Sabah Terima Dana Lumayan RM1.5 Juta

Perjalanan pasukan Sabah FC berlangsung lebih baik apabila menerima suntikan dana lumayan mencecah RM1.5 Juta. Perkara ini dikongsikan oleh laman sosial Sabah FC mengenai satu lagi tajaan korporat oleh Zirbad Resources Sdn. Bhd buat The Rhinos. “Tajaan disampaikan Pengarah Urusan, Zirbad Resources Sdn.Bhd, Adham Abdul Hamid kepada Pengurus Besar Sabah FC, Md Joh Hj Wid, […]
“Jumpa Anda Jun Ini” – Kobe Chong

Pemain warisan Malaysia, Kobe Chong memberi bayangan akan tiba di Malaysia Jun ini. Tonggak berusia 25 tahun itu seringkali menjadi bualan hangat selepas beliau dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Liga Malaysia. Beliau memiliki pengalaman yang cukup luas dalam kancah bola sepak Eropah apabila pernah berada dalam skuad muda kelab Itali, Cagliari CF. Kobe Chong kini […]
Penyokong Rayu Pemilik Lepaskan Kelab

Penyokong dan bekas pemain merayu kepada Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham untuk melepaskan kelab TRW Kelantan FC kepada pihak yang lebih berkemampuan. Zamsaham membeli TRW pada tahun 2020 dengan harga RM6.8 juta. Beliau juga telah melangsaikan tunggakan gaji pemain dan jurulatih ketika itu bejumlah hampir RM3.8 juta. Zamsaham disambut seperti seorang hero ketika itu […]
Dua Aksi Pemanas Badan Menanti Harimau Malaya

Dua aksi pemanas badan menanti skuad Harimau Malaya sebelum terbang ke Bishek bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad kendalian Kim Pan-gon berdepan detik mencabar untuk mencari lawan susulan jendela FIFA yang suntuk. Menerusi satu kenyataan oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu, beliau menyatakan bahawa anak buahnya bakal bertemu kelab Liga Super sebagai aksi pemanas […]
“Saya Minta Maaf” – Azzmi Aziz

Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Azzmi Aziz tampil meluahkan kekecewaan selain memohon maaf di atas kekalahan skuad bimbingannya di tangan Selangor dalam saingan Liga Super pada Ahad. Pada aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu, empat gol di separuh masa kedua memusnahkan hajat Negeri Sembilan untuk mencipta kejutan ke atas naib juara musim […]
Liridon Krasniqi Beri Petanda Mahu Kembali Ke Kedah

Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi memberi bayangan bahawa beliau masih merindui Kedah Darul Aman. Tonggak berusia 32 tahun itu kali terakhir beraksi bersama Terengganu FC pada musim lalu sebelum membawa haluan ke Jerman dan Sepanyol. Beliau beraksi dalam Baller League, sebuah liga bola sepak baru Jerman yang mengetengahkan elemen kemahiran dan hiburan sebagai teras utama. Bekas […]
Faisal Halim Ditempatkan Di Lokasi Rahsia

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim kini dipindahkan ke lokasi rahsia. Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang memaklumkan mengenai perkhabaran ini kepada Astro Awani. Katanya, susulan isu keselamatan yang melibatkan pemain berusia 26 tahun itu dan juga keluarganya, keputusan untuk […]
Kedah Temui Penaja Utama Bernilai RM10 Juta

Pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman telah menemui penaja utama sekaligus bakal memberi nilai tambah sekitar RM10 Juta bagi musim baharu. Skuad kendalian Nafuzi Zain menerima kekangan selepas hasrat penaja utama pada awalnya telah menarik diri saat akhir ekoran masalah yang dihadapi. Keadaan ini menyebabkan pasukan masih belum memiliki jersi rasmi bagi musim baharu selepas […]
Park Jae-hong Akui Pelan Kelantan DN Tidak Berjaya

