Barisan Akhir 25 Pemain Harimau Malaya Lawan Kyrgyzstan & Chinese Taipei Buka Mata Peminat

Barisan akhir 25 orang pemain Harimau Malaya yang dibawa bagi menggalas cabaran berdepan Kyrgyzstan dan Chinese Taipei telah membuka mata peminat. Skuad bimbingan Kim Pan-gon kini dalam misi besar untuk memungut mata penuh bagi menyalakan harapan untuk mara ke pusingan ketiga. Pasukan negara berdepan tiga misi serentak dengan kemenangan menjadi buruan sementara pungutan mata penting […]
Haqimi Azim Sedia Ketuai Serangan Harimau Malaya

Penyerang muda KL City FC, Haqimi Azim Rosli bersedia menggalas tanggungjawab mengetuai jentera serangan Harimau Malaya. Skuad senior negara dilanda masalah kecederaan menjelang baki dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada bulan ini. Ini sekaligus menyebabkan ramai pemain negara terutama di bahagian serangan terpaksa disisihkan. Antara nama-nama yang digugurkan oleh jurulatih, Kim Pan-gon akibat kecederaan […]
Senarai 16 Lokasi Tayangan Skrin Besar Aksi Malaysia & Kyrgyzstan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan menyediakan tayangan skrin besar di 16 lokasi agar penyokong dapat menonton perlawanan Kyrgyzstan dan Malaysia pada 6 Jun ini. Tayangan di skrin besar ini merupakan antara inisiatif kerajaan untuk menggalakkan sokongan orang ramai kepada Harimau Malaya. Skuad negara yang dibimbing Kim Pan-gon […]
Media Asean Ramal Peluang Malaysia Layak Tinggal 35%

Salah sebuah media di Asean meramalkan bahawa peluang untuk Malaysia layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 adalah sekitar 35 peratus. Harimau Malaya memiliki peluang terakhir untuk mencipta sejarah layak ke pusingan berikutnya namun memilih jalan sukar. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon merekodkan dua kemenangan dan dua kekalahan sekaligus mengumpul 6 mata daripada 4 perlawanan. […]
Asmawi Bakiri: Persiapan Malaysia Kali Ini Cukup Berbeza

Bekas pemain kebangsaan negara, Asmawi Bakiri berpendapat persiapan skuad Malaysia untuk aksi kelayakan Piala Dunia kali ini cukup berbeza berbanding sebelumnya. Beberapa pemain Harimau Malaya kini ditimpa masalah kecederaan sekaligus memaksa ketua jurulatih Kim Pan-gon melakukan perubahan dalam senarai pemilihan pemain. Syafiq Ahmad, Darren Lok, Faisal Halim, Arif Aiman, Romel Morales, Azam Azmi serta Syihan […]
Senarai Kecederaan Pemain Harimau Malaya Makin Meningkat

Senarai kecederaan pemain Harimau Malaya meningkat menjelang sepak mula Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon diperkuat dengan kehadiran beberapa muka baharu tatkala tunjang utama pasukan mengalami kecederaan. Senarai 26 orang pemain awal menyaksikan ketiadaan 4 tonggak utama iaitu Arif Aiman, Faisal Halim, Romel Morales dan juga Azam Azmi Murad ekoran kecederaan. […]
Kyrgyzstan Hadapi Malaysia Tanpa Tekanan

Kyrgyzstan tidak perlu merasai tekanan berdepan Malaysia dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 yang dijadualkan pada 6 Jun di Stadium Spartak. Menurut bekas pemain bola sepak kebangsaan, Asmawi Bakiri, Kyrgyzstan tidak merasai tekanan kerana hanya keputusan seri yang diperlukan mereka untuk mara ke pusingan kelayakan seterusnya. Kyrgyzstan kini mengumpul 9 mata dengan 3 mata berkelebihan […]
Kyrgyzstan Alami Detik Suka Dalam Duka Hadapi Malaysia

