Jürgen Klinsmann Anggap Korea Selatan Dapat Laluan Mudah Di Piala Asia

Ketua jurulatih Korea Selatan, Jürgen Klinsmann menganggap bahawa undian Piala Asia AFC 2023 berpihak kepada pasukannya kendaliannya. Pengendali kelahiran Jerman ini baru sahaja dilantik sebagai jurulatih selepas melihat prestasi kurang memberangsangkan Taegeuk Warriors di Piala Dunia. Bekas pengendali pasukan kebangsaan Amerika Syarikat itu bagaimanapun menganggap undian Piala Asia kali ini boleh dilepasi oleh anak didiknya. […]
Bintang Korea Selatan Jadi Buruan Manchester United

Pertahanan Manchester United yang goyah kebelakangan ini merungsingkan ramai penyokong terutama dalam pemburuan kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL). Justeru, tidak hairanlah Red Devils dikhabarkan sedang memburu bek tengah Korea Selatan, Kim Min-jae dari Napoli. Menurut laporan akhbar Daily Express, United dilaporkan bersedia membayar £53 juta (RM297.5 juta) untuk mendapatkan pemain pertahanan berusia 26 […]
Prestasi Chungbuk Cheongju Jatuh Merudum

Prestasi yang ditampikan oleh pasukan K2 League, Chungbuk Cheongju semakin teruk apabila mereka kini terpelosok di tangga kedua tercorot liga. Pasukan Korea ini membawa masuk beberapa pemain pada jendela perpindahan lalu termasuklah mendapatkan khidmat pemain sayap Malaysia, Kogileswaran Raj. Chungbuk bagaimanapun gagal mempamerkan aksi yang diharapkan selepas mengharungi 11 aksi setakat ini. Sungguhpun berhasil mencatatkan […]
Jurulatih Chungbuk Cheongju Yakin Kogileswaran Bakal Jadi Bintang Di Korea

Jurulatih pasukan Chungbuk Cheongju, Choi Yoon-gyeom percaya bahawa Kogilesawaran mampu menjadi pemain import yang terbaik di Korea ini. Beliau kagum dengan peningkatan yang ditampilkan oleh Kogi dalam usaha untuk segera mengadaptasi dengan corak permainan di Liga ini. “Kogi berjaya menurunkan berat badan dengan sendirinya untuk menjadi kompetitif, dan usahanya untuk menyesuaikan diri dengan bola sepak […]
Kogileswaran Terkejut Dengan Kualiti Liga Korea

Pemain sayap negara, Kogileswaran Raj tudak menyangka dengan kualiti bola sepak yang dipamerkan oleh saingan liga di Korea. Umum mengetahui bahawa pemain berusia 25 tahun itu telah melengkapkan perpindahan ke kelab K2 League, Chungbuk Cheongju FC setelah dilepaskan oleh PJ City FC. Beliau baru sahaja melakukan debut yang cukup luar biasa tatkala membantu pasukannya mencatat […]
Debut Kogileswaran Bersama Chungbuk Cheongju Akhirnya Tercapai

Pemain sayap pasukan K2 League, R. Kogileswaran membuat penampilan sulung bersama pasukannya, Chungbuk Cheongju FC hari ini. Bekas bintang PJ City FC ini mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan pasukan setelah menanti peluang dengan cukup lama. Pemain berusia 25 tahun ini telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Korea Selatan setelah meninggalkan pasukan sungguhpun mendapat beberapa tawaran dari […]
Bintang Korea Selatan, Kim Min-jae Sudah Tak Berminat Wakili Negaranya

Bintang Korea Selatan, Kim Min-jae mengeluarkan satu kenyataan dimana beliau selepas ini mahu fokus pada kelabnya berbanding sertai pasukan kebanggsaan. Kenyataan itu dibuat selepas tamat perlawanan persahabatan Korea Selatan menentang Uruguay yang berkesudahan dengan kekalahan 1-2. Pemain berusia 26 tahun ini turut beraksi ketika menentang Colombia yang berkesudahan seri 2-2 turut dalam aksi persahabatan antarabangsa […]
Bekas Jurulatih USA Jadi Buruan Korea Selatan

