Terengganu Mahu Sambar Dua Pemain Croatia

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner mendedahkan dua pemain dari Croatia jadi buruan TFC bagi memperkuatkan jentera hadapan bagi musim 2023. Dua pemain tersebut difahamkan akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan penyerang Terengganu, Kpah Sherman dan pemain tengah, Kipre Tchetche. “Kami berhasrat untuk menawarkan tawaran kepada beberapa pemain asing… Saya sedang mencari seorang penyerang dan pemain tengah untuk […]

Sri Pahang Bakal Ikat Tiga Pemain Berprofil Tinggi

Selepas melalui musim yang kurang baik, pasukan Liga Super, Sri Pahang FC difahamkan sedang dalam proses untuk mendapatkan tiga pemain berprofil tinggi bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Tiga pemain yang dimaksudkan ialah dua bekas pemain Harimau Malaya yang kini bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Fadhli Shas dan Azrif Nasrulhaq. Seorang lagi pemain […]

Kpah Sherman Dalam Radar Sri Pahang

Sri Pahang dilaporkan menjadi pasukan terbaru berminat mendapatkan khidmat penyerang import Terengganu, Kpah Sherman bagi mengharungi musim 2023. Berikutan tersingkirnya Terengganu daripada saingan Piala Malaysia, masa depan pemain-pemain import mereka pantas menjadi tumpuan apatah lagi hanya Habib Haroon telah menandatangani kontrak lanjutan tatkala empat yang lain termasuk Kpah Sherman hampir pasti tiada dalam perancangan. Meskipun […]

“This Is For You Coach” – Nafuzi Terharu Kpah Sherman Tujukan Hatrik Buatnya

Pastinya tiada hadiah hari jadi yang lebih istimewa dan lebih manis buat Nafuzi Zain! Pengendali Terengganu itu, genap berusia 44 tahun pada Khamis, hari sama yang menyaksikan skuad bimbingannya berpesta membelasah Sri Pahang 5-1 di laman lawan dalam aksi pertama pusingan kedua Piala Malaysia. “Ini hadiah dan kemenangan yang cukup berharga, pada hari jadi saya. […]

Kpah Sherman ‘Pening Kepala’ Dengan Kekebalan Pertahanan PJ City

Kekalahan Terengganu FC pada perlawanan pertama menentang PJ City adalah perlawanan yang mengejutkan ramai pihak. Skuad kendalian Nafuzi Zain itu disifatkan sebagai sebuah pasukan yang mampu mencabar kejuaraan pada musim ini. Namun, skuad Penyu itu terpaksa akur dengan kekuatan PJ City. Penyerang pasukan Terengganu FC, Kpah Sherman mengakui kekebalan PJ City yang terlalu sulit untuk […]

Gandingan Bersama Tchetche, Kpah Yakin Mampu Julang Piala

Penyerang baharu Terengganu FC, Kpah Sherman yakin gandingan bersama rakan sepasukannya sebelum ini di Kedah, Kipre Tchetche mampu membawa Terengganu menjulang Piala musim ini. Dua musim bersama Tchetche, baginya tiada masalah dari segi komunikasi di atas padang. Kpah turut percaya akan kualiti pemain tempatan yang mampu beri impak yang positif. “Kombinasi saya dengan Tchetche baik […]

Kpah Sherman Sah Sarung Jersi Terengganu FC Musim Hadapan

Bekas penyerang berbisa Kedah Darul Aman FC, Kpah Sherman disahkan beraksi bersama pasukan Terengganu FC (TFC) musim hadapan. Pemain antarabangsa Liberia berusia 29 tahun itu merupakan penyerang prolifik dan berjaya membantu pasukan Kedah menjadi naib juara Liga Super musim lepas. Selain itu beliau juga membantu pasukan Kedah mara hingga ke suku akhir Piala Malaysia. Ternyata […]

Kpah Sherman Tolak Panggilan Liberia, Mahu Berbakti Kepada Kedah

Menurut artikel daripada Berita Harian, Kpah Sherman memaklumkan bahawa dirinya sanggup berkorban demi pasukannya, Kedah FC bagi mengharungi saingan Piala Malaysia 2021. Kedah FC bakal berdepan Johor Darul Ta’zim pada aksi suku akhir Piala Malaysia 2021 minggu hadapan. Penyerang berbisa Kedah FC itu menyatakan bahawa beliau sanggup bersama skuad Hijau Kuning kerana pasukan kebangsaannya, Liberia […]

Kpah Sherman Yakin Kemampuan Rakan Sepasukan Bakal Kejutkan Lawan

Pemain import pasukan Kedah Darul Aman FC, Kpah Sherman menjelaskan bahawa pasukan Kedah bakal memberikan saingan yang sengit dalam kempen Piala Malaysia 2021. Beliau berkata sedemikian dalam satu hantaran poster di Instagram story KDA FC hari ini. Penyerang kebangsaan Liberia ini menyatakan bahawa pasukan Kedah akan sentiasa fokus dan mengekalkan momentum terbaik dalam pasukan. Beliau […]