Dua Kelab Handalan Liga Super Buru Khidmat Adik Beradik Lambert

Aksi konsisten dua tonggak KL City, Ryan dan Declan Lambert musim lalu berjaya memikat hati beberapa kelab di Liga Super. Ini selepas khabar angin yang mengaitkan dua pemain ini bakal berhijrah keluar sedang tersebar luas dalam kalangan peminat bola sepak tanah air. Menerusi ciapan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dua pasukan gergasi Liga […]

Pemain Berbakat Malaysia Dirisik Kelab Terkemuka Sepanyol

Seorang pemain muda berbakat besar Malaysia difahamkan bakal menggegar bola sepak Sepanyol tidak lama lagi. Pemain yang sebelum ini pernah berkelana di akademi luar negara itu kembali beraksi di Liga Super musim 2023 namun berdepan beberapa kekangan untuk mengekalkan konsistensi. Prestasi pasukan yang tidak menentu dan juga pelbagai masalah di luar padang menyebabkan pemain muda […]

FAM Jemput FIFA ke Malaysia

Persatuan bola sepak Malaysia (FAM) telah menghantar jemputan kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk hadir ke Malaysia pada April. Perkara ini diumumkan menerusi siaran Media Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali ke-10 bagi penggal 2021-2025. Jemputan khas FAM ini bertujuan bagi sesi pemantauan, penilaian, teknologi dan pengiktirafan berkaitan Video Assistant Referee (VAR) yang […]

Import Baharu JDT Turun Latihan Lebih Awal

Kelibat dua pemain import baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Murilo Henrique dan juga Nicolao Cardoso sudah pun turun menjalani latihan lebih awal. Skuad Harimau Selatan mengumumkan ketibaan beberapa pemain import baharu untuk memperkuat jentera pasukan bagi musim 2024/25. Pemergian beberapa bintang import seperti Diogo Luis (bersara), Leandro Velazquez dan juga Oscar Arribas membuka jalan […]

Safawi Rasid Kongsi 3 Perbezaan Liga Malaysia & Thailand

Pemain baharu Terengganu FC, Safawi Rasid mendedahkan tiga perbezaan Liga Malaysia dan Thailand. Bintang JDT itu melengkapkan perpindahan ke kelab Pantai Timur dengan tempoh pinjaman selama satu musim. Beliau datang ke Terengganu bersama seorang lagi rakan sepasukan, Akhyar Rashid untuk membantu jentera serangan skuad Peteh. Mengulas lanjut, Safawi menyatakan rasa teruja untuk kembali bekerjasama dengan […]

Akhyar Rashid Beri Sebab Setuju Sertai Terengganu

Pemain sayap lincah negara, Akhyar Rashid memberi sebab untuk bersetuju melengkapkan perpindahan ke Terengganu FC. Bintang berusia 24 tahun itu menyertai skuad Peteh sebagai pemain pinjaman selama semusim dari kelabnya iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT). Perpindahan ini juga menyaksikan beliau diiringi oleh seorang lagi rakan sepasukannya, Safawi Rasid yang juga menyertai pasukan itu secara pinjaman. […]

Faisal Halim Dikesan Beraksi Di Penang

Pemain sayap lincah Selangor FC, Faisal Halim dikesan beraksi penuh lincah dalam satu perlawanan di Penang. Pemain berusia 25 tahun itu baru sahaja selesai membantu skuad negara mengharungi kempen Piala Asia AFC 2023 di Qatar. Jaringannya ketika berdepan Korea Selatan memastikan bahawa Malaysia mengikat pasukan ke-25 dunia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3. Tatkala aksi liga […]

Terkini: Safawi Rasid & Akhyar Rashid Sertai Terengganu

Dua bintang negara, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid secara rasmi diumumkan sebagai pemain Terengganu FC. Desas-desus mengenai masa depan dua pemain ini mula diperkatakan selepas kurang mendapat minit bermain bersama kelab semasa, Johor Darul Ta’zim (JDT) susulan persaingan sengit. Masa depan bintang Harimau Malaya ini akhirnya terjawab apabila secara rasmi diumumkan sebagai pemain baharu Terengganu […]

