“Kita Tak Tahu Agenda Di Sebalik Serangan Ini” – Tunku Ismail

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menganggap bahawa agenda di sebalik serangan asid terhadap pemain Selangor FC, Faisal Halim masih menjadi tanda tanya. DYAM Tunku Ismail menzahirkan pandangannya pada sesi audio siar secara langsung bersempena Program Johor Youth Meet-up di Kompleks Sukan Educity di sini pada Ahad, 9 […]
Tunku Ismail: Takkan Orang Selangor Tak Boleh Fikir Rasional, Saya Nak Habiskan Faisal Halim Buat Apa?

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor memberi kenyataan penuh mengenai insiden simbahan asid terhadap pemain Selangor FC, Faisal Halim. DYAM Tunku Ismail memberitahu pada sesi audio siar secara langsung bersempena Program Johor Youth Meet-up di Kompleks Sukan Educity di sini pada Ahad. Katanya, Faisal merupakan seorang […]
Nilai Pasaran Pemain Lincah Selangor, Alvin Fortes Jatuh Merudum

Nilai pasaran pemain sayap lincah pasukan Selangor FC, Alvin Fortes dikesan jatuh merudum. Pamain berusia 29 tahun itu menyertai Gergasi Merah pada tahun ini untuk membantu pasukan dan membentuk gandingan bersama Ronnie Fernandez dan Reziq Bani Hani. Beliau memiliki pengalaman luas selain pernah berkenalan di Thailand selama beberapa musim bersama Nongbua dan juga Ratchaburi FC. […]
Jurulatih Hijau Kuning Timba Ilmu Berharga Di LALIGA

Barisan kejurulatih Hijau Kuning telah diberikan peluang untuk menimba pengalaman dan menuntut ilmu di LALIGA. Menerusi satu kenyataan oleh laman LALIGA, dalam usaha menjalinkan kerjasama strategik berkenaan bola sepak pada peringkat antarabangsa, pihaknya telah menerima kunjungan daripada delegasi Hijau Kuning FC (HKFC). “Delegasi berprofil tinggi dari Hijau Kuning FC (HKFC) tiba bermula 22 hingga 31 […]
Stadium Shah Alam Tak Lepas Satu Syarat Punca Belum Dirobohkan

Proses perobohan Stadium Shah Alam masih belum bermula susulan tidak memenuhi satu syarat penting yang telah ditetapkan. Perkara ini dimaklumkan oleh Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim kepada Bernama berkenaan pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang baharu belum dapat dilaksanakan lagi. Katanya, syarikat pemaju masih belum menyerahkan pelan pembangunan penuh […]
Ranking JDT Naik Lagi, Kini Muncul Kelab Ke-13 Terbaik Di Asia

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus merekodkan pencapaian membanggakan apabila kini muncul kelab ke-13 terbaik di Asia. Kemas kini terbaru oleh laman Opta Analyst menunjukkan peningkatan mendadak kedudukan Harimau Selatan berbanding kemas kini terakhir tempoh hari. Laman analisis bola sepak yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia itu menunjukkan Harimau Selatan kini mengumpul 75.3 […]
Jurulatih JDT Diiktiraf Program Kejurulatihan Real Madrid

Satu lagi pencapaian membanggakan oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila pembantu jurulatih, Ramiro Gonzalez diiktiraf program kejurulatihan Real Madrid. Menerusi perkongsian oleh laman Johor Southern Tigers, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengucapkan tahniah kepada pembantu jurulatih Ramiro Gonzalez selepas dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang oleh Real Madrid Graduate School. Hal ini selepas beliau berjaya […]
JDT Sediakan 3 Pengganti Syihan Hazmi

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) menyediakan tiga pengganti kepada Syihan Hazmi. Pasukan kendalian Hector Bidoglio memulakan musim 2024/25 dengan begitu cemerlang apabila meraih 9 mata daripada 3 perlawanan. Prestas memberangsangkan ini juga diserikan dengan 11 jaringan dan hanya bolos satu gol ketika berdepan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim. Kejayaan itu […]
Dua Pemain Kelantan Kukuhkan Nama Di Sepanyol

