Hamidin Puji Jiwa Kental Luqman Hakim Bertahan Di Eropah

Bukan sekali penyokong Harimau Malaya mendengar kisah pemain-pemain negara bergelut bila berkelana di luar negara terutama Eropah. Tetapi itu sesuatu yang mahu diubah penyerang Njardvik, Luqman Hakim Shamsudin – satu perkara yang dipuji Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin. Selepas bergelut dengan minit permainan yang terhad di KV Kortrijk, Luqman boleh […]

Vincent Tan Sedia Jual KV Kortrijk

Selepas beberapa tahun memiliki kelab Belgium, KV Kortrijk, jutawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan bersetuju melepaskan pemilikan kelab tersebut. Pemilik kelab Cardiff City itu menjual De Kerels kepada jutawan berdarah Poland-Amerika Syarikat, Maciek Kaminski. Perkara ini diumumkan Kortrijk menerusi satu kenyataan rasmi yang disiarkan di laman sesawang kelab hari ini. 𝗩𝗜𝗡𝗖𝗘𝗡𝗧 𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗩𝗘𝗦𝗧𝗜𝗚𝗧 𝗩𝗘𝗥𝗞𝗢𝗢𝗣 𝗔𝗔𝗡 […]

Sikh Izhan Diperhatikan Kelab Eropah?

Penjaga gol muda berbakat Negeri Sembilan, Sikh Izhan Nazrel difahamkan pernah mendapat perhatian daripada kelab Eropah susulan prestasi memberangsangkannya sejak mula membuat kemunculan. Pemain berusia 20 tahun itu merupakan penjaga gol baru yang dibawa masuk oleh K. Devan bagi menggantikan posisi Syihan Hazmi yang berhijrah ke JDT. Beliau mempamerkan aksi yang cukup memukau setelah diberi […]

Zainal Abidin Hassan Ada Pesanan Khas Buat Luqman Hakim

Bekas pengendali Penang FC, Datuk Zainal Abidin Hassan memberi pesanan kepada penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsuddin susulan penghijrahannya ke Liga Divisyen 2 Iceland.  Jurulatih berpengalaman itu berharap agar Luqman mampu membuktikan kredibilitinya dan terus menimba pengalaman yang berharga di Eropah.  Beliau akui ini adalah satu perkara positif buat skuad kebangsaan kerana bakat-bakat anak muda […]

Rasmi: Luqman Hakim Diumumkan Pemain Baru Kelab Iceland, Njardvik

Pemain muda negara yang berkelana di eropah, Luqman Hakim Shamsudin disahkan bakal berkelana ke negara Iceland bagi menyertai pasukan Njardvik yang beraksi dalam kasta kedua dalam hirarki Liga Bolasepak Iceland. Luqman yang bakal menginjak ke usia 21 tahun pada Mac nanti difahamkan telah bersetuju untuk ke Njardvik bagi proses pinjaman dari KV Kortrijk untuk tempoh […]

Luqman Hakim Kekal Di Eropah

Masa depan bersama KV Kortrijk dijangka bakal terjawab dalam masa yang terdekat apabila difahamkan penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin tidak akan meneruskan karier di Malaysia sebaliknya masih kekal bersaing di bumi Eropah. Perkara tersebut dikongsikan oleh Syafiq Freman di laman Twitter miliknya sebentar tadi. Luqman yang baru berusia 20 tahun itu akan kekal beraksi […]

Luqman Hakim Tinggalkan KV Kortrijk?

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin sah tidak kekal di KV Kortrijk, dikatakan ada kelab baharu mahu dapatkan khidmat beliau.  Menurut sumber daripada Pengarah Bukan Eksekutif, Amin Fuad menerusi laman sosial Twitter miliknya difahamkan kelab itu akan mengumumkan kelab baharu Luqman minggu hadapan. Sebelum ini pemain berusia 20 tahun itu berada dalam senarai akhir 19 […]

Luqman Hakim ‘Panas’ Di Pasaran Eropah

Penyerang muda KV Kortrijk, Luqman Hakim Samsudin dilaporkan telah menarik minat dua kelab Eropah yang mahukan khidmatnya. Hal ini telah pun disahkan oleh Pengarah Bukan Eksekutif KV Kortrijk (KVK), Amin Fuad berkenaan perkembangan semasa Luqman Hakim. Beliau dikhabarkan bakal dipinjamkan ke salah satu kelab di Liga Eropah pada jendela perpindahan kedua Januari ini. Dua kelab […]