Ketua jurulatih Kelantan Darul Naim FC, Park Jae-hong akur dengan kekalahan skuad bimbingannya kepada Terengganu akibat percaturan taktikal yang tidak menjadi. Beliau yang ditemui selepas perlawanan menentang Terengganu pada Jumaat berkata bahawa skuad Penyu sememangnya lawan yang sukar ditambah pula bermain di laman mereka sendiri. Mengenai insiden sepakan penalti yang dihadiahkan oleh Video Bantuan Pengadil […]
Siaran Langsung Liga Super: Selangor vs Negeri Sembilan (Live Streaming)

Aksi Liga Super minggu ke-3 melibatkan pertemuan antara Selangor dan Negeri Sembilan menjadi tumpuan. Skuad kendalian Nidzam Jamil merakamkan kemenangan sulung 1-0 ke atas Kedah Darul Aman di Stadium MBPJ sementara Negeri Sembilan tewas aksi pembukaan. The Red Giants dalam momentum baik sungguhpun tanpa beberapa tonggak utama seperti Faisal Halim dengan jentera serangan pasukan diketuai […]
Pemain JDT Tunaikan Permintaan Hector Bidoglio

Pemain JDT menunaikan permintaan Ketua Jurulatih, Hector Bidoglio ketika aksi Liga Super menentang KL City. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Cheras, KL itu menyaksikan beberapa pertukaran berlaku dalam kesebelasan utama Harimau Selatan. JDT kelihatan menerima cabaran hebat The City Boys pada babak pertama sungguhpun berjaya meledak dua gol. Pasukan pelawat bagaimanapun bolos satu gol apabila […]
Liga Super: Sabah Pamer Kebangkitan Luar Biasa Sebelum Tewaskan Kuching City

Hasrat Kuching City FC untuk meraih kemenangan pertama Liga Super musim ini tidak menjadi kenyataan selepas tewas kepada pasukan tuan rumah, Sabah FC di Stadium Likas sebentar tadi. Kedua-dua pasukan menurunkan skuad terkuat dalam misi mencapai kemenangan dengan Sabah menurunkan dua penyerang berbisa iaitu Darren Lok dan Ramon Machado. Manakala Kuching City juga turut menggunakan […]
Hector Bidoglio: Saya Baru 50% Puas Hati Dengan Aksi JDT

Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio yakin masih banyak yang perlu ditambah baik oleh pasukannya selepas merakamkan kemenangan ketiga musim ini. Pengendali kelahiran Argentina itu berpuas hati dengan persembahan anak buahnya selepas menundukkan The City Boys dengan keputusan 5-1. Sungguhpun bolos satu gol pada babak pertama, beliau yakin dengan kualiti setiap pemain yang […]
Paulo Josue ‘Tewaskan’ Syihan Hazmi

Kapten pasukan Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue berjaya menewaskan Ahmad Syihan Hazmi kali ke-2 musim ini. Pertemuan antara KL City dan JDT di Stadium Cheras itu menyaksikan kedua-dua pasukan tidak dapat menurunkan kesebelasan terbaik pada aksi ini. Pertarungan sengit berlangsung pada 30 minit pertama permainan sebelum satu serangan balas oleh Harimau Selatan berjaya membolosi […]
Nafuzi Zain Terharu Dengan Pemain Kedah

Jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain terharu dengan sumbangan para pemainnya ketika tewas 0-2 kepada Perak FC dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman semalam. Walaupun ada berita-berita yang kurang enak didengari di luar padang, namun kesungguhan pemain Kedah dan semangat juang tinggi yang dipamerkan wajar diberikan kredit. “Apa yang pemain tunjukkan (aksi […]
Siaran Langsung Liga Super: Sabah vs Kuching City (Live Streaming)

Siaran langsung perlawanan Liga Super 2024/25 antara Sabah dan juga Kuching City mencuri tumpuan. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas itu menyaksikan ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee mahu memperbaiki kedudukan dan mengasah taring jentera serangan. Kuching City pula mula membina momentum selepas mengikat Sri Pahang dengan keputusan 2-2 tempoh hari. The Rhinos kini mengumpul […]