Liga A1: PIB Shah Alam Pastikan BR Damansara Tewas Buat Kali Pertama

PIB Shah Alam kembali meraih kemenangan dalam saingan Liga A1 Semi Pro selepas cemerlang mengejutkan tuan rumah, Bunga Raya Damansara FC di Stadium UITM Shah Alam pada Ahad. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terbaik dengan Bunga Raya menurunkan R. Kogileswaran dan Sunil Chandran sebagai pemain penting mereka manakala PIB pula menurunkan penyerang berpengalaman, Ferris Danial. Perlawanan […]

Liga A1: Bukit Tambun Pamer Bisa Tundukkan Machan

Bukit Tambun berjaya meraih tiga mata berharga setelah menundukkan cabaran Machan di Stadium Negeri Pulau Pinang. Bukit Tambun turun dengan misi untuk bangkit dalam aksi ini setelah tewas kepada Malaysian University dengan jaringan 2-0 sebelum ini. Machan pula mahu mengekalkan momentum kemenangan yang diperoleh setelah menewaskan PIB Shah Alam dalam aksi minggu lalu. Bukit Tambun […]

Bajet Bukit Tambun RM3.5 Juta Musim 2024/25

Bukit Tambun FC menerima suntikan kewangan yang lumayan bagi menghadapi saingan Liga A1 Semi-Pro musim 2024/25. Kelab yang berpangkalan di Pulau Pinang itu kini dimiliki oleh ahli perniagaan, Datuk Razalif Mohamad Zain. Razalif turut mempunyai rancangan untuk menukar nama Bukit Tambun kepada Brotherkita FC. Atas sebab itu, beliau sentiasa berhubung dengan pengelola liga, Liga Bola […]

Liga A1: 5 Gol Manjung City Pastikan Harini FT Pulang Hampa

Manjung City mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya menewaskan Harini FT dengan jaringan besar 5-2 untuk meraih tiga mata penting liga. Manjung City turun dengan formasi 4-4-2 yang dipimpin oleh Faizzwan Dorahim selaku kapten pasukan bagi aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung. Praviin pula mengetuai pasukan Harini FT yang masih mencari kemenangan pertama dalam […]

Liga A1: Siaran Perlawanan Minggu 9, Waktu, Lokasi & Siaran TV

Kemeriahan Liga A1 Semi Pro kini memasuki minggu ke-9 yang menyaksikan semua pasukan cuba meraih mata semaksimum mungkin bagi terus bersaing dalam kancah liga. Juara bertahan, Imigresen FC masih kekal di tangga pertama liga dengan mengumpul 20 mata hasil 8 perlawanan manakala Melaka FC mengekori rapat di tangga kedua dengan 16 mata hasil 7 perlawanan. […]

Liga A1: Imigresen Masih Kebal Tak Terlawan

Juara Liga A1 Semi-Pro musim 2023, Imigresen FC terus membuktikan mengapa mereka pasukan pilihan untuk musim 2024/25. Selepas lapan perlawanan, Imigresen menjadi antara dua pasukan yang masih belum tewas dalam liga. Satu lagi pasukan yang masih kebal ialah Bunga Raya Damansara FC (BR Damansara). Selain mengekalkan rekod tanpa kalah dalam liga, Imigresen juga berjaya merekodkan […]

Bukit Tambun Intai Penyerang Import

Pengendali Bukit Tambun FC, Jacob Joseph mengakui pasukan itu bakal membawa masuk dua penyerang import baharu untuk saingan Liga A1 Semi-Pro. Saingan liga menyaksikan Bukit Tambun bergelut mendapatkan gol tanpa kelibat penyerang tulen mengetuai jentera serangan. Malah, Aizat Safuan Razali yang diberi tugas mengetuai bahagian serangan bukanlah penyerang tulen kerana beliau merupakan pemain di bahagian […]

Presiden Machan Elak Silap Langkah, Belanja Ikut Kemampuan Pasukan

Presiden Machan FC, Azizi Fauzi mengambil pendekatan berbelanja secara berhemah demi kebaikan jangka panjang pasukan itu. Permulaan musim 2024/25 Liga A1 Semi-Pro menyaksikan kelab itu merekodkan empat kekalahan berturut-turut dalam liga. Ini menyebabkan Machan kemudiannya merehatkan jurulatih, S. Balachandran. Sesetengah penyokong meminta Machan agar melakukan perubahan drastik untuk mengembalikan kecemerlangan pasukan itu. Meskipun memahami kehendak […]