Dua bekas pemain TRW Kelantan FC kini mula mencipta nama apabila beraksi di Sepanyol. The Red Warriors kini menghadapi masalah dan tidak lagi dapat beraksi dalam kancah bola sepak Malaysia. Usaha untuk menyertai saingan Liga A1 Semi Pro musim 2024/25 menemui jalan buntu apabila pasukan milik Norizam Tukiman itu tidak dapat mendaftarkan sekurang-kurangnya 20 pemain. […]
“Tinggal Kenangan” – Piya

Lagenda bola sepak Kelantan, Badhri Radzi atau mesra dikenali sebagai Piya sedih dengan keadaan yang menimpa TRW Kelantan FC. Nasib kelab gergasi Pantai Timur itu terus malang selepas tidak mampu untuk bersaing dalam kancah Liga A1 Semi Pro bagi musim 2024/25. The Red Warriors gagal melengkapkan senarai minimum 20 orang pemain untuk kekal bersaing dalam […]
Nilai Bintang Baharu JDT, Chico Geraldes Jatuh Mendadak

Nilai bintang baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Chico Geraldes mengalami penurunan yang begitu mendadak. Bekas pemain Portugal B-20 itu menyertai skuad Harimau Selatan bagi musim 2023/24 dan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Leandro Velazquez. Beliau berpindah ke JDT daripada kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Baniyas FC dan beraksi dalam perlawanan ketiga Liga Super menentang […]
3 Tonggak Penting Temui Cinta Baru Selepas Tinggalkan Kedah

Tiga bekas tonggak penting Kedah Darul Aman menemui cinta baharu selepas meninggalkan pasukan akhir musim lalu. Pasukan bimbingan Nafuzi Zain mengharungi kempen cemerlang apabila menamatkan saingan di tangga ketiga Liga Super musim 2023. Permulaan musim baru bagaimanapun tidak berjalan lancar apabila hanya merakamkan satu kemenangan dan dua kekalahan di tangan Selangor dan Perak. Kehilangan beberapa […]
Kim Pan-gon Panggil Seorang Pemain Luar Negara Perkuat Malaysia

Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon telah membuat keputusan untuk memanggil seorang pemain luar negara kali ini. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu menghadapi kekangan selepas deretan kecederaan yang melanda skuad kebangsaan ketika ini. Terbaru, penjaga gol negara, Syihan Hazmi terpaksa diketepikan saat akhir susulan kecederaan sekaligus memberi kesan yang besar kepada pasukan. Kemas kini oleh Persatuan […]
Hasrat Lihat Ikhsan Fandi Beraksi Di Malaysia Tertangguh Lagi

Hasrat penyokong untuk melihat bisa peledak kelahiran Singapura, Ikhsan Fandi di Liga Malaysia tertangguh lagi. Pemain berusia 25 tahun itu berkelana di Thailand bersama BG Pathum United dan menjadi antara watak yang digeruni di sana. Pengalaman beraksi di eropah seperti bersama kelab Norway, Raufoss dan juga Jerv jelas membantu perkembangan beliau. Bapanya yang juga merupakan […]
Nilai Pasaran Arif Aiman & Akhyar Rashid Catat Jurang Besar

Nilai pasaran dua tonggak negara, Arif Aiman Hanapi dan juga Akhyar Rashid mencatat jurang yang amat besar. Arif menghadapi saat sukar apabila terlepas panggilan kebangsaan susulan kecederaan buku lali yang dialaminya baru-baru ini. Beliau tidak diturunkan dalam dua perlawanan pembukaan Liga Super menentang Negeri Sembilan dan KL City. Akhyar Rashid pula menikmati pengalaman baik di […]
Penyokong Kedah Boleh Menang Proton X50 Dengan Cara Unik

Pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman memperkenalkan kempen pembelian pakej produk minuman untuk memenangi sebuah Proton X50. Menerusi satu hantaran di laman sosialnya, Sang Kenari berusaha keras untuk menjana pendapatan tambahan bagi memastikan perjalanan musim berlangsung dengan baik. Kempen terbaru menyaksikan para penyokong setia digalakkan untuk membeli pakej produk minuman More Choco iaitu minuman coklat […]