Machan Ucap Selamat Tinggal Kepada Liga A1 Semi Pro

Wakil Borneo, Machan FC sah mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga A1 Semi Pro. Pengumuman penarikan diri ini dibuat oleh Presiden Machan FC, Azizi Fauzi menerusi satu hantaran di Facebook rasmi pasukan disebabkan oleh kekangan dana yang dihadapi kelab dari Sarawak itu. “Oleh kerana kekangan dana yang dihadapi oleh Kelab Machan FC disamping kos penerbangan […]

7 Pemain Masa Depan Malaysia Sertai Machan

Machan FC terus memperkukuh pasukan dengan membawa masuk tujuh pemain muda daripada pasukan Sarawak yang beraksi di SUKMA 2024. Pengumuman ini dibuat pengurusan pasukan itu selepas selesai mengadakan sesi pemilihan pemain secara tertutup di Kompleks Sukan Kanowit pada 24 dan 25 Ogos lalu. “Pada 24 dan 25 Ogos lalu, satu pemilihan tertutup diadakan di Kompleks […]

Liga A1: PT Athletic Tundukkan Malaysian University

PT Athletic FC kembali merampas tampuk pendahulu Liga A1 Semi-Pro apabila menewaskan Malaysian University FT (MUFT) di Stadium MMU, Cyberjaya. PT Athletic yang dibimbing Nazrulerwan Makmor perlu meraih kemenangan jika ingin memintas Melaka FC sebagai pendahulu liga. Ini selepas keputusan seri 1-1 mereka dengan KL Rovers FC membantu pasukan itu kembali ke persada liga. Manakala […]

Liga A1: Melaka ‘Rantai’ KL Rovers, Kembali Ke Puncak Liga

Melaka FC kembali merampas takhta pendahulu Liga A1 Semi-Pro meskipun sekadar seri 1-1 dengan KL Rovers FC dalam aksi tertunda liga. Perlawanan ini sudah berlangsung pada 25 Ogos lalu di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. Walau bagaimanapun, aksi terpaksa ditangguhkan pada minit ke-24 oleh pengadil, Mohd Ridhwan Abd Rahman. Ini disebabkan cuaca hujan lebat […]

Liga A1: Aksi KL Rovers & Melaka ‘Tergantung’

Aksi terbaru Liga A1 Semi-Pro antara KL Rovers FC dan Melaka FC pada Ahad terpaksa ditangguhkan. Melaka berharap dapat merampas kembali takhta liga daripada PT Athletic FC sekiranya meraih kemenangan. Manakala KL Rovers pula mahu merapatkan jurang dengan Melaka dan Imigresen FC kepada satu mata. Pemenang Kasut Emas musim 2023, Abdul Azim Rahim mengetuai jentera […]

Liga A1: PT Athletic Ungguli Carta Liga, Jinakkan PIB Shah Alam

Aksi saingan Liga A1 Semi Pro hari ini menyaksikan PT Athletic mudah menewaskan PIB Shah Alam untuk ungguli carta Liga. Putrajaya Athletic turun dengan prestasi terbaik selepas mencatatkan 6 perlawanan berturut tanpa kalah sementara PIB Shah Alam kembali di landasan kemenangan dalam perlawanan sebelum ini menentang Bunga Raya.  Separuh masa pertama tiada jaringan yang dapat […]

Liga A1: Machan Curi Satu Mata Armed Forces

Armed Forces FC kempunan meraih kemenangan ketiga dalam saingan Liga A1 Semi-Pro apabila sekadar seri dengan wakil Sarawak, Machan FC di Stadium MINDEF. Machan mahu kembali bangkit selepas tewas dua aksi sebelumnya termasuk kepada Gombak FC. Manakala Armed Forces pula memburu kemenangan ketiga liga di gelanggang sendiri. Separuh masa pertama menyaksikan Armed Forces berusaha meraih […]

Machan Terima Tajaan 5 Angka

Kelab Liga A1 Semi-Pro, Machan FC menerima suntikan semangat apabila mendapat tajaan lima angka daripada dua entiti korporat. Entiti tersebut ialah OBYU dan Bina Puri Sdn Bhd. Nilai tajaan yang diterima pasukan yang berpangkalan di Sarawak itu bernilai RM17,000, Pengurusan Machan menyifatkan tajaan daripada dua syarikat berkenaan cukup bermakna. Ini kerana ini akan membantu perjuangan […]

