PSM & MFL Jalin Kerjasama, Jadi Stadium Rasmi Liga Malaysia

Liga Malaysia (Liga M) terus mendapat suntikan penaja apabila menerima tajaan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sebagai stadium rasmi liga berkenaan. Kerjasama ini diumumkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan PSM dalam satu kenyataan di laman sesawang rasmi badan pengendali liga itu. Kerjasama ini dimeterai membabitkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Giorgio Pompili Rossi dan CEO […]

Giorgio Rossi Kongsi Pelan Jangka Panjang Liga Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Giorgio Rossi berkongsi pelan jangka panjang untuk saingan Liga Malaysia (Liga M). Perkongsian ini dibuat tatkala beberapa kelab Liga M berdepan masalah kewangan yang serius. Antara isu yang timbul sejak musim 2024/25 bermula ialah isu tunggakan gaji. Isu tunggakan gaji bukan saja mendorong sesetengah pemain untuk berhijrah […]

Bekas Penggempur PJ City Kembali Rancakkan Liga Malaysia?

Bekas penyerang PJ City FC, Washington Brandao bakal kembali mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25. Sebelum ini, penyerang Brazil berusia 34 tahun itu pernah mewakili PJ City dalam Liga Super dari 2019 hingga 2020. Tempoh itu menyaksikan Brandao meledakkan lapan gol daripada 22 perlawanan liga. Ini termasuk jaringan kemenangan ke atas juara liga […]

Jendela Perpindahan Kedua Liga Malaysia Telah Dibuka

MFL

Tempoh yang dinantikan pasukan-pasukan Liga Malaysia (Liga M) akhirnya tiba pada Isnin. 26 Ogos menyaksikan tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) dibuka sehingga 22 September ini. Tempoh ini menyaksikan pasukan-pasukan berpeluang menambah baik kualiti pasukan masing-masing sebelum mengharungi separuh kedua musim 2024/25. Beberapa pasukan sudah mengumumkan penambahan pemain baru untuk didaftarkan semasa tempoh ini. […]

Tonggak Sri Pahang, Kuvondik Ruziev Bakal Ikut Jejak Ramon Machado

Selepas Ramon Machado, bintang import Sri Pahang FC, Kuvondik Ruziev bakal meninggalkan saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25. Sebelum ini, Sabah dengan berat hati terpaksa melepaskan Machado selepas penyerang berusia 33 tahun itu meminta kontraknya ditamatkan secara persetujuan bersama. Selepas berpuas hati dengan sebab-sebab yang dinyatakan, Sabah mengumumkan penamatan kontrak penyerang Brazil itu. Machado […]

Bekas Tonggak JDT Dedah Perbezaan Tahap Liga Malaysia & Indonesia

Bekas pemain tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Levy Madinda melihat ada perbezaan antara Liga 1 Indonesia dengan Liga Malaysia (Liga M). Ini berdasarkan pengalamannya beraksi untuk Sabah FC, JDT, Negeri Sembilan FC dan juara Liga 1 musim 2023/24, Persib Bandung. Meskipun kedua-dua negara merupakan negara serumpun, Madinda melihat kedua-dua liga berbeza dari segi […]

FAM Pastikan Operasi VAR Selaras Protokol FIFA

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ S. Sivasundaram memaklumkan operasi sistem bantuan video pengadil (VAR) mengikut protokol Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Kritikan terhadap sistem VAR timbul susulan beberapa keputusan kontroversi yang dibuat sistem itu dalam beberapa perlawanan Liga Super. Ini termasuk kontroversi gol pemain tengah Selangor FC, Yohandry Orozco yang dibatalkan VAR […]

MFL Cadang Tambah VAR Di Liga Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam mendedahkan mahu menambah unit sistem bantuan video pengadil (VAR) untuk Liga Malaysia (Liga M). Ketika ini, Liga M memiliki empat unit VAR untuk setiap perlawanan liga. Walau bagaimanapun, dua aksi pembukaan liga tidak dapat menggunakan VAR kerana masalah teknikal. Atas sebab itu, Stuart […]

