Aksi Luqman Hakim Hanya Bertahan 9 Minit

Persembahan yang ditampilkan oleh pemain bintang sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin hanya bertahan selama 9 minit. Pemain berusia 20 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan bawah 21 tahun KV Kortrijk ketika menentang KV Oostende bawah 21 tahun. Luqman dilihat sudah mula mendapat kepercayaan oleh barisan kejurulatihan apabila lebih kerap tampil beraksi sejak kebelakangan ini. […]

Kelantan Sedia Bawa Pulang Luqman Hakim

Kelantan sedia memberi peluang kedua buat pemain muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin untuk kembali mewarnai kancah bola sepak Malaysia. Menerusi temubual bersama para penyokong, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham sedia membuka jalan buat pemain KV Kortrijk itu seandainya beliau mahu bermain di sini. Katanya, Kelantan bakal memperkuatkan pasukan menjelang saingan Liga Super […]

Luqman Hakim Ke Liga Perancis?

Penyerang muda sensasi Kv Kortrijk, Luqman Hakim Samsuddin dikhabarkan mungkin akan dipinjamkan ke kelab lain untuk mendapatkan minit permainan. Pemain berusia 22 tahun itu sudah memasuki tahun ketiganya bersama kelab Belgium tersebut namun masih lagi mengalami kesukaran untuk menembusi kesebelasan utama pasukan. Beliau juga lebih banyak diturunkan dalam perlawanan pasukan muda di kelab itu kelihatah […]

Luahan Hati Penyokong KV Kortrijk Tentang Impak Luar Biasa Luqman Hakim Bersama Malaysia

Penyokong pasukan KV Kortrijk memberikan sokongan padu kepada pemain muda mereka, Luqman Hakim Shamsudin yang sedang menikmati persembahan terbaik bersama Malaysia ketika ini. Pemain berusia 20 tahun ini menjadi watak penting pasukan tatkala semangat juang yang tinggi telah membolehkan pasukan negara melangkah ke separuh akhir dalam saingan Sukan SEA. Walau bagaimanapun, umum mengetahui bahawa pemain […]

Pengalaman ‘Tahun Ke-3’ Luqman Hakim Buktikan Masih Ada Sinar Kekal Di Eropah

Penyerang muda pasukan kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin dilihat masih berpeluang untuk menyinar di pentas bola sepak Eropah apabila bibit-bibit kecemerlangannya mula terbit sejak dua menjak ini. Pemain berusia 20 tahun itu sudah mula untuk mendapat rentak terbaiknya apabila mula mendapat kepercayaan untuk membarisi kesebelasan utama pasukan. Sebelum ini, detik pertama buat Luqman untuk menembusi skuad […]

Luqman Hakim Tak Gopoh, Kini Dapat Peluang Beraksi Lagi Bersama KV Kortrijk

Penyerang muda pasukan KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin terus mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan pasukan untuk mengemudi jentera serangan pasukan. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh laamn rasmi pasukan, pemain muda berusia 20 tahun itu berada dalam senarai pasukan bawah 21 tahun di sana. Bekas pemain pasukan Selangor ini dijangka bakal turun beraksi menentang pasukan Oostende […]

Apa Sudah Jadi Dengan Kelab Diwakili Luqman Hakim, KV Kortrijk?

Kelab yang diwakili Luqman Hakim di Belgium, KV Kortrijk mempamerkan prestasi yang terumbang ambing dalam 5 perlawanan terkini dalam saingan Liga Belgium. Selepas kemenangan besar 5-0 ke atas kelab SV Zulte Waregem pada bulan Februari lepas, Kortrijk dilihat hilang arah apabila mencatatkan 5 kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Belgium yang mana perlawanan terkini mereka adalah […]

Luqman Hakim Diberi 74 Minit Berharga Buktikan Kemampuan Sebenar

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Samsudin kini memperoleh minit permainan bersama pasukannya apabila diturunkan selama 74 minit baru-baru ini. Pemain berusia 20 tahun ini mendapat kepercayaan ketua jurulatih bawah 23 tahun kelabnya, KV Kortrijk apabila berada dalam kesebelasan utama pasukan ketika menentang RWD Molenbeek. Luqman diletakkan di barisan serangan pasukan untuk bergandingan dengan Douglas dalam […]

Luqman Hakim Didakwa ‘Upah’ Jurulatih Tambahan Untuk Tingkatkan Prestasi

Pemain muda negara yang berpangkalan di Belgium, Luqman Hakim Samsudin dilaporkan sedang mendapatkan khidmat jurulatih luar ketika ini. Penyerang muda Harimau Malaya ini sudah pun menjejakkan kaki ke Eropah kira-kira hampir 3 tahun setelah menandatangani kontrak jangka panjang bersama kelab yang berpangkalan di liga utama Belgium, KV Kortrijk. Sungguhpun begitu, aksi Luqman jarang dilihat memandangkan […]

Pertembungan Luqman Hakim dan Dion Cools Bakal Jadi Kenyataan?

