10 Aksi Pra-Musim Liga Malaysia Bakal Disiarkan Di Astro Arena

Penyokong bola sepak negara yang dambakan aksi Liga Malaysia (Liga M) bakal bergembira selepas ini. Ini selepas Astro Arena mengumumkan bakal membuat liputan untuk 10 aksi pra-musim Liga M dari 22 April sehingga 5 Mei ini. Liputan aksi pra-musim pasukan-pasukan Liga M dilihat mampu menjana minat penyokong menjelang musim baru liga yang akan bermula pada […]
Ini Senarai Pemenang ABK23 Liga Malaysia

Anugerah yang dinantikan ramai peminat bola sepak iaitu Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2023 (ABK23) berlangsung semalam. ABK 2023 diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada pemain, jurulatih, pasukan, pegawai dan penyokong sepanjang tahun 2023. ABK 2023 menyaksikan 16 kategori dipertandingkan dengan dua kategori baru diperkenalkan iaitu Pemain Terbaik Piala MFL dan Penjaring Terbanyak Piala MFL. Seramai 398 […]
FIFA ‘Perhatikan’ Kelab Liga Malaysia

Isu tunggakan gaji yang melanda beberapa kelab Liga Malaysia (Liga M) sejak beberapa tahun lalu telah mengundang perhatian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu sidang media yang diadakan baru-baru ini. Hamidin menyifatkan isu ini sebagai satu penyakit yang perlu […]
MFL Tegas Hapus Masalah Gaji Berlarutan Di Liga Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam melihat tindakan tegas badan induk itu sebagai cara menghapuskan isu tunggakan gaji dalam Liga Malaysia (Liga M). Isu tunggakan gaji bukan sekali kedengaran dalam saingan Liga M. Saban tahun, ada saja pasukan yang menjadi bualan ramai kerana isu tersebut. Meskipun beberapa pasukan kemudiannya […]
Allee Putra Mula Latihan Pertama Di Sepanyol

Pemain muda kelahiran Kelantan, Allee Putra Azril muncul pada sesi latihan pertama di Sepanyol bersama kelab Malaga City. Sesi latihan tersebut menyaksikan skuad senior Malaga City diketuai oleh beberapa jurulatih profesional daripada pasukan gergasi England, Tottenham Hotspurs. Alle Putra Azil bakal membuat penampilan bersama skuad senior Malaga City dalam divisyen keempat Tercera League. Selepas enam […]
Nidzam Jamil: Tahun Ini Adalah Tahun Yang Mencabar

Ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil mengakui tahun ini merupakan musim yang mencabar. Selangor FC baru sahaja mengumumkan pelantikan Nizdam Jamil sebagai ketua baharu Jurulatih Selangor menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Tan Cheng Hoe yang kini sudah bersama Police Tero. Jurulatih berusia 43 tahun ini mahu setiap pihak memberi sokongan penuh kepada pasukan untul hadapi musim […]
Dua Bekas Penyerang Liga Malaysia Kekal Berbisa Di Asean

Meskipun tidak lagi beraksi di Liga Malaysia (Liga M), nama David da Silva dan Willian Lira masih diingati ramai peminat bola sepak negara. Ini kerana dua penyerang Brazil itu menyerlah bersama kelab masing-masing di Liga 1 Indonesia dan Thai League 1. Da Silva yang kini beraksi untuk Persib Bandung menjadi penjaring terbanyak Liga 1 Indonesia […]
Manuel Ott Kembali Ke Pangkuan Terengganu?

