Ong Kim Swee Bakal Ikut Langkah Tan Cheng Hoe?

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berpotensi untuk mengikut jejak langkah Tan Cheng Hoe. Jurulatih berusia 53 tahun itu membuat keputusan untuk meninggalkan The Rhinos selepas hampir 36 bulan mengendalikan pasukan sungguhpun Sabah mengumumkan lanjutan kontraknya baru-baru ini. Teka-teki mengenai destinasi baharunya terus hangat dibincangkan oleh peminat bola sepak tanah air ketika ini. Bekas […]
Kelantan DN Dijangka Kembali Ke SSMIV Januari 2025

Kelantan Darul Naim dijangka kembali menggunakan Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV) sebagai gelanggang keramat bermula Januari 2025. Sebelum ini, SSMIV menjalani kerja-kerja naik taraf sistem perparitan dan longkang bermula sejak Ogos 2024, setelah Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan khusus untuk projek tersebut. Ini sekaligus memaksa Kelantan DN menggunakan venue di luar negeri sebagai gelanggang tuan rumah […]
Ong Kim Swee Tinggalkan Sabah Dengan Berat Hati

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee secara rasminya berpisah dengan pasukan. Jurulatih berusia 53 tahun itu mengesahkan keputusan itu diambil menerusi satu pengumuman di laman sosialnya. Beliau memaklumkan bahawa dirinya akan membawa haluan baharu selepas hampir 36 bulan membimbing The Rhinos. “Dengan rasa berat hati, saya memutuskan untuk memilih haluan berbeza dengan tidak meneruskan […]
Indra Putra Sebut Dua Pertahanan Terbaik Malaysia Ketika Ini

Lagenda bola sepak negara, Indra Putra Mahyuddin menyenaraikan dua tonggak pertahanan terbaik di Malaysia ketika ini. Pemain berusia 43 tahun itu masih meneruskan kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional bersama kelab Liga A1 Semi Pro, PT Athletic FC. Bekas tonggak TRW Kelantan itu sebelum ini pernah menyarankan agar tonggak berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif […]
Piala Malaysia: Kenyataan Terkini Sabah FC

Sabah FC mengeluarkan kenyataan terkini berhubung saingan pasukan dalam kempen Piala Malaysia 2024. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee akan menentang kelab Liga A1 Semi Pro, PT Athletic pada pusingan 16 terakhir. Aksi pusingan kedua 16 terbaik itu bagaimanapun terpaksa diadakan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada 27 November ini. Perkara ini dijelaskan oleh […]
Ujian Berganda Menanti Selangor

Selangor FC bakal meneruskan perjalanan dengan menempuhi dua ujian besar bulan November. Skuad kendalian Abdi Hassan menamatkan terakhir ketika bertemu wakil Korea, Jeonbuk Hyundai dan tewas tipis dengan keputusan 1-0. Cabaran diteruskan apabila Gergasi Merah bakal membuka langkah bagi aksi Piala Malaysia 2024 bertemu satu lagi kelab Liga Super, Sri Pahang FC. Aksi pusingan 16 […]
FAM ‘Hukum’ Tommy Mawat

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menghukum gantung perlawanan buat pertahanan Perak FC, Tommy Mawat Bada. Pemain berusia 29 tahun itu terlibat dengan insiden pergaduhan menentang tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Arif Aiman Hanapi. FAM dalam satu kenyataan menerusi Pengerusi Jawatankuasa Tatatertibnya iaitu Datuk Dr. Baljir Singh Sidhu memaklumkan bahawa kedua-dua pemain ini menerima […]
FAM ‘Gantung’ Arif Aiman Beraksi

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menjatuhkan hukuman gantung perlawanan kepada pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi. Pemain berusia 22 tahun itu terlibat dengan insiden pergaduhan bersama tonggak Perak FC, Tommy Mawat dalam aksi antara JDT menentang Perak FC. Kedua-dua pemain ini menerima hukuman daripada Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Dr. Baljit […]
Tunku Ismail: Bola Sepak Malaysia Tak Gagal, Individu Dalam Pasukan Gagal Mengurus