Aksi Liga Malaysia Bakal Disiarkan Secara Langsung Di RTM

Peminat bola sepak negara menerima berita gembira kerana aksi Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25 bakal disiarkan secara langsung di RTM. Perkara ini dikongsikan oleh RTM menerusi satu kenyataan yang disiarkan di Berita RTM semalam. RTM bakal menyiarkan 61 perlawanan Liga Malaysia iaitu 52 perlawanan Liga Super termasuk Piala Sumbangsih, lapan perlawanan Piala FA dan […]

Safee Sali: Saya Harap Ini Tidak Mengganggu Perjalanan Liga

Bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali berharap insiden malang yang menimpa Akhyar Rashid dan Faisal Halim tidak mengganggu perjalanan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Arena bola sepak Malaysia dikejutkan dengan insiden malang yang menimpa dua tonggak utama Harimau Malaya itu. Insiden pertama menyaksikan Akhyar menjadi mangsa jenayah samun berhampiran kediamannya di Tanjung, Terengganu baru-baru […]

“Insiden Faisal Halim & Akhyar Rashid Tak Jejas Imej Liga Malaysia” – Stuart Ramalingam

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam memaklumkan insiden membabitkan Faisal Halim dan Akhyar Rashid tidak menjejaskan imej Liga Malaysia (Liga M). Selepas insiden Akhyar disamun dan dicederakan dengan cota baru-baru ini, arena bola sepak negara dikejutkan pula dengan insiden Faisal disimbah asid oleh individu yang tak dikenali semalam. Susulan itu, […]

6 Tonggak Import Ketuai Cabaran Sri Pahang

Sri Pahang FC sah akan menggunakan enam pemain import untuk kempen Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25. Sebelum ini, Sri Pahang dilaporkan bakal menggunakan pemain import ketujuh. Ini selepas pasukan dari Pantai Timur itu dikaitkan dengan perpindahan penjaga gol Lion City Sailors, Izwan Mahbud atau seorang penjaga gol Uzbekistan. Khabar angin perpindahan ini timbul selepas […]

6 Pemain Import Galas Cabaran KL City

KL City FC bakal memanfaatkan tenaga enam pemain import untuk kempen Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25. Perkara ini dinyatakan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi dalam segmen redONE Mobile Keluar Masuk di Nadi Arena semalam. The City Boys memilih mengekalkan tiga tonggak import musim 2023 iaitu Sebastian Avanzini, Patrick Reichelt dan Giancarlo Gallifuoco. Pasukan […]

Penggunaan VAR Di Liga Malaysia Diluluskan FIFA

Liga Malaysia (Liga M) bakal menggunakan sistem video bantuan pengadil (VAR) bermula pada musim 2024/25. Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan penggunaan sistem berkenaan telah mendapat kelulusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 29 April lalu. Menurut Timbalan Presiden FAM, Dato’ S. Sivasundaram, pengiktirafan ini dilihat satu kebanggaan buat Malaysia. Ini kerana Malaysia […]

Liga Malaysia Bakal Laksanakan FFP Bagi Musim 2024

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan bahawa Peraturan Fair Play Kewangan (Financial Fair Play/FFP) akan dilaksanakan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) 2024/25. FFP diperkenalkan bagi membantu kelab-kelab Liga M untuk lebih berhemah dalam berbelanja dan mengelakkan kelab-kelab daripada ditimpa masalah kewangan. Kisah beberapa kelab Liga M dibelenggu masalah kewangan termasuk isu tunggakan gaji bukan satu […]

Penggunaan VAR Cecah RM6 Juta, MFL Fokus Tingkatkan Kualiti Liga Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam mendedahkan kos penggunaan sistem bantuan video pengadil (VAR) mencecah RM6 juta. Perkara ini dinyatakan beliau kepada media selepas sesi simulasi VAR kepada pemegang taruh berkepentingan iaitu media, pegawai pasukan, jurulatih dan pakar bola sepak di Stadium UiTM semalam. Ini sebagai persediaan kepada perlaksanaan sistem […]