Tindakan Nakal Kpah Sherman Ke Atas Dominic Tan Undang Padah

Tindakan nakal penyerang Sri Pahang FC, Kpah Sherman terhadap pemain pertahanan Sabah FC, Dominic Tan dalam aksi Liga Super di antara kedua-dua pasukan pada Jumaat mengundang padah. Insiden yang berlaku pada minit ke-67 permainan itu menyaksikan Kpah Sherman sedang mengejar bola dan dicabar hebat oleh pemain Sabah, Haris Stamboulidis. Kedua-duanya terjatuh dan bola dapat diselamatkan […]

Liga Super: Sabah Kekal Di Kedudukan ke-3 Liga, Benam Sri Pahang

Perlawanan saingan Liga Super minggu ke-8 malam ini menyaksikan Sabah bangkit membenam tuan rumah, Sri Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.  Aksi bermula rancak apabila penyerang Sri Pahang, Kpah Sherman menjaringkan gol pembukaan selepas menerima umpanan kemas dari Sergio Aguero seawal 7 minit permainan. Selepas setengah jam Sabah memberi asakan, akhirnya Jafri Chew berjaya menyamakan […]

Fandi Ahmad Harap Kpah Sherman Temui Sentuhan Penyudah Berdepan Penang

Ketua jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad mengharapkan ketajaman penyudah penyerang importnya, Kpah Sherman menjelang pertemuan menentang Penang dalam saingan Piala FA. Kpah Sherman yang masih diberi kepercayaan untuk mengemudi jentera serangan masih kebuntuan jaringan selepas dua aksi pertama liga dan kekal menjadi sandaran utama Fandi untuk merobek gawang lawan di Temerloh. Menurut Fandi, pasukannya kini […]

Statistik Buktikan Serangan Sri Pahang Makin Berbisa

Liga Super musim 2023 menyaksikan jentera serangan Sri Pahang FC lebih berbisa dengan 35 gol daripada 20 perlawanan berbanding 33 gol daripada 22 perlawanan pada musim lepas. Daripada 35 gol, Kpah Sherman muncul penjaring terbanyak dengan 11 gol. Ini disusuli Stefano Brundo (lapan gol) dan Sergio Aguero (empat gol). Fadhli Shas, Azam Azih, Kevin Ingreso […]

Kpah Sherman Diseru ‘Serbu’ Gawang Gergasi Piala Dunia

Penyerang berbisa Sri Pahang, Kpah Sherman dipanggil oleh pasukan kebangsaan Liberia bagi bertemu dengan pasukan Piala Dunia 2022. Bintang sensasi Liga Malaysia itu kembali menemui sentuhan yang diharapkan untuk mengemudi jentera serangan Tok Gajah. Bekas penyerang Terengganu ini bagaimanapun kembali mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan Liberia bagi aksi persahabatan kali ini. Pemain berusia 32 tahun itu […]

Kpah Sherman Belanja Gol Sepakan Gunting Ala Cristiano Ronaldo

Gol pertama Kpah Sherman menentang Harini FC meraih perhatian ramai apabila beliau menjaringkan gol menerusi sepakan gunting ala Cristiano Ronaldo. Jaringan akrobatik tersebut bukan sahaja mengejutkan penonton namun turut membuat penjaga gol Harini FC, Hafizul Hakim tercengang seketika. Jaringan sewaktu minit ke-43 itu terhasil apabila Baqiuddin Shamsudin memberi bola tinggi ke arah Kpah Sherman menerusi […]

Piala Malaysia: Sri Pahang Gah Ke Suku Akhir, Kalahkan Harini

Dua gol Kpah Sherman sudah cukup untuk membantu Sri Pahang FC layak ke suku akhir Piala Malaysia 2023. Ini selepas mereka mengalahkan wakil Liga M3, Harini FT dalam aksi kedua pusingan 16 terbaik hari ini. Dengan Stadium Darul Makmur sebagai venue aksi kedua, kelebihan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh skuad Tok Gajah selepas menang tipis 3-2 […]

Liga Super: Sri Pahang Bergelut Atasi Cabaran Perak

Sri Pahang FC memanfaatkan kelebihan sebagai tuan rumah apabila menundukkan Perak FC 1-0 dalam aksi sebelah petang Liga Super di Stadium Darul Makmur hari ini. Beraksi pada sebelah petang buat kali keempat musim ini, skuad Tok Gajah berharap dapat kembali ke landasan kemenangan selepas dibelasah Sabah FC 4-0 pada 15 Julai lalu. Babak pertama menyaksikan […]

