Liga Perancis Dijangka Tukar Nama Ke Ligue 1 McDonald’s

Liga utama Perancis, Ligue 1 dijangka akan menukar nama ke Ligue 1 McDonald’s setelah bakal menerima penaja baharu. Ketika ini liga tersebut dikenali sebagai Ligue 1 Uber Eats sejak awal musim 2020/21 setelah Uber Eats bersetuju menaja liga tersebut sebanyak RM80 juta setahun. Namun pihak Uber Eats dijangka tidak akan meneruskan kerjasama mereka pada musim […]
PSG Pilih Musa Al-Taamari Ganti Kylian Mbappe

Jaguh Ligue 1, Paris Saint Germain (PSG) memantau rapi perjalanan pemain sayap Jordan, Musa Al-Tamari sebagai pengganti terbaik kepada Kylian Mbappe. Pemain berusia 26 tahun itu mempamerkan persembahan cemerlang pada kejohanan Piala Asia AFC 2023 untuk membantu Jordan muncul selaku naib juara. Kudrat pemain sayap Montpellier itu bagaimanapun telah membuka mata beberapa kelab ternama Eropah […]
Ini Butiran Terperinci Perpindahan Kylian Mbappe Ke Real Madrid

Bintang Paris-Saint Germain (PSG) Kylian Mbappe dilihat semakin hampir untuk berpindah ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid. Dan hari ini, wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano mendedahkan butiran terkini perpindahan tersebut. Sebagai permulaan, sebarang khabar angin yang mengaitkan Mbappe dengan perpindahan ke kelab lain seperti Liverpool dan Arsenal sebagai tidak benar. Ini kerana menurut Romano, bekas […]
Kylian Mbappe Mahu Sertai Sukan Olimpik Paris 2024

Penyerang sensasi, Kylian Mbappe mendedahkan hasrat mahu menyertai Sukan Olimpik Paris 2024. Walaupun Mbappe sudah berusia 26 tahun, pemain ini masih berkesempatan memperkuatkan pasukan Perancis dalam sukan Olimpik berdasarkan slot 3 pemain berusia 23 tahun ke atas. Malah jurulatih bawah 23 tahun Perancis, Thierry Henry terbuka jika Mbappe mahu membantu skuad Perancis dalam saingan Sukan […]
Kylian Mbappe Anggap Messi Tidak Dihormati Di Perancis

Bintang Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe baru-baru ini telah bercerita tentang bekas rakan sepasukannya, Lionel Messi yang dikatakan tidak mendapat penghormatan secukupnya ketika di Perancis. Mbappe berkata bahawa Messi perlu mendapat penghormatan yang lebih di Perancis berdasarkan apa yang telah dicapai kapten Argentina itu. “Messi seharusnya mendapat penghormatan dan sebenarnya di Perancis, beliau tidak […]
Kylian Mbappe Pentingkan PSG Berbanding Kelab Lain

Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe mahu memberi keutamaan kepada kelabnya berbanding tawaran daripada kelab lain menjelang pintu perpindahan yang bakal dibuka. Laporan daripada laman X Transfer News Live menjelaskan bahawa penyerang berusia 25 tahun itu tidak mahu meninggalkan kelabnya itu pada jendela perpindahan Januari ini. Kontrak Mbappe bersama juara Ligue 1 itu bakal tamat […]
Kylian Mbappe Selangkah Ke Real Madrid

Bintang Perancis dan Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe kini semakin menghampiri pintu keluar dari PSG dan berhijrah ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid. Berita perpindahan Mbappe ke Real Madrid sememangnya sudah lama kedengaran sejak beberapa musim yang lalu namun hingga kini ianya masih belum menjadi kenyataan. Terkini, laporan di eropah telah mendedahkan bahawa Real […]
Liverpool Berminat Pinjam Kylian Mbappe

Liverpool dikhabarkan sedang berhubung dengan PSG bagi membincangkan satu perpindahan secara pinjaman melibatkan bintang piala dunia Perancis, Kylian Mbappe. Kylian Mbappe ketika ini sedang diburu Real Madrid dan Al-Hilal selepas PSG mengumumkan bersedia untuk menjual pemain Perancis tersebut ekoran keengganan Mbappe memperbaharui kontrak bersama PSG. Rundingan Al-Hilal ditolak Mbappe kerana keinginan beliau ingin bermain untuk […]
Al-Hilal Tawarkan RM3.5 Bilion Bawa Kylian Mbappe Hangatkan Bola Sepak Asia