Luqman Hakim Diberikan Minit Berharga Di Piala Belgium

Semalam, saingan liga dan piala negara-negara Eropah kembali bersambung termasuk Piala Belgium. Dan kelab KV Kortrijk yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan berjaya mara ke suku akhir selepas menewaskan OH Leuven 3-1. Kemenangan tersebut turut menyaksikan penyerang muda negara Luqman Hakim Shamsudin diturunkan sebagai pemain gantian pada minit-minit akhir perlawanan. Kortrijk yang dibimbing bekas jurulatih […]

Luqman Hakim Terpilih Galas Cabaran KV Kortrijk Di Piala Croky

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin telah terpilih untuk bersama kelabnya, KV Kortrijk beraksi di pentas Piala Croky.  Pemain berusia 20 tahun itu berada dalam senarai akhir 19 orang pemain yang akan bersama skuad kendalian Bernd Storck mengharungi aksi suku akhir Piala Croky.  Difahamkan perlawanan suku akhir tersebut bakal diadakan di Leuven, Belgium.  KV Kortrijk […]

KV Kortrijk Tak Lepaskan Luqman Hakim Ke Piala AFF

Pemain muda negara yang kini beraksi di Liga Belgium, Luqman Hakim dikatakan tidak mendapat pelepasan kelabnya, KV Kortrijk untuk menyertai kem latihan pasukan kebangsaan untuk menghadapi Piala AFF Mitsubishi Electric yang dijangka bermula 20 Disember ini. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Pengarah Bukan Eksekutif KV Kortrijk yang juga pemilik akaun twitter, Amin Fuad. Difahamkan, Luqman […]

Bernd Storck Dilantik Sebagai Jurulatih Baru KV Kortrijk

Selepas Adnan Custovic disingkirkan sebagai pengurus KV Kortrijk, kelab Pro League Belgium itu telah melantik jurulatih Jerman, Bernd Storck sebagai pengurus baru mereka. Storck bukan asing dalam kalangan peminat bola sepak Belgium. Selain Kortrijk, beliau juga pernah membimbing Mouscron, Cercle Brugge, Racing Genk dan Eupen. Storck juga pernah menjadi jurulatih Hungary dari 2015 hingga 2017. […]

KV Kortrjik Pecat Adnan Custovic, Peluang Luqman Hakim Menyinar?

Sebentar tadi, KV Kortrjik baru sahaja mengumumkan bahawa telah memberhentikan khidmat ketua jurulatih dan penolong jurulatih mereka iaitu Adnan Custovic dan juga Gunter Van Handenhoven. Pemecatan yang dilakukan pihak pengurusan dengan terus berbuat keputusan yang sedemikian adalah demi kelab yang kini diambang kejatuhan mendadak. Kini, KV Kortrjik berada di situasi sukar apabila berada di zon […]

Sedih Lihat Nasib KV Kortrijk

Deretan perlawanan tanpa kemenangan yang dialami KV Kortrijk dalam saingan Liga Belgium ternyata telah membuatkan segelintir penyokong mereka hilang sabar. Ianya menjadi lebih parah apabila KV Kortrijk kini berada di zon penyingkiran. Melihat kepada keputusan yang kurang baik sejak kebelakangan ini, para penyokong KV Kortrijk meninggalkan komen di laman Facebook rasmi kelab tersebut dengan harapan […]

Gol Luqman Hakim Bantu KV Kortrijk Ikat Zulte Waregem

Penyerang muda pasukan KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin terus cemerlang di bumi Belgium apabila sekali lagi memacu pasukan dengan begitu cemerlang. Pemain berusia 20 tahun ini terus mendapat kepercayaan oleh ketua jurulatih, Kurt Berton untuk mengetuai jentera serangan pasukan. Luqman turun dalam kesebelasan utama pasukan untuk memberi saingan terbaik kepada Zulte Weregem bawah 21 tahun […]

Panggilan Lim Teong Kim Bukan Untuk Bawa Luqman Pulang

Panggilan ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim terhadap bintang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin bukan untuk membawanya pulang ke Malaysia. Menerusi laporan sumber yang bercakap kepada Arena Metro, beliau mengesahkan bahawa bekas jurulatih pasukan muda Bayern Munich ini ada menghubungi bekas anak didiknya di Belgium itu. Walau bagaimanapun, panggilan itu bukanlah bertujuan untuk membawa […]