“Bukan Dion Cools”

Desas-desus mengenai kepulangan pertahanan tengah negara, Dion Cools ke Liga Malaysia kini hangat diperkatakan oleh peminat bola sepak tanah air. Semuanya berpunca daripada video pengenalan semula Fernando Forestieri yang membuat pusingan untuk kekal bersama pasukan JDT. Namun begitu, semua mata tertumpu kepada bayangan awal dalam klip tersebut yang tertera nama ‘Cools 21’ pada meter suhu […]

JDT Akui Ditawarkan Pemain Malaysia Di Luar Negara, Elak Jerat ‘Perang Bidaan’

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan terdapat percubaan ejen pemain yang menawarkan seorang pemain Malaysia yang berkelana di luar negara kepada kelab tersebut. Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards, beliau memberitahu situasi sebenar berhubung perkara yang tular di media sosial itu. Sebelum ini, menerusi laporan wartawan Astro Arena, […]

Terengganu Sambut Baik Inisiatif KBS, Mohon Geran Tukar Rumput Bersebab

Pasukan Liga Super, Terengganu FC berkongsi sebab terperinci berkenaan permohonan bagi geran kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkenaan penukaran rumput dan naik taraf sistem saliran di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Menerusi satu kenyataan tempoh hari, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ada memberitahu bahawa setiap negeri boleh memohon geran berjumlah RM500 ribu bertujuan […]

Jodoh Fernando Forestieri & Import Baharu JDT Kembali Bersatu Selepas 14 Tahun

Ketibaan pemain sayap sensasi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Nicolao Dimitru Cardoso memiliki persamaan terhadap bintang utama pasukan, Fernando Forestieri. Bekas penyerang berbisa Thai League 1 itu menjadi tonggak import ke-4 skuad Harimau Selatan tatkala pengumuman untuk mengekalkan khidmat Fernando Forestieri menjadi bualan ramai. Skuad Harimau Selatan dilihat mempunyai kombinasi menarik pada bahagian serangan dengan […]

Seorang Pemain Tempatan Sertai JDT Dengan Status Berbeza

Seorang pemain tempatan difahamkan bakal menyertai juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) namun dengan status yang berbeza. Menerusi satu kenyataan oleh pemilik kelab JDT, DYAM TMJ, baginda memberitahu mengenai perancangan beberapa pemain yang bakal memantapkan skuad Harimau Selatan. JDT juga difahamkan akan mendapat khidmat seorang lagi pemain naturalisasi bagi memantapkan pasukan musim […]

Tiga Pemain Import Jadi Sandaran Penang

Penang mengumumkan hanya akan mengikat pemain mengikut bajet yang termampu menjelang saingan Liga Malaysia 2024/2025. Perkara ini dijelaskan oleh ketua jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang berkata hanya tiga pemain import bakal menjadi tunjang skuad Harimau Kumbang disebabkan bajet yang terhad. Katanya lagi, beliau kini sedang dalam misi mencari dua lagi pemain import […]

Liga Malaysia Di Tangga Ke-4 Asean, Dipintas Liga 1 Indonesia

Salah sebuah laman analisis ranking terkemuka dunia, Teamform.com meletakkan Liga Super Malaysia pada kedudukan yang lebih rendah berbanding kedudukan Liga 1 Indonesia. Laman yang menyenaraikan data lebih 15,000 kelab terkemuka di dunia selain turut memberi pelbagai informasi berkenaan bola sepak semasa. Menerusi catatan kedudukan terbaru oleh Teamform.com, Liga Malaysia diletakkan pada tangga ke-39 di Asia […]

Dion Cools Mahu Ke Korea Atau Jepun

Pertahanan tengah Malaysia, Dion Cools menyimpan hasrat untuk berkenala di Liga Korea atau Jepun suatu hari nanti. Pemain berusia 27 tahun itu memjadi watak penting pasukan kendalian Kim Pan-gon dan berjaya membawa pasukan negara untuk meraih satu mata pada peringkat kumpulan. Spekulasi mengenai masa depannya mula menjadi perbualan hangat selepas namanya dikesan berada dalam video […]

