Maksim Lisitsyn Dilantik Jurulatih Baharu Kyrgyzstan

Meskipun berjaya layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026, Kyrgyzstan pantas membuat perubahan pada struktur kejurulatihan mereka. Kesatuan Bola Sepak Kyrgyzstan (KFU) memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak Stefan Tarkovic dan membawa masuk Maksim Lisitsyn sebagai jurulatih baharu. Perubahan ini diumumkan badan induk bola sepak Kyrgyzstan itu menerusi satu kenyataan di platform media sosial rasmi […]

Kyrgyzstan Ikat Oman, Iringi Langkah Ke Pusingan Ketiga

Jaringan di awal babak pertama memastikan impian Kyrgyzstan untuk layak ke peringkat seterusnya menjadi kenyataan setelah mengikat Oman dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Oman yang sudah menempah tiket terlebih dahulu turun di laman sendiri untuk aksi terakhir menentang Kyrgyzstan yang memerlukan keputusan positif bagi mengesahkan tempat setelah kejayaan skuad negara meraih tiga mata. Kedua-dua […]

Oman Pasang Cita-Cita Besar Jadi Juara Kumpulan D

Ketua pasukan Oman, Mohammed Al-Musalami pasang cita-cita besar mahu menjadi juara peringkat kumpulan D bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. Pemain berusia 34 tahun itu menyatakan bahawa perlawanan menentang Kyrgyzstan adalah mustahak. Beliau juga tidak mahu rakan sepasukannya memandang remeh tentang kemampuan pasukan lawan. Misi utama Oman adalah untuk menang dah mengesahkan kelayakan […]

Matthew Davies Rekod Penampilan Ke-50 Bersama Harimau Malaya

Perlawanan menentang Kyrgyzstan semalam merupakan satu perlawanan istimewa buat pemain pertahanan Harimau Malaya, Matthew Davies. Ini kerana perlawanan itu merupakan penampilan ke-50 beliau di pentas antarabangsa sejak merekodkan penampilan pertama pada September 2015. Jurulatih Harimau Malaya pada ketika itu, Datuk Ong Kim Swee memberi peluang kepada Davies untuk merekodkan penampilan pertama menentang Arab Saudi pada […]

Dion Cools: Malaysia Wajib Tewaskan Chinese Taipei

Kapten pasukan Harimau Malaya, Dion Cools sedar Malaysia tiada jalan lain selain menewaskan Chinese Taipei untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya kelayakan Piala Dunia 2026. Hasil jaringan Gulzhigit Alykulov buat Kyrgyzstan dan juga gol sendiri Odilzhon menyaksikan Malaysia terikat seri 1-1 menentang Kyrgyzstan. Malaysia ketika ini menghuni tangga ketiga dengan mengumpul 7 mata manakala Kyrgyzstan […]

Shahrom Kalam Puji Ketenangan Safwan Mazlan

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Shahrom Kalam memuji ketenangan yang dipamerkan Safwan Mazlan semasa menentang Kyrgyzstan semalam. Pemain pertahanan Terengganu FC itu merupakan sebahagian daripada enam pertukaran yang dibuat Kim Pan-gon untuk perlawanan itu. Meskipun ini merupakan penampilan pertamanya bersama skuad senior Malaysia, Safwan dilihat tidak kekok bila bergandingan dengan Dominic Tan dan Matthew Davies di […]

Kim Pan-gon Laung Amaran “Malaysia Boleh Jaringkan Lebih 8 Gol Di Bukit Jalil”

Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menyeru segala kudrat dan keyakinan untuk Harimau Malaya ‘mengamuk’ di Stadium Nasional Bukit Jalil berdepan Chinese Taipei. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu mencipta kejaiban apabila berjaya mengikat pasukan ke-100 dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 1-1 di Bishkek. Beliau memberitahu bahawa para pemainnya memperagakan aksi terbaik untuk berjuang tanpa beberapa tonggak utama. […]

Malaysia Imbangi Kekuatan Kyrgyzstan

Aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek hari ini membabitkan pertembungan antara pasukan Kyrgyzstan dan Malaysia.  Malaysia dibawah kendalian Kim Pan-gon tampil dengan beberapa muka baharu seperti Azri Ghani, Safwan Mazlan dan Nooa Laine apabila tiga pemain muda ini diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan.  Seawal minit ke-21 permainan, Malaysia mula memberi amaran […]

