Itali Aibkan Perancis Di Laman Sendiri

Itali cemerlang menewaskan Perancis 3-1 untuk meraih tiga mata pertama dalam perlawanan pertama saingan Liga Negara-Negara UEFA. Kylian Mbappe mengetuai jentera serangan Perancis bersama-sama Antoine Griezmann dan Michael Olise. Itali pula menurunkan barisan pemain hebat seperti Sandro Tonali, Davide Frattesi, Ricardo Calafiori dan Alessandro Bastoni. Pemain muda berusia 22 tahun, Bradley Barcola pantas membuka tirai […]
Kylian Mbappe Tuntut RM267 Juta Dari PSG

Bintang Perancis, Kylian Mbappe membuat tuntutan tunggakan RM267 Juta dari bekas kelabnya, Paris Saint German (PSG). Memetik laporan Le Monde, Mbappe dengan tegas membawa tuntutan ini kepada Suruhanjaya Undang-Undang (LFP) serta badan UEFA, melalui Persekutuan Bola Sepak Perancis. Jumlah yang dituntut itu adalah daripada bonus tandatangan dan gaji terakhir dalam tiga bulan sebelum beliau berpindah […]
Kylian Mbappe Wira Real Madrid, Cipta 3 Rekod Baru

Bintang Perancis, Kylian Mbappe mencipta tiga rekod tersendiri apabila membantu Real Madrid menewaskan Atalanta dalam aksi Piala Super UEFA awal pagi ini. Mbappe diberi kepercayaan oleh pengendali Los Blancos, Carlo Ancelotti untuk mengetuai jentera serangan pasukan itu. Sementara Rodrygo dan Vinicius Junior pula beraksi di bahagian sayap. Meskipun ini perlawanan pertama rasminya sebgaai pemain Real […]
Senarai Gaji Termahal La Liga, Kylian Mbappe Di Tangga Ke-3

Kylian Mbappe menjadi nama terbaru yang menyinari saingan La Liga musim 2024/25. Meskipun begitu, beliau bukan penerima gaji termahal dalam liga utama Sepanyol itu. Mbappe sah menyertai Real Madrid apabila diperkenalkan kepada 80,000 penyokong di Bernabeu pada 16 Julai lalu. Penyerang Perancis berusia 25 tahun itu menyertai Los Blancos dengan kontrak sehingga 2009. Meskipun bakal […]
“Posisi Mbappe? Saya Cari Tempat Dia Nanti” – Carlo Ancelotti

Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti memberi jaminan beliau akan mencari posisi sesuai buat kapten Perancis, Kylian Mbappe. Mbappe sebelum ini melengkapkan perpindahan percuma ke Bernabeu selepas memilih tidak memperbaharui kontrak bersama Paris Saint-Germain. Walau bagaimanapun, kehadiran penyerang berusia 25 tahun itu dijangka menyukarkan pengendali Itali itu membuat pilihan dari segi jentera serangan. Ini kerana Los […]
Real Madrid Perkenalkan Kylian Mbappe Secara Rasmi

Kapten Perancis, Kylian Mbappe diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain baru kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid. Sebelum ini, penyerang berusia 25 tahun itu menyertai Los Blancos selepas memilih untuk tidak memperbaharui kontrak dengan kelab lamanya, Paris Saint-Germain. Ini membuka ruang kepada Real Madrid untuk mendapatkannya menerusi perpindahan percuma. Sepanjang bersama PSG, Mbappe menjadi penjaring terbanyak sepanjang […]
Kylian Mbappe Rancang Ambil Alih Kelab Perancis

Bintang baru Real Madrid, Kylian Mbappe merancang untuk mengambil alih kelab Ligue 2, Stade Malherbe Caen. Portal berita Perancis, Ouest-France melaporkan minat itu timbul selepas pemegang saham majoriti Les Vikings dari Amerika Syarikat, Oaktree Capital Management mahu menarik diri. Meskipun Oaktree tidak menyatakan sebab di sebalik keputusan itu, ini mungkin berkait dengan hakikat firma itu […]
Real Madrid Raih Habuan RM4 Juta Kerana Kylian Mbappe

Fenomena Kylian Mbappe sememangnya luar biasa untuk membantu Real Madrid menjana pendapatan bersih yang lumayan kurang dari 24 jam. Mbappe melengkapkan perpindahan dari Paris St Germain ke Real Madrid pada awal Jun lalu secara percuma setelah hampir 6 tahun menyarung jersi kelab gergasi Perancis itu sejak musim 2018/2019. Keputusan Real Madrid untuk menandatangani Mbappe ternyata […]
Euro 2024: Gol Sendiri Austria Penyelamat Maruah Perancis