Seorang Lagi Pemain Naturalisasi Perkuat JDT

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul T’zim (JDT) bakal menerima seorang lagi pemain naturalisasi bagi musim 2024/25. Perkara ini disahkan oleh pemilik kelab JDT, DYAM TMJ berkenaan perancangan dan hala tuju pasukan bagi musim baharu. Skuad Harimau Selatan aktif berbelanja dan mengumumkan ketibaan pemain import apabila terbaru mengesahkan khidmat pemain sayap lincah, Fernando Forestieri […]

JDT Umum Kemunculan Semula Fernando Forestieri

Masa depan penyerang berbisa JDT, Fernando Forestieri bersama pasukan terjawab apabila sah bakal kekal bersama pasukan bagi musim 2024/25. Pemain berusia 34 tahun itu pada awalnya disahkan tidak lagi kekal bersama pasukan itu bagi saingan musim baharu. Skuad Harimau Selatan bagaimanapun membuat keputusan mengejutkan apabila mengesahkan bahawa bekas bintang Udinese itu akan terus bersama pasukan. […]

“Pemain Malaysia Ditawarkan Ke JDT Tapi Ditolak, Kini Diberikan Ke Pesaing JDT” – Zulhelmi

Khabar mengejutkan kini menyelubungi arena bola sepak tanah air selepas difahamkan seorang pemain Malaysia yang beraksi di luar negara telah ditawarkan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) tetapi ditolak. Lebih mengejutkan, pemain tersebut kini difahamkan telah ditawarkan kepada salah sebuah pasukan yang menjadi ‘rival’ kepada skuad Harimau Selatan. Perkara ini telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, […]

Kelab Indonesia & Thailand Jadi Pilihan Ong Kim Swee

Kelab Indonesia dan Thailand dijangka bakal menjadi lawan pasukan Sabah FC sebelum melangkah ke aksi separuh akhir Piala AFC 2023. Pasukan bimbingan Dato’ Ong Kim Swee membawa reputasi hebat di Asia selepas melayakkan diri ke pusingan berikutnya. Cabaran berikutnya yang menanti The Rhinos adalah wakil Australia, Macarthur FC yang kini turut berada dalam momentum yang […]

Azim Al-Amin Kini Milik Selangor, Bakal Beraksi Buat Skuad Utama

Selangor FC bakal menerima suntikan tambahan selepas penjaga gawang berbakat, Azim Al-Amin serta empat pemain Selangor B23 telah diserap ke skuad utama bagi musim 2024/2025. Penjaga gol berusia 23 tahun ini berjaya menembusi skuad utama KL City FC selepas hampirntiga tahun sejak debutnya dengan membuat enam penampilan pada musim lalu. Selain itu, Azim juga merupakan […]

Pemilik ‘Nombor 7’ Terengganu Bakal Bertukar Tangan

Pasukan Liga Super 2023, Terengganu FC difahamkan bakal memiliki sentuhan pemain baharu yang bakal menyarung jersi nombor 7 pasukan bagi musim baharu. Menerusi satu pengumuman oleh Terengganu FC, penyerang berbisa Croatia, Ivan Mamut tidak lagi menyarung jersi nombor tersebut selepas diberikan nombor baharu bagi musim 2024/25. Hal ini susulan pemergian penyerang kelahiran Thailand, Adidak Kraisorn […]

Madame Pang Ubah Angin, Sudah Sampai Masanya Beliau Tunaikan Impian Di Malaysia?

Bekas pengurus pasukan kebangsaan Thailand, Madame Pang secara rasminya tidak akan mengekalkan posisinya sekaligus menyaksikan beliau berpotensi besar untuk menunaikan impiannya di Malaysia. Menerusi satu pengumuman di laman sosial beliau, jutawan berusia 57 tahun itu menyaksikan tempoh dua tahun setengah sebagai pengurus pasukan Thailand telah berakhir. Beliau banyak memberi impak kepada pemain Thailand termasuklah ketika […]

Nilai Pasaran Bintang Baharu Selangor Jatuh Mengejut

Nilai pasaran bintang baharu Selangor FC mengejutkan selepas turun dengan agak besar tatkala baru diumumkan sebagai pemain kelab tersebut. Pemain yang dimaksudkan itu ialah penyerang berbisa pasukan, Ronnie Fernandez yang menjadi bintang import kedua selepas pertahanan Uzbekistan, Umar Esmurodov. Pemain kelahiran Chile ini datang dengan reputasi hebat termasuklah pernah membantu negaranya dalam kempen Kelayakan Piala […]