Aksi JDT vs Lion City Sailors Berlaku Sekali Lagi

Aksi antara dua pasukan jiran, Johor Darul Ta’zim (JDT) vs Lion City Sailors berlaku sekali lagi. Skuad kendalian Hector Bidoglio dalam momentuk cemerlang terutamanya selepas menundukkan Perak dengan keputusan 5-0. Ujian pemanas badan menanti pasukan Harimau Selatan apabila bakal melayan kunjungan Lion City Sailors di Stadium Sultan Ibrahim. Perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada 16 November […]

JDT Ubati Kesedihan Hector Bidoglio

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio menganggap kemenangan besar 5-0 mengatasi Perak FC dalam saingan Liga Super tempoh hari sebagai hadiah buat dirinya yang kini di dalam kesedihan. Sebagai info, Bidoglio baru sahaja kehilangan ibu tersayang pada Ahad susulan penyakit kanser yang dihidapi ibunya itu. Pengendali dari Argentina itu juga sempat menitipkan ucapan penuh […]

Live: Siaran Langsung Undian Piala Malaysia, Waktu & Siaran TV

Undian Piala Malaysia 2024 bakal dijalankan secara langsung hari ini. 16 pasukan termasuk juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi antara pasukan yang bakal menghangatkan persaingan Piala Malaysia musim ini. Tiga pasukan dari Liga A1 Semi Pro bakal memeriahkan saingan iaitu Melaka FC, PT Antlers FCdan KL Rovers FC. Tiga pasukan ini terpilih selepas menduduki […]

Gol Paling Santai Liga Super 2024/25?

Jaringan aksi Liga Super antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) mencuri tumpuan. Skuad kendalian Hector Bidoglio beraksi cemerlang apabila menundukkan The Bos Gaurus dengan keputusan 5-0. JDT terus melebarkan kedudukan selaku pendahulu saingan Liga Super dengan 40 mata sementara Selangor di tangga kedua dengan 29 mata. Jaringan oleh penyerang berbisa skuad Harimau Selatan, Bergson […]

Sabah Pintas Ranking Al-Nasr

Jaguh Liga Super Malaysia, Sabah FC berjaya memintas kedudukan Al-Nasr dalam ranking kelab di Asia. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee berjaya menemui prestasi sebenar pasukan selepas melonjak ke kedudukan ketiga Liga Super. The Rhinos berjaya melakar empat kemenangan besar dalam empat aksi terakhir menentang Perak (4-2), Penang (4-0), Kedah Darul Aman (5-2) dan Kelantan […]

Pertembungan ‘Keras’ Feroz Baharudin & Clayton Curi Tumpuan

Perebutan bola sepak berlaku antara pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin dan juga penyerang Perak FC, Clayton Silviera. Pertahanan berusia 24 tahun itu turun dalam kesebelasan utama Harimau Selatan dan membentuk gandingan bersama Shahrul Saad pada posisi pertahanan tengah. JDT terus mendominasi saingan Liga Super apabila melakar kemenangan besar 5-0 ke atas The Bos […]

Kenyataan Terkini Kedah Darul Aman

Kelab Liga Super, Kedah Darul Aman mengeluarkan kenyataan terkini berhubung perkembangan pasukan baru-baru ini. Sang Kenari berdepan tempoh mencabar musim 2024/25 selepas beberapa masalah luar padang yang melanda pasukan. Pemilik saham majoriti KDA FC, Tan Sri Dr. Daud bin Bakar memaklumkan bahawa kelab bekerja keras untuk memastikan pasukan ke arah lebih baik. Menerusi satu kenyataan […]

Live: Perak vs JDT, Kesebelasan Utama & Siaran TV Liga Super

Aksi Liga Super tertunda minggu 9 menyaksikan pertembungan antara Perak dan juga Johor Darul Ta’ zim (JDT). Skuad kendalian Yusri Che Lah bergelut untuk mencari prestasi sebenar selepas tunduk dua daripada 5 perlawanan terakhir. The Bos Gaurus hanya merakamkan satu kemenangan dan dua seri selain menghuni tangga ke-7 Liga Super ketika ini. Momentum cemerlang buat […]