Perancis mengutip kemenangan pertama dalam kempen Euro 2024 apabila berjaya menewaskan Austria. Didier Deschamps menagih bisa Kylian Mbappe, Antoine Griezmann, Kolo Muani serta Marcus Thuram dalam menggempur gawang gol pasukan Austria. Austria yang dipimpin oleh Ralf Rangnick menagih bisa pemain seperti Konrad Laimer, Marcel Sabitzer, Max Wober serta C. Baumgartner untuk aksi pertama Euro 2024. […]
Mbappe Patah Hidung

Penyerang Perancis, Kylian Mbappe mengalami kecederaan patah hidung dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan D menentang Austria bagi aksi saingan Euro 2024 pagi tadi. Perkara ini telah disahkan oleh jurulatih Perancis, Didier Deschamp sejurus selepas tamat perlawanan. Insiden yang dialami oleh Kylian Mbappe itu ketika aksi separuh masa kedua pada minit ke-86 dimana beliau berlaga bahu […]
Komen Cristiano Ronaldo Tentang Perpindahan Kylian Mbappe Ke Real Madrid

Lagenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo memberi komen tentang perpindahan bintang Perancis, Kylian Mbappe yang secara rasminya menyertai Real Madrid. Saga perpindahan pemain Paris Saint Germain (PSG) itu telah hangat diperkatakan sejak beberapa tahun yang lalu. Spekulasi tersebut akhirnya tamat apabila pemain berusia 25 tahun itu secara rasminya melengkapkan perpindahan ke Santiago Bernabeu. Perpindahan ini […]
Kylian Mbappe Sah Sertai Real Madrid Secara Percuma

Bintang sensasi PSG, Kylian Mbappe menepati ramalan ramai apabila sah menyertai pasukan Real Madrid secara percuma. Mbappe sebelum ini telah mengumumkan dirinya tidak akan memperbaharui kontrak bersama kelab gergasi PSG dan akan berpindah keluar setelah tamat musim 2023/2024. Wartawan sukan yang merupakan sumber paling dipercayai ramai, Fabrizio Romano akhirnya berkongsikan berita perpindahan Kylian Mbappe ke […]
Presiden PSG Bengang Kylian Mbappe Tak Reti Ucap Terima Kasih

Presiden kelab Paris Saint Germain (PSG), Nasser Al-Khelaïfi bengang dengan tindakan pemain bintangnya, Kylian Mbappe yang tidak reti mengucapkan terima kasih. Menerusi laporan Le Perisien, berlakunya pergaduhan antara dua sosok penting pasukan itu menjelang pertemuan Ligue 1 menentang Toulouse. Situasi tegang antara Mbappe dan Khelaifi akhirnya tidak dapat dibendung lagi apabila pemilik itu difahamkan telah […]
PSG Pantas Temui Pengganti Kylian Mbappe

Kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) pantas menemui pengganti Kylian Mbappe yang sah meninggalkan pasukan pada akhir musim ini. Pemain sayap kiri itu mahu mencari cabaran baru dan memberi bayangan akan beraksi di luar liga Perancis apabila turut mendedahkan beliau berat hati ingin meninggalkan negara tersebut. PSG tanpa melengahkan masa telah pantas mengenal pasti pengganti […]
Kylian Mbappe Dedah Punca Tinggalkan PSG

Pemain sensasi Perancis, Kylian Mbappe telah mendedahkan punca beliau meninggalkan PSG pada akhir musim ini. Jodoh Mbappe bersama PSG akhirnya tiba ke penghujung apabila kontrak beliau bakal tamat akhir musim ini dan Mbappe memilih untuk tidak menyambung kontrak bersama PSG. Kylian Mbappe telah memuat naik satu video ucapan perpisahan penuh emosi di laman media sosial […]
Kylian Mbappe Diminta Ke Arab Saudi, Bukan Real Madrid

Berita perpindahan bintang Perancis, Kylian Mbappe kini mula hangat diperkatakan apabila digesa untuk melupakan hajatnya untuk menyertai gergasi La Liga, Real Madrid. Gosip pemain PSG ini sudah lama menjadi topik perbincangan setiap kali pintu perpindahan dibuka apabila sering kali dikaitkan dengan kelab gergasi Eropah seperti Real Madrid. Walau bagaimanapun, lagenda Perancis, Marcel Desailly mempunyai pandangan […]