Duo Berbisa Bakal Pulang Ke Pangkuan KL City?

Dua orang bekas pemain KL City dijangka bakal kembali menyarung jersi pasukan berkenaan bagi menghadapi Liga Malaysia pada musim hadapan. Dua pemain yang dikaitkan tersebut ialah Daniel Ting dan Irfan Zakaria yang kini sedang bermain bersama di Sabah FC di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee. Desas-desus perpindahan kedua-dua pemain pertahanan ini disahkan oleh wartawan […]

“Bagaimana Anda Boleh Tidak Jatuh Cinta Kepada Liga Ini? ” – Giancarlo Gallifuoco

Pertahanan tengah Kuala Lumpur City FC (KL City), Giancarlo Gallifuoco baru-baru ini telah menonton perlawanan Liga Super di antara Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Pemain berasal dari Australia itu nyata terkejut dengan aksi menghiburkan kedua-dua pasukan yang mempamerkan corak permainan pantas dan mendebarkan. Dalam satu ciapan di laman X milik beliau, […]

Liga Super: Kedah Curi Tiga Mata Tewaskan KL City

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengukuhkan kedudukan mereka di tempat ketiga liga selepas berjaya mencuri tiga mata dengan menewaskan tuan rumah Kuala Lumpur City FC (KL City) dengan keputusan 1-0. Perlawanan yang dimainkan di Stadium KLFA itu menyaksikan pasukan Kedah bermula dengan agresif selepas melancarkan beberapa serangan merbahaya ke kubu KL City. Ifedayo Olusegun […]

Piala FA: Selangor Tewaskan KL City, Mara Ke Suku Akhir

Selangor mara ke suku akhir Piala FA Malaysia 2022 selepas berjaya menewaskan KL City dalam satu pertembungan derbi lembah klang di Stadium Petaling Jaya. Jaringan tunggal perlawanan dihasilkan oleh Aliff Haiqal memastikan Selangor mara ke suku akhir Piala FA 2022. Separuh masa pertama seimbang dengan kedua-dua pasukan beberapa kali melakukan asakan namun tiada sebarang jaringan […]

Liga Super Kini No.1 Asia Tenggara, Ke-9 Terbaik Asia

Liga Super Malaysia kini berada di tangga teratas rantau Asia Tenggara dan ke-9 Asia selepas kemas kini terbaru mata MA oleh laman sesawang mata nyata ranking MA, FootyRanking. Kemenangan bergaya Kedah Darul Aman dan Kuala Lumpur City dalam perlawanan terakhir kumpulan Piala AFC memastikan mata MA Malaysia secara keseluruhan kekal mencatatkan unjuran menaik. Dalam perlawanan […]

“Liga Petani” Tapau ASEAN, Tahun Gemilang Bola Sepak Malaysia

Kejayaan skuad Harimau Malaya menamatkan penantian 43 tahun untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit tempoh hari sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa ia merupakan tahun gemilang bola sepak Malaysia.  Ia cukup bermakna apabila dua pasukan daripada Liga Super Malaysia iaitu Kedah Darul Aman dan KL City FC mencipta sejarah selepas mengesahkan tempat untuk […]

Siaran Langsung: KL City vs Johor Darul Ta’zim (JDT) – Liga Super 2022

Selepas 2 perlawanan Liga Super 2022, Johor Darul Ta’zim unggul di tangga teratas Liga Super 2022 dengan memenangi kedua-dua perlawanan awal manakala KL City bergelut mencari kemenangan pertama selepas tewas sekali dan seri sekali. Kuala Lumpur City hadir dengan rekod baik sebagai Juara Piala Malaysia 2021 sudah tentu akan memberikan cabaran hebat buat JDT dalam […]

Zhafri Yahya Jadi Senjata Rahsia Dalam Misi Tebus Maruah KL City

Pemain tengah pasukan KL City FC, Zhafri Yahya dijangka memainkan pranan yang cukup penting pada perlawanan esok hari ketika pasukannya bakal melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim di Cheras. Beliau kini menjadi tunjang utama The City Boys sejak musim lalu apabila sering memperagakan persembahan yang cukup konsisten setiap kali diturunkan. Bukan itu sahaja, kemampuannya untuk beraksi […]

Fernando Forestieri Dan Bergson Bakal Jadi Igauan KL City Sekali Lagi?

