meraih kemenangan pertama liga. Kemenangan itu diraih dalam aksi keempat liga […]

Rekod Tanpa Bolos Beri Keyakinan Kepada Kedah

Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain mengakui rekod tanpa bolos yang direkodkan dalam beberapa perlawanan memberi keyakinan kepada pasukan itu. Empat perlawanan Liga Malaysia (Liga M) yang lepas termasuk aksi Piala FA menyaksikan Kedah tidak dibolosi dalam empat perlawanan. Sang Kenari merekodkan kemenangan 5-0 ke atas Bukit Tambun FC dalam aksi pusingan […]

Aidil Sharin & Shamie Iszuan Optimis Bentuk Kebangkitan Kuching City

Pengendali Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak percaya pasukan itu mampu bangkit semula selepas tersingkir dari Piala FA 2024. Aksi suku akhir kedua Piala FA 2024 menyaksikan Kuching City memberi tentangan sengit kepada naib juara liga musim 2023, Selangor. Selepas kedua-dua pasukan terikat 4-4 dari segi agregat, The Cats terpaksa menelan kepahitan apabila tersingkir menerusi […]

Tunggakan Gaji Dua Bulan KL City Bakal Selesai Minggu Depan

Barisan pemain KL City FC menerima khabar gembira apabila tunggakan gaji dua bulan pasukan itu bakal diselesaikan pada minggu hadapan. Isu tunggakan gaji membabitkan pasukan Lembah Klang itu timbul apabila kapten, Paulo Josue mendedahkan beliau tidak menerima gaji selama tujuh bulan. Pendedahan itu disusuli pendedahan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad […]

Dua Tonggak Kuching City Rekod Statistik Memukau Di Liga Super

Dua tonggak Kuching City FC di bahagian pertahanan, Yuki Tanigawa dan James Okwuosa menunjukkan statistik memukau dalam liga musim 2024/25. Ini selepas Astro Arena menyiarkan beberapa statistik menarik dalam empat perlawanan awal liga. Nama dua tonggak import ini cukup menonjol dari segi hantaran tepat. Tanigawa, 27, mengetuai carta hantaran tepat dengan melakukan 223 hantaran. Sementara […]

Liga Super: Senarai Perlawanan Minggu 5, Waktu, Lokasi & Siaran TV

Selepas aksi suku akhir Piala FA berakhir, saingan Liga Super kembali bersambung untuk hari perlawanan minggu kelima. Aksi perlawanan minggu ketiga menyaksikan KL City FC, Selangor FC, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) masing-masing mencatatkan kemenangan. Sementara Kuching City FC dan Terengganu […]

Semangat Selangor Tebus Kekalahan Membara di MBPJ

Ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil percaya anak buahnya mampu bangkit kembali untuk mencipta kemenangan ke atas Kuching City esok. Selangor terpaksa akur apabila tewas tipis dalam perlawanan pertama menentang skuad kendalian Aidil Shahrin di Kuching, Sarawak. Nidzam Jamil akui kekalahan yang dialami Selangor tempoh hari sedikit sebanyak dapat membantu mengenali kelemahan pasukan sekaligus dapat […]