Stanley Bernard: Nak Banding Dengan JDT? Padang Latihan Pun Kami Tiada

Kemenangan Kuala Lumpur City FC (KL City) dalam merangkul Piala Malaysia menewaskan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ternyata mengejutkan para peminat dan pemerhati bola sepak tanah air. Pastinya kejayaan yang dicatatkan KL City berjaya membuka mata ramai pihak mengenai kebolehan pasukan ini dalam memberi cabaran dalam saingan domestik malah disiplin taktikal yang diterapkan pengendali pasukan […]

Stanley Bernard Dedikasikan Kemenangan Bermakna Buat Penyokong KL City

CEO pasukan Kuala Lumpur City FC, Standley Bernard menghadiahkan kemenangan bermakna pasukannya kepada para penyokong setia yang sentiasa berada di belakang pasukan sehingga membawa pasukan merangkul trofi berprestij itu. Dalam satu kenyataan di laman rasmi media sosialnya, Stanley yang juga bekas pemain pasukan KL juga meluahkan rasa terharu dan sebaknya selepas menamatkan penantian selama 32 […]

Tangan Emas Kevin Mendoza Bawa Piala Malaysia Ke Kuala Lumpur

Kecekapan penjaga gol pasukan Kuala Lumpur City FC, Kevin Ray Mendoza tidak dapat disangkal lagi selepas menampilkan aksi yang cukup menakjubkan ketika membantu pasukan kendalian Bojan Hodak untuk menjuarai edisi Piala Malaysia kali ini dengan mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Johor Darul Ta’zim malam tadi. Penjaga gol yang berasal daripada Filipina ini jelas menjadi nadi […]

Ketenangan Akram Mahinan Kawal Emosi Bantu KL City Julang Kejuaraan

Pemain tengah pasukan Kuala Lumpur City FC, Akram Mahinan menjadi watak penting untuk memastikan bahawa penantian pasukan untuk menjulang Piala Malaysia berakhir selepas menampilkan aksi yang cukup mengagumkan ketika bertemu JDT di pentas akhir semalam. Pemain berusia 28 tahun itu bergandingan bersama dua orang lagi pemain di bahagian tengah iaitu Ryan Lambert dan juga kapten […]

KL City Tewaskan Johor Darul Ta’zim, Catat Sejarah Menjuarai Piala Malaysia 2021

Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim dikejutkan oleh Kuala Lumpur City dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 setelah tewas 0-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Separuh masa pertama didominasi oleh Johor Darul Ta’zim menerusi beberapa siri serangan berbahaya namun kecemerlangan penjaga gawang KL City, Kevin Ray Mendoza menjaga gawang pasukan ibu kota berjaya menafikan beberapa percubaan […]

Final Piala Malaysia: KL City FC ‘Titik’ Johor Darul Ta’zim Dengan Kemenangan Bergaya

Pertembungan akhir pentas Piala Malaysia 2021 menyaksikan KL City FC menentang Johor Darul Ta’zim di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. Pasukan pilihan, Johor Darul Ta’zim ditewaskan KL City FC dengan keputusan 2-0. Awal minit permainan, JDT bermula garang apabila rembatan deras Bergson Da Silva menghangatkan suasana di Bukit Jalil. Malangnya rembatan itu terkena tiang […]

KL City Kejutkan Melaka United, Mara Ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2021

KL City berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 selepas berjaya menewaskan Melaka United menerusi penentuan sepakan penalti. Kuala Lumpur City bermula baik menerusi jaringan awal J. Partiban yang berjaya memanfaatkan keadaan kelam kabut di kotak penalti Melaka United selepas satu sepakan sudut pada minit ke-9. Bersambung babak ke-2, Melaka United memperkemaskan permainan dan […]

Perlawanan Melaka United – KL City Tergendala, Dah Macam Pembukaan Sukan SEA

Perlawanan separuh akhir ke-2 melibatkan Melaka United menentang Kuala Lumpur City ditangguhkan waktu selepas berlaku masalah ketiadaan tenaga elektrik di Stadium Hang Jebat. Pihak TNB sedang memperbaiki masalah yang dihadapi di Melaka dan dikhabarkan akan pulih pada jam 9.30 malam namun sehingga kini perlawanan masih belum bermula. Menerusi satu hantaran oleh Twitter melakaHariini, kelihatan penyokong […]

