Piala Dunia: Korea Selatan Terkejut Diaibkan Ghana

Hasrat Korea Selatan merekodkan kemenangan pertama dalam Kumpulan H Piala Dunia 2022 tidak kesampaian. Ini selepas Pahlawan Taeguk diaibkan pasukan gergasi Afrika, Ghana 3-2 dalam aksi kedua kumpulan. Dengan jurang ranking pasukan yang besar iaitu Korea Selatan (ke-28 dunia) dan Ghana (ke-62 dunia), tidak hairanlah mengapa pasukan gergasi Asia itu memberi tekanan sebaik sepak mula. […]
Ulsan Hyundai Bergelar Juara K-League 2022

Ulsan Hyundai secara rasminya bergelar selaku juara Liga Korea apabila menumpaskan Gangwon FC dengan keputusan 2-1. Pasukan yang pernah menjadi lawan JDT dalam peringkat kumpulan ACL ini terus membuktikan kualiti dan kemampuan mereka untuk merangkul kejuaraan di tempat sendiri. Pada aksi terakhir hari ini, mereka telah pun menoktahkan kemenangan ke-22 musim 2022 sekaligus menbawa kepada […]
BTS ‘Lariskan’ Korea Jadi Tuan Rumah Piala Asia 2023

Persatuan Bolasepak Korea (KFA) mempamerkan kesungguhan untuk menambat hati AFC bagi mendapatkan mandat selaku tuan rumah Piala Asia 2023 apabila mempertaruhkan khidmat kumpulan terkenal, BTS untuk mempromosikan usaha mereka. BTS yang juga dikenali sebagai Bangstan Boys di Korea Selatan merupakan sebuah kumpulan nyanyian lelaki yang cukup popular di serata dunia. Usaha KFA dilhat memasuki fasa yang […]
Hassan Sazali Percaya Malaysia Mampu Saingi Korea Selatan

Kegagalan pasukan Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19) untuk layak ke Piala Asia Bawah 20 tahun hadapan jelas sekali menimbulkan kerisauan. Apabila bercerita mengenai pasukan peringkat umur, sudah tentu ianya berkisar tentang pembangunan akar umbi. Namun bagi pengendali Malaysia B-19, Hassan Sazali Waras, beliau tetap optimis dengan pemain-pemain yang dibawa ke Mongolia. Hassan menganggap perjalanan pemain-pemain […]
AFC U20: Malaysia Tewas Dibelasah Korea Selatan

Hasrat pasukan Malaysia Bawah 19 tahun untuk mara ke Piala Asia Bawah 20 tahun semakin tertutup rapat apabila tewas 6-2 kepada Korea Selatan sebentar tadi. Perlawanan dimulakan dengan agak positif oleh anak buah Hassan Sazali Waras itu apabila berjaya mengekang segala serangan yang dilancarkan oleh pasukan Korea Selatan. Peluang terbaik Malaysia hadir pada minit ke-27 […]
Muka Macam Son, Pakar Analisis Dari Korea Tarik Perhatian Netizen

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah mengumumkan barisan kejurulatihan yang baharu bagi skuad bawah 23 tahun kebangsaan. Skuad Harimau Muda bakal dipimpin E. Elavarasan sebagai ketua jurulatih B-23 kebangsaan yang baharu. Jurulatih berusia 60 tahun itu akan dibantu oleh Juan Torres Garrido dari Sepanyol sebagai penolong ketua jurulatih, Kris Yong sebagai jurulatih penjaga gol, […]
Korea Selatan Belasah Indonesia Lagi Sekali

Timnas Indonesia sekali lagi terpaksa akur dengan kekuatan gergasi Asia, Korea Selatan selepas tewas dengan keputusan 1-5. Hasrat Timnas Indonesia untuk kembali bangkit daripada kekalahan sebelum ini tidak kesampaian. Namun, Indonesia berjaya mengurangkan defisit gol berbanding perlawanan pertama sebelum ini. Ini merupakan jelajah Korea Selatan 2022 yang diatur oleh Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) bagi […]
Korea Selatan Bakal Uji Skuad Indonesia

Pasukan muda kebangsaan Indonesia dilaporkan sudah bersedia untuk menentang lawan yang lebih kuat untuk menguji kemampuan sebenar pasukan apabila dijadualkan bertemu dengan pasukan Korea Selatan. Mengulas lanjut, jurulatih pasukan bawah 19 tahun Indonesia, Shin Tae-yong menganggap bahawa pertemuan dua pasukan bawah 19 tahun ini merupakan satu perlawanan yang sangat penting. Perlawanan tersebut dijangka bakal berlangsung […]
Muka Sama Suramkan Kelayakan Piala Dunia Peringkat Asia

Dengan saingan kelayakan Piala Dunia 2022 semakin di penghujung, beberapa negara sudah mengesahkan tempat ke saingan akhir di Qatar. Tetapi di peringkat Asia, muka sama yang muncul merebut slot automatik kelayakan: Arab Saudi, Australia, Iran, Jepun dan Korea Selatan. Hanya Korea Utara yang mencuba memecah dominasi kuintet ini pada 2010. Perkataan mudah di sini ialah […]
Hwang Ui-jo Penjaring Ligue 1 Terbanyak Asia

Semalam, kelab Girodins Bordeaux menamatkan rekod tiga kekalahan berturut-turut mereka dalam liga dengan menewaskan RC Strasbourg di Matmut Atlantique. Lebih manis, dalam perlawanan berkesudahan 4-3 itu, penyerang Korea Hwang Ui-jo menjaringkan tiga gol untuk kelabnya. Ini menjadikan beliau sebagai penjaring Ligue 1 terbanyak dari benua Asia. Dengan 27 gol, ini membolehkan Ui-jo memintas rekod 25 […]