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal menawarkan gaji rekod dunia €700 juta (RM3.5 bilion) setahun kepada bintang utama PSG, Kylian Mbappe untuk berpindah ke kelab berkenaan. Selain gaji rekod dunia berkenaan, PSG juga telah menerima yuran perpindahan rekod dunia berjumlah €300 juta (RM1.5 bilion) yang difailkan Blue Waves hari ini. Bagaimanapun, menurut wartawan sukan terkenal Fabrizio […]
PSG Sedia Lelong Kylian Mbappe Ke Al-Hilal

Kelab gergasi Perancis, PSG bersedia menjual pemain bintang mereka, Kylian Mbappe kepada kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal. RMC Sport mendedahkan tindakan drastik itu akan dibuat sekiranya Mbappe gagal memperbaharui kontrak dengan PSG sebelum tarikh akhir 31 Julai ini. Dengan bekas pemain AS Monaco itu dilihat tiada minat memperbaharui kontrak, kelab Saudi Pro League itu bersedia […]
Kylian Mbappe Persoal Tindakan PSG Gunakan Wajahnya

Kecoh di laman media sosial semalam apabila Kylian Mbappe membidas tindakan kelabnya sendiri, Paris Saint-Germain. Ini selepas PSG menggunakan dirinya sebagai bahan promosi untuk menjual tiket bermusim kelab untuk musim hadapan. Akhbar Daily Mail melaporkan Mbappe bukan saja berang dengan tindakan Les Parisiens menggunakan imej beliau sepenuhnya untuk promosi berkenaan. Malah, beliau merasa hairan mengapa […]
Kylian Mbappe: Ini Sahaja Kemampuan PSG

Awal pagi tadi, Paris Saint-Germain sekali lagi kecewa apabila tersingkir dari Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas ditewaskan Bayern Munich dengan keputusan agregat 3-0. Dan ini membuatkan penyerang berbisa Perancis, Kylian Mbappe berpandangan mungkin setakat ini saja kemampuan PSG. PSG yang tampil tanpa beberapa tonggak termasuk Neymar dan Marquinhos akibat kecederaan tampak lesu sepanjang perlawanan. Malah, […]
“Oh Itu Mbappe” – TMJ

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memberi penjelasan mengenai isu pemain yang mewakili pasukan kebangsaan ketika ini. Baginda disebut pada satu hantaran oleh salah seorang peminat mengenai kepulangan pemain bintang pasukan Perancis, Kylian Mbappe ke latihan kelabnya hari ini. Dalam hantaran tersebut, Mbappe yang baru sahaja […]
Misteri Kehilangan Mbappe Dari Kem Latihan Perancis Akhirnya Terjawab

Penyerang berbisa Perancis, Kylian Mbappe telah mencetuskan keresahan dalam bilik persalinan pasukan apabila dilaporkan tidak menyertai latihan Selasa lalu. Pemain berusia 23 tahun ini difahamkan baru sahaja pulih daripada kecederaan buku lali uang dialaminya sebelum kejohanan Piala Dunia bermula. Malah, beliau segera memberi impak seperti yang dijangkakan apabila meledak 5 gol dalam 4 penampilan di […]
Mbappe Pecah Rekod Piala Dunia Pele

Semalam Perancis layak ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2022 selepas mengalahkan Poland 3-1 menerusi dua gol Kylian Mbappe. Dengan dua gol itu juga, penyerang PSG itu telah memecahkan rekod pemain termuda menjaringkan gol Piala Dunia yang dipegang oleh legenda Brazil, Pele. Selain itu, bekas penyerang AS Monaco itu turut menyamai rekod Lionel Messi dengan […]
Kylian Mbappe Enggan Promosi Arak Di Piala Dunia

Selepas tamat perlawanan Piala Dunia 2022, lumrah bagi pemain terbaik perlawanan (MOTM) diberi anugerah MOTM yang ditaja oleh Budweiser. Tetapi bagi bintang PSG Kylian Mbappe, beliau sengaja tidak menunjukkan nama jenama arak itu pada trofi setiap kali mengambil gambar MOTM dengan terbaru selepas perlawanan Kumpulan D menentang Denmark. Bagi pemain-pemain lain dari Gareth Bale hingga […]