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor melihat bahawa bola sepak Malaysia tidak gagal sebaliknya individu yang menguruskannya. Baginda dalam satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers menyebut bahawa bola sepak Malaysia tidak boleh dianggap gagal selepas apa yang berjaya dibuktikan oleh skuad Harimau Selatan. “Kadangkala sukar untuk difahami […]
Senarai Akhir 23 Pemain Malaysia Hadapi India

Malaysia membawa 23 orang pemain bagi menghadapi pasukan ke-125 dunia, India. Skuad kendalian Pau Marti meraih tambahan +2.97 mata FIFA untuk melonjak ke tangga 129 dunia setelah menewaskan Laos. Momentum terbaik dibawa bagi menghadapi pasukan ke-125 dunia, India dalam misi untuk mengekalkan rekod bersih berdepan lawan sama tatkala berjaya mencapai kemenangan 4-2 tempoh hari. Pau […]
JDT Lepaskan Syihan Hazmi Bersebab

Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki sebab untuk melepaskan penjaga gol, Syihan Hazmi untuk kekal membantu Harimau Malaya. Skuad kendalian Pau Marti berjaya menewaskan pasukan ke-187 dunia, Laos dengan keputusan 3-1 di Stadium PAT, Thailand. Ujian berdepan India di Hyberabad diteruskan tanpa kelibat tiga tonggak JDT iaitu Arif Aiman, Matthew Davies dan juga Feroz Baharudin yang […]
JDT Berterima Kasih Kepada Harimau Malaya

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berterima kasih kepada Harimau Malaya. Skuad Harimau Malaya telah meminta agar tiga tonggak utama iaitu Arif Aiman, Feroz Baharudin dan juga Matthew Davies pulang ke kelab lebih awal daripada tugasan kebangsaan. Johor Southern Tigers merakamkan ucapan penghargaan kepada Harimau Malaya terutamanya ketua jurulatih, Pau Marti yang memberikan kelonggaran […]
Bergson Pecah Rekod Baharu Bersama JDT

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva mencatatkan rekod baharu bersama pasukan. Pemain berusia 33 tahun membantu skuad Harimau Selatan merakamkan kemenangan ke-13 Liga Super selepas menundukkan Perak dengan keputusan 5-0. Kemenangan itu membolehkan JDT terus kekal menerajui puncak liga dengan kelebihan 11 mata berbanding pasukan tangga kedua, Selangor FC. Berdasarkan kemas kini catatan […]
Hadi Fayyadh: Kalau Panggilan Itu Tak Berlaku, Saya Masih Di Jepun

Penyerang PDRM FC, Hadi Fayyadh mengakui akan kekal di Jepun sekiranya tidak menerima panggilan daripada Datuk Lim Teong Kim. Pemain berusia 24 tahun itu pulang ke Malaysia pada tahun 2023 menyertai Perak FC selepas hampir 4 tahun setengah di Jepun. Menerusi satu sesi audio siar oleh Koppa TV bersama Hanif Miswan, Syakirah Zulkifly dan juga […]
Dua Jurulatih Kelab Liga Super Rungkai Kekuatan Sebenar Sabah

Dua jurulatih dari pasukan Liga Super mengesan kekuatan sebenar yang dimiliki oleh Sabah. Sabah kini berada di momentum terbaik setelah merekodkan kemenangan bersih dalam 4 perlawanan terakhir dengan kali terakhir The Rhinos tewas ketika menentang PDRM pada 21 September lalu. Sejak kekalahan itu, anak didik Datuk Ong Kim Swee bangkit melakar satu demi satu kemenangan […]
Pemain Ke-4 Tinggalkan Kedah

Pemain ke-4 dilaporkan bakal meninggalkan pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman FC. Skuad kendalian Nafuzi Zain berdepan pelbagai rintangan susulan masalah luar padang yang melanda. Situasi tidak menentu ini menyaksikan Sang Kenari tidak dapat mengharungi musim 2024/25 dan diakui oleh pengendali pasukan sebelum ini. Pada jendela perpindahan kedua Liga Super Ogos lalu, tiga pemain telah […]