“Isteri Saya Kuat, Jadi Saya Bangkit Semula” – Syafiq Ahmad

Penyerang Kedah Darul Aman, Syafiq Ahmad mengakui isteri dan keluarga menjadi punca beliau bangkit semula. Hal ini selepas satu insiden mengerikan yang berlaku kepada diri dan keluargnya tatkala mengalami satu kemalangan ngeri kira-kira empat tahun lalu. Pemain berusia 29 tahun itu kehilangan tiga individu besar dalam hidupnya iaitu anak yang berada dalam pantang dan juga […]

Media UK Terpegun Dengan Arif Aiman

Salah sebuah media terkemuka di UK telah berbicara tentang kehandalan pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi. Pemain berusia 22 tahun itu menjadi watak utama skuad Harimau Selatan apabila menjaringkan 4 gol dalam 4 penampilan dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE). Anak didik Hector Bidoglio merakamkan kemenangan kedua pada pentas Asia dan […]

“Mungkin Ada Kambing Hitam” – Zainal Abidin

Lagenda bola sepak negara, Dato’ Zainal Abidin Hassan berpendapat bahawa berkemungkinan ada yang menjadi mangsa dalam keputusan yang diambil sesebuah kelab. Menerusi perbincangan di Nindia Bola bersama Hafizal Hamad, beliau membincangkan situasi beberapa pengendali yang telah direhatkan daripada tugasannya. Beliau memberitahu bahawa terdapat beberapa perubahan yang berlaku dalam saingan Liga Malaysia dan merasakan bahawa pasukan-pasukan […]

Jurulatih Terkemuka Asia Bakal Ke Liga Super?

Kelab Liga Super dikhabarkan memburu khidmat jurulatih terkemuka Asia bagi mengisi posisi pengendali pasukan. Aksi Liga Super memasuki minggu ke-14 dengan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) gah memimpin saingan Liga Super. JDT kini mengumpul 37 mata selepas 13 perlawanan sambil meninggalkan pasukan tangga kedua, Selangor dengan 29 mata. Beberapa khabar mewarnai saingan tempatan tatkala […]

Bergson Berbeza Pendapat Dengan Rakan Di JDT

Peminat bola sepak umumnya seakan berpihak kepada jawapan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva. Pemain berusia 33 tahun itu muncul wira ketika membantu skuad Harimau Selatan menundukkan jaguh Korea, Ulsan HD dengan keputusan 3-0. Menerusi satu video yang dimuat naik oleh laman Johor Southern Tigers, tonggak JDT ditanya mengenai posisi yang paling mudah […]

Sabah Tidak Dijual

Pasukan Sabah FC menafikan bahawa saham kelab tersebut bakal dijual. Perkara ini telah dijelaskan oleh The Rhinos mengenai kedudukan semasa pasukan berhubung isu yang tular berhubung penjualan saham kelab. Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa SAFA tidak pernah berunding dengan pihak yang mendakwa menerima tawaran penjualan saham Sabah FC. Bukan itu sahaja, Sabah juga memaklumkan […]

Selangor Tebus Kontrak Nooa Laine, Tinggalkan Kelab Finland Secara Tetap

Perancang tengah muda negara, Nooa Laine secara rasminya menjadi milik Selangor secara tetap. Tonggak berusia 22 tahun itu menyertai Gergasi Merah secara pinjaman pada awal musim 2024/25 dari kelab Finland, SJK Seinäjoki. Beliau memainkan peranan penting dan menjadi nadi posisi tengah Gergasi Merah terutamanya dalam saingan AFC Champions League Two (ACL2) sehingga membantu Selangoe mendahului […]

Jurulatih Hebat Eropah Bakal Ke Liga Super?

Jurulatih hebat dari Eropah dikaitkan menyertai salah sebuah pasukan di Liga Super. Aksi Liga Super kini memasuki minggu ke-15 dengan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus gah memimpin saingan. Nasib mencabar terjadi kepada tiga buah pasukan di Liga Super apabila mengumumkan perpisahan dengan jurulatih masing-masing. Terengganu secara rasminya berpisah dengan pengendali Croatia, Tomislav Steinbruckner […]