Siaran Langsung Kelayakan Piala Dunia 2026: Kyrgyzstan vs Malaysia (Live Streaming)

Malaysia bakal mengharungi aksi kelima kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan malam ini. Skuad kendalian Kim Pan-gon membawa motivasi terbaik selepas berjaya menundukkan pasukan ke-100 dunia itu dengan keputusan 4-3 di Bukit Jalil. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu optimis dengan kemampuan pemain yang dipanggil kali ini untuk mencipta kejutan ke atas anak didik Stefan […]

3 Perkara Penyokong Perlu Tahu Tentang Aksi Malaysia & Kyrgyzstan

3 perkara yang bakal menjadi tumpuan penyokong menjelang aksi sepak mula antara Malaysia dan Kyrgyzstan. Skuad kendalian Kim Pan-gon dalam misi tersendiri untuk melakar kemenangan ketiga peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2026. Beraksi di laman lawan, Harimau Malaya berpeluang merekodkan kemenangan kedua berdepan wakil Asia Tengah itu tatkala menundukkan lawan dengan keputusan 4-3 di Bukit […]

Harimau Malaya Waspada Ancaman Ernist Batyrkanov

Menjelang aksi menentang Kyrgyzstan pada malam ini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melihat Ernist Batyrkanov sebagai ancaman yang perlu diawasi barisan pertahanan Harimau Malaya. Nama penyerang berusia 26 tahun itu bukan asing dalam kalangan peminat bola sepak negara. Ini kerana Batyrkanov pernah mewakili Kelantan United FC (kini Kelantan Darul Naim FC (KDN FC)) pada […]

Jurulatih Kyrgyzstan Ramal Nasib Lawan Malaysia Sejak 8 Bulan Lalu

Jurulatih Kyrgyzstan, Stefan Tarkovic sudah meramalkan laluan sukar berdepan Malaysia bakal diharungi sejak 8 bulan yang lalu. Beliau ketika ditemui pada sesi pra-perlawanan memberitahu bahawa persiapan pasukannya berjalan lancar sebelum bertemu Harimau Malaya. Kelebihan beraksi di laman sendiri mahu dimanfaatkan sepenuhnya sungguhpun terdapat beberapa perubahan dalam skuad yang dipanggil kali ini. Tarkovic mahu membina skuad […]

Rekod Hebat Kim Pan-gon Sepanjang 865 Hari Jadi Jurulatih Malaysia

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah mengharungi 865 hari bersama skuad kebangsaan dengan cukup cemerlang. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu telah melalui detik yang cukup penting bersama skuad negara dan memberi impak yang cukup besar kepada pasukan. Beliau berjaya membantu untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA Malaysia dan kini berjaya menembusi kelompok 130 terbaik dunia. […]

Dion Cools: Misi Hidup Mati Buat Harimau Malaya

Pemain pertahanan Malaysia, Dion Cools mengakui perlawanan menentang Kyrgyzstan esok sebagai misi hidup mati buat skuad negara. Perlawanan kelima Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026 itu bukan saja bakal menentukan sama ada Malaysia layak ke pusingan ketiga kelayakan atau tidak. Malah, ini akan membantu skuad negara mara lebih awal secara merit ke Piala Asia 2027 […]

Ranking FIFA: Kedudukan Terkini & Jumlah Mata Sekiranya Malaysia Atasi Kyrgyzstan

Ranking FIFA Malaysia: Harimau Malaya berpeluang untuk memperbaiki kedudukan terkini menerusi jumlah mata penting sekiranya menewaskan Kyrgyzstan. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon kini dalam misi besar di Bishkek untuk berdepan pasukan ke-100 dunia itu setelah merekodkan kemenangan 4-3 di Bukit Jalil. Malaysia mahu menebus kehampaan apabila tewas dua perlawanan menentang pasukan ke-77 dunia, Oman dengan keputusan […]

Safee Sali Cadang Guna Taktikal Bertahan Lawan Kyrgyzstan

Bekas penyerang negara, Safee Sali mencadangkan Harimau Malaya menerapkan taktikal bertahan bagi aksi bertemu Kyrgyzstan pada 6 Jun nanti. Ini berikutan masalah kecederaan yang melanda beberapa pemain serangan dan ketiadaan penjaga gol utama negara, Syihan Hazmi untuk dua aksi Malaysia menentang Kyrygzstan dan Chinese Taipei. Baki dua perlawanan ini penting buat skuad Harimau Malaya yang […]