Pemain tengah kelahiran Filipina, Manuel Ott kini dilaporkan bakal kembali bersama pasukan dari pantai timur, Terengganu. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang menyatakan Manuel Ott menjadi rebutan kelab Liga Super selepas beliau difahamkan akan menamatkan kontraknya bersama Kedah. Khabar angin ini menjadi tanda tanya apabila pemain tengah berusia 31 tahun […]
Tchetche Kipre & Aidil Sharin Kembali Bersatu di Kuching City

Perpindahan penyerang Ivory Coast, Tchetche Kipre menyaksikan beliau kembali bersatu bersama bekas jurulatihnya di Kedah, Aidil Sharin. Perkara ini dikongsikan dilaman media rasmi pasukan Kuching City yang mengumumkan ketibaan pemain import terbaru bagi musim ini. Kedua-duanya saling mengenali ketika Tchetche Kipre menyertai Kedah pada 2020 dan pada waktu itu Aidil Shahrin sebagai ketua jurulatih Kedah […]
JDT Buru Penjaga Gol Berprofil Tinggi

Pasukan gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini dilaporkan sedang memburu penjaga gol yang berprofil tinggi. Menurut kenyataan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Johor Darul Ta’zim (JDT), Alistair Edwards, menyatakan Harimau Selatan ketika ini dalam perbincangan untuk menandatangani penjaga gol baharu. “Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menandatangani Azam Azmi, Manuel Hidalgo, Declan Lambert […]
Diogo Luis Santo Dedah Perbezaan Liga Malaysia & Thailand

Bekas penyerang import Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Diogo Luis Santo mengakui wujud perbezaan antara Liga Malaysia (Liga M) dengan saingan liga Thailand. Sebelum ini, timbul perdebatan dalam kalangan penyokong bola sepak negara berkenaan kedudukan terkini Liga Super mengikut laman sesawang TeamForm.com. Mengikut maklumat laman sesawang tersebut, Liga Super berada di kedudukan ke-39 berbanding […]
Yazan Al-Arab Simpan Niat Kembali Beraksi Di Liga Super Malaysia

Bekas pemain pertahanan Selangor, Yazan Al-Arab memasang niat untuk kembali semula beraksi di Liga Super Malaysia suatu hari nanti. Pemain kebangsaan Jordan itu sebelum ini telah digantung seumur hidup daripada beraksi di Liga Malaysia selepas insiden beliau yang menyepak pengadil perlawanan. Memetik laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Yazan Al Arab akui terkejut […]
12 Pemain Tinggalkan Terengganu

Selepas berjaya layak ke final Piala Malaysia 2023, Terengganu FC mula membuat rombakan bagi membina skuad yang lebih mantap pada musim hadapan. Atas sebab itu, pengurusan skuad Peteh mengumumkan 12 orang pemain tidak akan bersama mereka untuk musim 2024-2025. 12 pemain ini ialah Adib Zainuddin, Azarul Nazarith, Rahmat Makasuf, Habib Haroon, Liridon Krasniqi, Jordan Mintah, […]
Media Colombia Kongsi Tawaran Kelab Malaysia Buat Sherman Cardenas

Selepas Liga Malaysia (Liga M) musim 2023 berakhir, spekulasi perpindahan mula mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air. Terbaru, seorang lagi pemain import dilaporkan bakal mewarnai saingan Liga M musim depan iaitu Sherman Cardenas. Nama Cardenas timbul selepas wartawan sukan Colombia, Miler Yovan mendedahkan khidmat pemain tengah menyerang berusia 34 tahun itu menarik minat kelab […]
“Masih Ada Peluang Osmar Barba Ke Liga Malaysia” – Zulhelmi

Arena bola sepak Malaysia kini hangat dengan spekulasi perpindahan pemain termasuk pemain import. Terbaru, portal Korea Selatan, Sports Chosun melaporkan bekas bek tengah FC Seoul, Osmar Barba bakal beralih angin ke Malaysia dengan menyertai Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Bek tengah berusia 35 tahun itu dikatakan sudah memilih Sang Kenari sebagai pasukan barunya selepas […]
Tchetche Kipre Ingin Kekal Meledak Di Liga Malaysia

Selepas meninggalkan KL City FC, Tchetche Kipre berharap dapat terus memperaga bakat sebagai penyerang dalam saingan Liga Malaysia (Liga M). Hasrat ini diluahkan Kipre bila ditemubual wartawan Astro Arena, Fatin Ruzeiman untuk Nadi Arena hari ini. Penyerang yang kini berusia 36 tahun itu melihat kekal di Liga M sebagai pilihan logik dengan mengambil kira faktor […]