BR Damansara Umum Kolaborasi Bersama FTWL

Kelab Liga A1-Semi Pro, Bunga Raya Damansara (BR Damansara) mengorak langkah tersendiri dengan menjalin kerjasama dengan jenama ‘streetwear’ tempatan, For Those Who Love (FTWL). Jalinan kerjasama ini merupakan sebahagian daripada usaha pengurusan pasukan yang berpangkalan di Damansara itu untuk membawa norma berbeza sebagai sebuah kelab bola sepak. Kolaborasi bersama FTWL disifatkan satu langkah berani buat […]

Liga A1: Kapten Machan Pengsan Ketika Bertemu Gombak

Satu kejadian tak diingini berlaku kepada kapten pasukan, Machan, Arif Azizan yang dilaporkan pengsan setelah aksi Liga A1 Semi Pro bertemu Gombak Ahad lalu. Dalam aksi yang berlangsung di Stadium MP Selayang itu, Gombak terlebih dahulu di hadapan seawal minit ke-24 menerusi gol Isa Raman untuk meletakkan tuan rumah mendahului sehingga rehat. Lima minit setelah […]

Liga A1: BR Damansara Kecundang Lagi, Kali Ini Kepada KL Rovers

KL Rovers FC kembali merampas tempat keempat Liga A1 Semi-Pro daripada PIB Shah Alam FC apabila menewaskan Bunga Raya Damansara (BR Damansara) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. BR Damansara berharap dapat bangkit semula selepas tewas kepada PIB Shah Alam pada 11 Ogos lalu. Manakala KL Rovers mahu mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan […]

Liga A1: Bukit Tambun Belasah Manjung City Tanpa Belas Kasihan

Aksi saingan Liga A1 Semi Pro malam ini menyaksikan Bukit Tambun membelasah Manjung City dengan jaringan 4-1.  Bukit Tambun turun sebagai pasukan tuan rumah mahu mendapatkan tiga mata berharga untuk menjarakkan lagi kedudukan Liga.  Sementara Manjung City ketika ini, misi yang sama mengejar rapat kedudukan Bukit Tambun di carta Liga. Separuh masa pertama berakhir dengan […]

Liga A1: Imigresen Diikat 10 Pemain Armed Forces

Rekod tanpa kalah juara Liga A1 Semi-Pro 2023, Imigresen FC terus terpelihara meskipun diikat Armed Forces 1-1 di Stadium UKM, Bangi. Selepas Melaka meraih kemenangan ke atas Malaysian University FT (MUFT) pada 16 Ogos lalu, Imigresen perlu meraih tiga mata ke atas pelawat jika ingin kembali menerajui liga. Manakala Armed Forces pula mahu kembali menampilkan […]

Liga A1: Melaka Berhempas Pulas Tumpaskan Malaysian University

Minggu ke-10 saingan Liga A1 Semi Pro menyaksikan Melaka menumbangkan Malaysian University (MUFT) di laman sendiri pada Jumaat. Kedua-dua pasukan kini berada di prestasi terbaik setelah masing-masing mencatatkan kemenangan dalam aksi terdahulu menentang YPM dan Armed Forces. Melaka mengharapkan pengalaman yang dimiliki oleh Nasir Basharudin bagi memimpin pasukan manakala MUFT diketuai oleh Saiful Iskandar untuk […]

Liga A1: Persaingan Rebut Kelompok 4 Terbaik Makin Sengit

Selepas minggu hari perlawanan kesembilan, saingan Liga A1 Semi-Pro menyaksikan persaingan semakin sengit untuk memburu kedudukan empat pasukan teratas liga. Dengan pendahulu liga, Imigresen FC dan KL Rovers tidak beraksi pada minggu berkenaan, ini memberi peluang kepada kelompok pengejar diketuai Melaka FC untuk merapatkan jurang mata. Tiga pasukan berjaya merapatkan jurang ialah Melaka, PT Athletic […]

Liga A1: Malaysian University Lonjak Dua Anak Tangga, Tumpaskan Armed Forces

Aksi minggu ke-9 Liga A1 Semi Pro menyaksikan Armed Forces tumbang di tangan pasukan Malaysian University di laman sendiri. Armed Forces yang mencatat kemenangan ke atas Harini FT minggu lalu turun dengan momentum untuk menyekat pasukan di tangga ke-7 liga, Malaysian University. Malaysian University menampilkan barisan terkuat dengan Ashraf Fadhil diberi amanah mengemudi benteng terakhir […]