Perlawanan Liga Divisyen 1 Belgium hujung minggu ini bakal dihangatkan lagi dengan pertembungan antara dua pasukan yang diwakili oleh pemain negara iaitu KV Kortrijk dan juga Zulte Waregem. Hal ini juga bakal membuka ruang buat para peminat tanah air untuk menyaksikan kelibat penyerang muda negara, Luqman Hakim Samsudin untuk turun menentang rakan senegara yang mewakili […]

Luqman Hakim Tersenarai Dalam Perlawanan KV Kortrijk Bertemu Beerschot

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Samsudin mendapat kepercayaan jurulatih pasukan apabila terpilih untuk berada dalam senarai pemain yang dibawa menentang Berrschot. Pemain muda berusia 20 tahun itu dilihat berada dalam senarai nama yang dikeluarkan oleh laman rasmi pasukan untuk bertemu dengan pasukan di tangga terakhir Liga Belgium itu. Jurulatih KV Kortrijk, Karim Belhocine memberi kepercayaan […]

3 Perlawanan Tanpa Jaringan Dan Mata, Satu Cabaran Besar Buat Luqman Hakim

Tahun 2020 merupakan tahun yang pasti tidak akan dilupakan oleh pemain muda berbakat Negara, Luqman Hakim Shamsuddin apabila terbang ke Belgium untuk bermain bersama KV Kortrijk. Ketika itu jugalah seluruh peminat bola sepak tanah air meletakkan harapan kepada pemain muda ini untuk menyinar dan mengembangkan bakatnya di benua eropah. Luqman mengejutkan kita semua walaupun baru […]

Tidak Lokek Senyuman, Luqman Hakim Luang Masa Beramah Mesra Bersama Peminat

Pemain muda negara yang berkelana di Belgium, Luqman Hakim Samsudin dilihat sudah mula menyesuaikan diri dengan kehidupan dan suasana di Eropah. Baru-baru ini, beliau dilihat turut meluangkan masa bersama rakan sepasukannya untuk beramah mesra dalam sesi bertemu dengan para peminat. Menurut gambar yang dimuat naik oleh laman rasmi kelabnya di Instagram @kvkortrijk, rata-rata para peminat […]

Luqman Hakim: Saya Nak Tolong Keluarga Saya Dulu, Kejayaan Akan Menyusul Kemudian

Dalam satu temuramah bersama wartawan Syakirah Zulkifly di Nadi Arena, Luqman Hakim kelihatan gembira di KV Kortrijk walaupun jarang diturunkan. Menurut Luqman, suasana latihan di KV Kortrijk sangat ‘enjoy’ dan beliau memberikan fokus lebih 100% setiap kali sesi latihan. “Saya rasa sangat gembira di sini, sesi latihan sangat ‘enjoy’.” “Peluang bermain (dalam perlawanan liga) itu […]

Luqman Hakim Tunjuk Taring, Tiru Aksi ‘Mc Gregor’ Dalam Sesi Latihan

Kelibat penyerang muda negara, Luqman Hakim Samsudin ketika sesi latihan bersama kelabnya, KV kortrijk mencuri perhatian penyokong bola sepak tanah air di media sosial. Penyerang kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu tampak sungguh gembira berada di Belgium tatkala mendapat perkhabaran bahawa beliau bakal menyertai kem latihan pusat bersama skuad bawah 20 tahun negara yang dijadualkan berlangsung […]

Fizikal Luqman Hakim Di KV Kortrijk Menunjukkan Perkembangan Positif

Pemain Malaysia pertama yang beraksi secara kompetitif di Eropah, Luqman Hakim Shamsudin berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia yang gembira dengan perkembangan fizikal pemain kelahiran Kota Bharu ini. Dalam perkembangan terbaru, Luqman beraksi buat kali pertama di bawah kendalian jurulatih baru KV Kortrijk, Luka Elsner dalam satu perlawanan persahabatan menentang K.V. Oostende di Diaz Arena. Dalam […]