Bojan Hodak: Kami Bukan Pasukan Pilihan Untuk Menang Bertemu Selangor

Jaringan tunggal yang dihasilkan oleh pemain tengah KL City FC, Zhafri Yahya menentang Sri Pahang FC semalam memastikan kemenangan berharga buat pasukan kendalian Bojan Hodak untuk muncul sebagai Juara kumpulan A bagi saingan Piala Malaysia 2021. Prestasi yang menakjubkan oleh pasukan Kuala Lumpur City FC wajar diberi pujian selepas mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang saingan […]

Ketajaman Memukau Romel Morales Bersama Kuala Lumpur City Jadi Bualan

Pemain import Kuala Lumpur City FC dari Colombia, Romel Morales pastinya menjadi perhatian peminat-peminat bola sepak tanah air selepas mempamerkan aksi memukau dalam saingan Piala Malaysia tahun ini. Romel Morales yang baru berusia 24 tahun, telah bermain dalam 5 perlawanan Piala Malaysia musim ini dan sudah meledak 8 gol buat pasukan Kuala Lumpur City FC. […]

Safee Sali ‘Mengidam’ Julang Piala Malaysia Pertama Dalam Kariernya

Siapa yang tak mengenali sosok pemain berusia 37 tahun ini. Individu bernama Safee Sali ini merupakan pemain yang berpengalaman luas dalam dunia bola sepak sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Namun dalam karier pemain Kuala Lumpur City FC ini, beliau masih belum lagi merasai nikmat menjulang Piala Malaysia ketika bersama kelab-kelab yang […]

Irfan Zakaria Buktikan Sedia Galas Tugas Pertahanan Tengah Harimau Malaya

Pemain pertahanan tengah Kuala Lumpur, Muhd Irfan Zakaria mempamerkan aksi yang cukup konsisten pada musim ini sekaligus berjaya membantu pasukan KL City FC mengharungi musim yang amat baik sehingga kini. Pertahanan berusia 26 tahun itu mempamerkan persembahan yang sangat memberangsangkan dengan membentuk gandingan yang cukup ampuh bersama pertahanan import pasukan, Giancarlo Gallifuoco yang menyaksikan pasukan […]

Piala Malaysia: Kuala Lumpur City Cipta Kebangkitan Dramatik Untuk Seri Dengan Penang

Perlawanan ke-2 kumpulan A TM Piala Malaysia yang menemukan Penang FC selaku tuan rumah turun bertemu pasukan pelawat Kuala Lumpur City FC berkesudahan seri 1-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya sebentar tadi. Sepak mula dilakukan oleh KL City dengan kawalan bola yang baik. Peluang awal hadir buat KL City apabila pada minit ke-2, […]

Keampuhan Setiap Posisi Jadikan KL City Lawan Yang ‘Liat’ Ditumbangkan

Momentum terbaik yang sedang dinikmati oleh pasukan Kuala Lumpur City FC ketika ini pastinya bakal menjadi satu perkara yang meresahkan lawannya tatkala saingan Piala Malaysia sudah hampir memulakan cabaran. Dalam undian yang berlangsung beberapa hari yang lalu, pasukan kendalian Bojan Hodak ini berada dalam kumpulan A bersama pasukan di tangga ketiga, Penang FC dan juga […]

Liga Super: JDT Tutup Musim Gemilang Dengan Kemenangan Bergaya Atasi KL City

MakanBola.com, Petaling Jaya, 12 Sept – Juara Liga Super Malaysia 2021, Johor Darul Ta’zim memanfaatkan perlawanan terakhir untuk mengakhiri saingan liga musim ini dengan penuh bergaya apabila mencatat kemenangan keatas KL City FC. Malam yang penuh gemilang itu turut menyaksikan JDT meriah menyambut kemenangan Liga Super musim 2021 mereka dengan acara pertunjukkan bunga api di […]

Bojan Hodak Sedia Turunkan Pemain Simpanan Hadapi JDT

Magis yang dibawa jurulatih dari Croatia, Bojan Hodak semakin menjadi-jadi dengan membawa Kuala Lumpur City FC (KL City) mengekalkan rekod cemerlang 11 perlawanan tanpa tewas dalam saingan Liga Super musim ini. Bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim ini juga boleh berbangga dengan rekod pasukannya yang belum pernah tewas lagi di gelanggang sendiri sepanjang liga berlangsung. Bojan […]