Jersi Pelik Kpah Sherman Jadi Bualan

Disebalik kemenangan bergaya 5-0 Sri Pahang FC ke atas Kelantan FC, ada sesuatu yang pelik telah berlaku ke atas penyerang berbisa Sri Pahang, Kpah Sherman. Kpah yang menjaringkan dua gol dalam perlawanan itu dilihat memakai jersi yang lain daripada pemain lain. Jersi yang dipakai Kpah dilihat tidak mempunyai jenama jersi dan ianya berbeza dengan pemain-pemain […]

Liga Super: Sri Pahang Mandi Peluh Tewaskan Penang

Perlawanan Liga Super petang ini menyaksikan pasukan Sri Pahang melayan kunjungan Penang FC yang berkesudahan dengan keputusan 1-0.  Sri Pahang turun dengan misi mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri dan ketika ini menduduki tangga ke-2 liga.  Manakala bagi pasukan Penang kini berada dalam momentum terbaik selepas menang dua perlawanan berturut-turut dan menghuni tangga ke-8 […]

Keharmonian Bilik Persalinan Sri Pahang Kunci Prestasi Luar Biasa

Kunci kepada kestabilan musim sesebuah pasukan dipengaruhi oleh keharmonian bilik persalinan. Dan ini menjelaskan bagaimana Sri Pahang muncul sebagai salah satu daripada dua pasukan yang masih belum kalah dalam Liga Super musim ini. Semua mengetahui keupayaan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dikatakan berada pada tahap berbeza. Tetapi bagi Sri Pahang, ia dianggap luar […]

Liga Super: Sri Pahang Cemas Sebelum Lepasi ‘Roadblock’ PDRM di Petaling Jaya

Sri Pahang meneruskan permulaan baik mereka bagi musim 2023, apabila mencatat kemenangan ketiga dengan mencatat kemenangan 2-1 ke atas PDRM di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, pada Rabu. Skuad Fandi Ahmad bagaimanapun diberi tentangan sengit malah berdepan situasi cemas apabila terpaksa menahan asakan bertali arus PDRM sebelum berjaya mengesahkan kemenangan. Sri Pahang mendahului pada minit […]

Kpah Sherman Dedah Punca Sentuhan Belum Menjadi

Di sebalik hadir dengan reputasi yang cukup gah, sebagai mesin gol Liga Malaysia, penyerang import Kpah Sherman masih belum dapat menonjolkan kelebihannya bersama Sri Pahang. Selepas tamat lima perlawanan (termasuk Piala FA), Kpah Sherman baru sahaja menjaringkan dua gol dan kelihatan bergelut untuk mempamer sentuhan terbaik sehingga seringkali menjadi sasaran kritikan penyokong. Dia adalah sandaran […]

Liga Super: Sri Pahang Mengamuk Di Darulmakmur

Sri Pahang bermula dengan langkah kanan dalam aksi pertama Liga Super di Stadium Darulmakmur, apabila berpesta gol membelasah seteru pantai timur, Kelantan 4-1. Ia kemenangan pertama buat skuad bimbingan Fandi Ahmad yang terikat 1-1 menentang Negeri Sembilan dalam perlawanan pembuka tirai musim baru, pada Ahad lalu. Manakala bagi Kelantan pula, mereka mengalami kekalahan kedua berturut-turut […]

Kpah Sherman Mahu Bantu Pahang Sambar Tiket AFC

Bukan sahaja mahu meneruskan sentuhan jaringan cemerlangnya dalam saingan Liga Malaysia, tetapi Kpah Sherman mempunyai misi lebih daripada itu mahu membantu Sri Pahang menyambar tiket bermain di Piala AFC. Pemain dari Liberia ini hadir ke Darulmakmur dengan reputasi yang cukup gah, pernah memenangi Kasut Emas penjaring terbanyak Liga Super pada 2019 dan secara keseluruhannya telah […]

Rasmi : Sri Pahang Sambar Khidmat Kpah Sherman

Penyerang import dari Liberia, Kpah Sherman sah akan memperkuatkan Sri Pahang dalam kempen Liga Malaysia 2023. Kehadiran pemenang kasut emas Liga Super 2019 bersama PKNS FC itu diumumkan secara rasmi kelab pantai timur itu pada Selasa. “Sri Pahang berbesar hati memperkenalkan pemenang kasut emas Liga Super 2019, Kpah Sherman sebagai wajah baru di barisan serangan. […]