Lawan Malaysia bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026, Kyrgyzstan berada dalam detik suka sebelum bertemu skuad negara. Pasukan kendalian Kim Pan-gon dalam misi besar untuk melonjakkan kedudukan ranking negara selepas turun 8 tangga apabila tewas kepada Oman. Harimau Malaya bagaimanapun perlu berdepan dengan lawan yang memiliki rekod kebal di laman sendiri tatkala Malaysia tiada pilihan […]
5 Negara Tolak Peluang Bertemu Harimau Malaya

5 negara difahamkan menolak peluang untuk bertemu Harimau Malaya bagi aksi persahabatan menjelang sepak mula Kelayakan Piala Dunia 2026. Perkara ini dijelaskan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman mengenai usaha berterusan yang dilakukan untuk mencari lawan bagi skuad kebangsaan. Katanya, FAM berusaha sedaya upaya untuk mencari lawan bagi persiapan […]
Kyrgyzstan Buat Rombakan Skuad Bertemu Malaysia

Menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Malaysia pada 6 Jun ini, Kyrgyzstan telah membuat rombakan dengan membawa masuk beberapa pemain muda. Rombakan ini merupakan sebahagian daripada aspirasi jangka panjang jurulatih The White Falcons, Stefan Tarkovic untuk membentuk generasi baru pasukan itu. Antara pemain muda yang dipilih Tarkovic untuk skuad kali ini ialah Adilet Kanyebekov, […]
Perak Jadi Medan Ujian Harimau Malaya & Kim Pan-gon

Kelab Liga Super, Perak FC bakal menjadi pasukan yang menguji keserasian barisan pemain Harimau Malaya. Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan skuad negara bakal mengharungi satu aksi pemanas badan dengan sebuah kelab Liga Super. Ini bertujuan mempersiapkan Harimau Malaya sebelum pasukan itu berangkat ke Bishkek, Kyrgyzstan untuk aksi […]
Kim Pan-gon Sebut Pengganti Posisi Arif Aiman & Faisal Halim

Malaysia bakal turun dengan misi besar apabila Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon optimis dengan kemampuan pemain yang dipanggil kali ini. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu telah menyenaraikan 26 orang pemain bagi menghadapi dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. Mengulas lanjut, beliau ketika ditemui di Wisma FAM hari ini […]
Prestasi Kyrgyzstan Merisaukan Sebelum Bertemu Malaysia

Prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan kebangsaan Kyrgyzstan amat merisaukan sebelum bertemu Malaysia. Aksi kelima Kelayakan Piala Dunia 2026 itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon mahu bangkit daripada kedukaan selepas tunduk di tangan Oman dua kali. Harimau Malaya bagaimanapun terpaksa berdepan lawan yang kini dalam kemuncak prestasi selepas merekodkan dua kemenangan dalam aksi terakhir. Anak didik […]
“Kita Kena Lawan, Kenapa Nak Serah Diri Pula?”

Malaysia bakal memperagakan aksi terbaik dan semangat melawan tinggi bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Perkara ini ditegaskan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika ditemui media tatkala meninjau perkembangan pemain negara, Faisal Halim. Beliau menzahirkan rasa optimis untuk terus melihat kebangkitan Harimau Malaya susulan dua kekalahan kepada pasukan ke-77 […]
Posisi Kim Pan-gon Tidak Tergugat

Kedudukan jurulatih skuad senior Malaysia, Kim Pan-gon tidak tergugat meskipun skuad negara gagal melepasi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026. Malaysia berdepan kesukaran untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Ini selepas Harimau Malaya tewas dua kali kepada Oman dalam dua aksi kelayakan pada Mac lalu. Dua kekalahan itu membuka ruang kepada Kyrgyzstan […]
Pertembungan Malaysia & Kuwait Terpaksa Dilupakan

Persiapan Malaysia sedikit terganggu apabila perlawanan persahabatan berdepan Kuwait tidak dapat dilangsungkan sebelum aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Malaysia sedang merangka persiapan terbaik dalam misi memburu kemenangan ketiga apabila dijadualkan menentang Kyrgyzstan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 bulan hadapan. Skuad bimbingan Kim Pan-gon sudah pastinya mahu bangkit setelah mengalami dua kekalahan berturut-turut kepada Oman […]