Zamsaham Sampaikan Berita Baik Buat Kelantan FC

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham memberikan khabar baik buat peminat setia kelab. The Red Warriors melalui tempoh yang cukup sukar sejak kebelakangan ini apabila berada pada kedudukan tercorot Liga Super 2023. Pelbagai masalah turut melanda kem pasukan Pantai Timur itu yang menyaksikan hampir semua pemain utama pasukan angkat kaki. […]

Selangor Jadi Bualan Orang Eropah

Kelab Liga Super, Selangor FC mula menjadi perhatian dan bualan orang Eropah selepas satu sesi pengenalan pemain yang mengagumkan. Semuanya bermula apabila The Red Giants mengumumkan ketibaan pemain tengah berbakat, Nooa Laine yang dipinjam dari kelab Finland, SJK Seinajoki. Pemain berusia 22 tahun itu tiba ke Liga Malaysia secara pinjaman selama semusim dan berpeluang untuk […]

Seorang Pemain Liga Finland Ikut Jejak Langkah Nooa Laine

Seorang bekas pemain Liga Finland dikatakan bakal mengikut jejak langkah pemain tengah Selangor FC, Nooa Laine. Perkara ini diungkapkan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi berkenaan pemain yang menjadi buruan Negeri Sembilan. Individu yang dimaksudkan ini ialah pertahanan kelahiran Nigeria iaitu Aliyu Abubakar yang dikatakan berada dalam radar skuad Jang. Pemain berusia 27 tahun itu […]

“Ada Usaha Bawa Yazan Al-Naimat Ke Liga Malaysia” – Zulhelmi

Desas-desus mengenai usaha yang dilakukan oleh kelab Liga Malaysia untuk membawa masuk penyerang Jordan, Yazan Al-Naimat kini hangat diperkatakan. Pemain berusia 25 tahun itu menjadi tunjang utama pasukan kendalian Husein Ammouta apabila membantu Al-Nashama mara ke pentas akhir Piala Asia 2023. Peledak berbisa Al-Ahli yang bersaing di Liga Qatar itu berjaya menjaringkan 4 gol dan […]

Takahiro Kunimoto Sertai Kelab Divisyen Dua China

Bekas pemain tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Takahiro Kunimoto melengkapkan perpindahan ke kelab divisyen dua China. Pemain kelahiran Jepun itu dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua musim lalu namun gagal mencipta impak yang diharapkan. Beliau juga hanya beraksi dalam beberapa perlawanan dan sebahagian besarnya sebagai pemain gantian dan menjadi pilihan kedua di belakang pemain […]

Kiko Insa: JDT Adalah Pilihan Pertama Semua Orang, Termasuk Pemain Baru Kamu

Sebuah tangkap layar memaparkan pendedahan sebenar perbualan antara Kiko Insa dan juga ejen yang difahamkan menguruskan pemain baharu Selangor FC, Nooa Laine. Pengumuman terbaru oleh The Red Giants menyaksikan pemain kelahiran Finland itu kini menjadi milik Selangor secara pinjaman dari kelab Finland, SJK Seinajoki. Pelbagai respon yang berlegar dalam kalangan pengguna media sosial susulan khabar […]

“Saya Bangga Dapat Bawa Nama Selangor” – Nooa Laine

Pemain tengah baharu Selangor FC, Nooa Laine meluahkan rasa terujanya untuk menyarung jersi The Red Giants musim hadapan. Beliau yang diumumkan secara rasmi pada Jumaat berkata, reputasi Selangor sebagai kelab yang memiliki sejarah yang mengagumkan membuatkan beliau berasa bangga untuk menyarung jersi keramat pasukan itu. Ini membuatkan beliau tidak sabar untuk berjumpa para penyokong skuad […]

Rozaimi Rahman Kembali Berbakti Buat Sabah

Penyerang berbisa pasukan Sabah FC, Rozaimi Rahman membuat kepulangan bersama bekas pasukannya bagi saingan musim 2024/25. Pemain berusia 32 tahun itu sebelum ini hanya beraksi buat pasukan Liga M4, Machan FC namun berjaya mempamerkan aksi yang cukup memukau. Beliau berhasil meledak beberapa gol dan membawa pasukan ke tahap terbaik untuk bersaing dalam kancah liga. Sebelum […]