Gandingan duo import pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri dan juga Bergson Da Silva dijangka bakal menjadi duri dalam daging sekali lagi buat pasukan KL City FC. Kedua-dua pasukan dijangka bertemu bagi saingan ketiga Liga Super yang berlangsung di Stadium Cheras, Kuala Lumpur ini dalam usaha pasukan kendalian Bojan Hodak menebus kekecewaan lalu. Pasukan […]

Liga Super: Penalti ’Berganda’ Selamatkan Selangor Dimalukan KL City

Perlawanan pembukaan Liga Super 2022 melibatkan pertembungan antara pasukan Kuala Lumpur City FC menentang Selangor FC berkesudahan dengan keputusan seri 3-3. Kedua-dua pasukan bermula dengan baik apabila melancarkan serangan bertali-arus untuk memperoleh jaringan awal. Namun begitu, kekebalan benteng pertahanan untuk menghalang segala percubaan menyebabkan perlawanan berlangsung seimbang. KL City hampir memperoleh gol awal apabila kealpaan […]

TMJ Ingin Undur Diri Jika JDT Tewas Menentang KL City

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) memberi bayangan akan meninggalkan kancah bola sepak sepenuhnya jika JDT gagal untuk mencatat kemenangan menentang Kuala Lumpur City (KL City) dalam perebutan Piala Sumbangsih 2022. Menurut satu kenyataan yang dibuat oleh baginda Tunku, perlawanan yang bakal berlangsung esok hari itu bakal menjadi […]

Kenny Pallraj Anggap Tiada Istilah ‘Kawan’ Dalam Bola Sepak

Pemain tengah pasukan Kuala Lumpur City FC, Kenny Pallraj menegaskan sifat berkawan harus dilupakan ketika masing-masing turun untuk berjuang demi lencana di dada ketika beraksi di atas padang. Bekas pemain pasukan Perak FC ini menjelaskan situasi mengenai penghijrahan beliau ke pasukan KL City akibat daripada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Bukan itu sahaja, beliau […]

Dua Kali Rampas Jersi Nombor Satu, Azri Ghani Kini Bersama Kuala Lumpur City FC

Baru berusia 22 tahun namun semangat yang dimiliki Azri Ghani ternyata wajar dicontohi. Perpindahan ke Kuala Lumpur City FC (KL City) pastinya menjelmakan cabaran berbeza dalam karier beliau. Azri yang juga merupakan anggota skuad kebangsaan melalui karier yang sangat mencabar. Beliau memulakan karier profesional bersama Felda United namun tiada penampilan direkodkan bersama kelab tersebut. Kedah […]

Stanley Bernard Utamakan Negara

Pemilik pasukan Kuala Lumpur City FC, Stanley Bernard baru-baru ini mendedahkan bahawa beliau tidak akan menghalang Bojan Hodak sekiranya terdapat minat yang ditunjukkan oleh Persatuan Bolasepak Kebangsaan (FAM) untuk mendapatkan khidmat beliau. Ketika ini, jurulatih kelahiran Croatia ini masih segar dengan kejayaan membantu pasukan dengan membawa mereka untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia setelah menundukkan Johor […]

[Video] ‘Crossbar Challenge’ Lagenda Indra Putra Buat Rakan Sepasukan Tergamam

Pemain sayap pasukan Kuala Lumpur City FC, Indra Putra Mahyuddin baru-baru ini telah mempamerkan kemampuan dan bakat beliau setelah melakukan satu ‘crossbar challenge’ yang meraih perhatian para penyokong terutamanya penyokong pasukan The City Boys. Bekas bintang Kelantan itu dilihat masih mempunyai sentuhan berbisanya dalam satu sesi latihan bersama rakan sepasukan apabila melakukan satu sepakan sempurna […]

Khalid Samad Yakin KL City Akan “Tapau” Kejuaraan Liga Super & Piala Malaysia 2022

Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur Khalid Samad menyatakan prestasi yang ditunjukkan KL City membuatkan beliau percaya pasukan ini akan ‘tapau’ Piala Malaysia dan kejuaraan Liga Super 2022. Menurut Khalid KL City tiada fasiliti yang cukup untuk berlatih. Akan tetapi dengan semangat dan kesungguhan yang ditampilkan oleh pasukan KL City ini melayakan mereka memiliki siri […]