Liga A1: Malaysian University Garang Tewaskan Bukit Tambun

Malaysian University FT (MUFT) terus merapatkan jurang dengan kelompok enam pasukan teratas liga apabila menewaskan Bukit Tambun FC dalam aksi terbaru Liga A1 Semi-Pro. Bukit Tambun mengharapkan aura perubahan membabitkan pasukan itu menjadi pendorong untuk mengatasi Malaysian University. Manakala anak buah Ridzuan Abu Shah mahu kembali mengecapi kemenangan selepas diikat 2-2 oleh KL Rovers FC. […]

Melaka Sasar Kejar Tangga Teratas Liga A1

Kelab Liga A1 Semi-Pro, Melaka FC masih yakin dapat mengejar kedudukan pendahulu liga yang dihuni Imigresen FC ketika ini. Keyakinan ini dilaungkan pengendali pasukan itu, K. Devan selepas perlawanan terbaru liga dengan PT Athletic FC pada 2 Ogos lalu. Melaka berharap dapat menghambat Imigresen dengan meraih satu lagi kemenangan ke atas anak buah Nazrulerwan Makmor. […]

Liga A1: BR Damansara Berpesta Gol Atasi UITM United

Bunga Raya Damansara (BR Damansara) mempamerkan taring sebenar dalam saingan Liga A1 Semi Pro apabila berjaya menewaskan UiTM United dalam aksi di Stadium UITM Shah Alam. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat bagi mencapai kemenangan selepas kedua-duanya gagal mencatatkan kemenangan pada aksi sebelum ini. BR Damansara memulakan perlawanan dengan garang selepas seawal minit pertama perlawanan mereka […]

Liga A1: KL Rovers ‘Rantai’ Imigresen

Impian juara Liga A1 Semi Pro musim 2023, Imigresen FC untuk melebarkan kemenangan terbantut apabila sekadar seri dengan wakil Lembah Klang, KL Rovers FC dalam aksi terbaru liga. Imigresen mahu melebarkan rekod kemenangan selepas menewaskan Bukit Tambun FC 2-1. Sementara KL Rovers pula mahu kembali meraih kemenangan selepas diikat 2-2 oleh Malaysian University FT (MUFT). […]

Gol Lipat Isa Raman Bantu Gombak, Gegar Liga A1

Nama penyerang Gombak FC, Isa Raman menjadi sebutan dalam aksi Liga A1 Semi Pro minggu ketujuh baru-baru ini. Selepas meninggalkan Terengganu FC II, khidmat penyerang berusia 23 tahun itu dirisik beberapa kelab Liga Super. Namun begitu, Isa memilih Gombak untuk meneruskan karier permainannya. Meskipun kerap diturunkan sebagai pemain gantian, beliau sentiasa memberikan yang terbaik buat […]

Nazrulerwan Makmor: Nurshamil Guna Peluang Depan Mata

Pengendali PT Athletic FC, Nazrulerwan Makmor melihat kebijaksanaan bahagian serangan membolehkan pasukan itu meraih tiga mata penuh. Aksi terbaru Liga A1 Semi Pro menemukan PT Athletic dengan pasukan yang menduduki tangga kedua liga, Melaka FC. Meskipun beraksi sebagai tuan rumah, Melaka disifatkan pasukan pilihan bukan saja kerana masih belum kalah dalam liga. Malah, pasukan itu […]

Liga A1: Machan Menang Kali Ke-2, Atasi PIB Shah Alam Penuh Gaya

Aksi Liga A1 Semi Pro minggu 8 menyaksikan Machan FC meraih kemenangan kedua selepas menundukkan PIB Shah Alam. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri, Sarawak itu menyaksikan kedua-dua pasukan rancak mengatur gerak bermula awal permainan. PIB Shah Alam berjaya memperoleh jaringan pertama menerusi tandukan cantik Idris Ahmad pada minit ke-11 hasil hantaran cantik dari sepakan […]

Liga A1: Melaka Kempunan, PT Athletic Cipta Kejutan

Aksi Liga A1 Semi Pro menyaksikan PT Athletic berjaya melakar kejutan untuk menundukkan Melaka FC. Aksi yang berlangsung di Stadium Mini Majlis Perbandaran Sepang itu menyaksikan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan pada 15 minit pertama. Percaturan Ketua Jurulatih, Nazrulerwan Makmor untuk meletakkan trio serangan Amri Yahyah, Adam Azeez dan Nurshamil Ghani memberi sinar awal. Detik […]