Selepas Paulo Bento meletak jawatan sebagai jurulatih Korea Selatan pasca-Piala Dunia 2022, Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) berusaha mengisi kekosongan yang ditinggalkannya. Difahamkan bekas jurulatih Amerika Syarikat, Jurgen Klinsmann dicanang sebagai pengganti Bento. Klinsmann dilihat sebagai pilihan utama KFA untuk mengisi kerusi panas itu. Malah, menurut portal The JoongAng, KFA merancang bakal meneruskan rundingan […]
Gelagat R. Kogileswaran Terbaring Ketika Sesi Latihan Jadi Bualan

Pemain baharu pasukan Chungbuk Cheongju FC, R. Kogileswaran yang terbaring ketika sesi latihan tular dan menjadi bualan para penyokong Malaysia. Seperti yang sedia maklum, pemain berusia 23 tahun itu baru sahaja melengkapkan perpindahan ke kelab K. League 2 tersebut daripada PJ City FC. Bekas pemain Sri Pahang ini menyahut cabaran dalam perjalanan kariernya apabila beliau […]
Rasmi: R. Kogileswaran Sertai Kelab Korea, Chungbuk Cheongju

Pemain kelahiran Malaysia, R. Kogileswaran secara rasmi mengumumkan penghijrahannya ke kelab divisyen 2 Korea, Chungbuk Cheongju FC. Bintang berusia 24 tahun ini mula hangat diperkatakan selepas beliau memberi bayangan akan berhijrah ke luar negara bagi musim 2023. Sungguhpun pada awalnya, bintang Harimau Malaya ini dikaitkan dengan penyertaan ke kelab Singapura dan juga Thailand, beliau akhirnya […]
Tak Tunggu Lama, Kogileswaran Sertai Pra-Musim Chungbuk Cheongju Di Thailand?

Bekas bintang PJ City FC, R. Kogileswaran memberi bayangan mengenai perpindahannya ke sebuah kelab yang difahamkan terletak di Korea Selatan. Pemain berusia 24 tahun itu merupakan antara prospek terbaik yang dimiliki oleh Malaysia dikhabarkan berjaya menambat hati sebuah kelab divisyen 2 Korea, Chungbuk Cheongju FC. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram Storynya, […]
Kelab Korea Sambar Khidmat R. Kogileswaran

Bekas pemain PJ City, R. Kogileswaran difahamkan akan membuka lembaran baharu bersama salah sebuah kelab yang berpangkalan di Korea. Destinasi berusia 24 tahun itu mula menjadi tanda tanya selepas beliau meninggalkan pasukan yang secara rasminya tidak akan bersaing dalam Liga Super 2023. Namun begitu, beliau mula dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa buah kelab yang terletak […]
Jurulatih Korea Selatan, Paulo Bento Letak Jawatan

Kemenangan 4-1 Brazil ke atas Korea Selatan dalam pusingan kalah mati Piala Dunia 2022 awal pagi ini bukan saja menandakan berakhirnya perjuangan Pahlawan Taeguk dalam kejohanan. Malah, ia sebenarnya perlawanan terakhir buat Paulo Bento yang mengumumkan perletakan jawatannya sebagai jurulatih Korea Selatan. Bento yang mengambil alih pasukan pada 2018 mendedahkan beliau sudah mengambil keputusan untuk […]
Piala Dunia: Brazil Belasah Korea Selatan Untuk Mara Ke Suku Akhir

Brazil menepati status mereka sebagai pasukan pilihan Piala Dunia 2022 selepas membelasah Korea Selatan 4-1 dalam aksi kalah mati di Stadium 974 hari ini. Babak pertama menyaksikan Selecao membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi Vinicius Junior. Raphinha melarikan bola ke sebelah kiri pertahanan Pahlawan Taeguk sebelum menolak bola pantas ke dalam kotak penalti mereka. Walaupun […]
Korea Selatan Diamkan Portugal, Mara Ke Pusingan Kalah Mati

Portugal mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2022 sebagai juara Kumpulan H walaupun tewas mengejut 2-1 kepada Korea Selatan dalam perlawanan terakhir kumpulan di Stadium Bandar Pendidikan. Kemenangan mengejut ini membolehkan Pahlawan Taeguk mengiringi A Selecao ke pusingan kalah mati. A Selecao mendahului Pahlawan Taeguk seawal minit kelima menerusi penyerang Sporting Braga, Ricardo Horta. […]
Korea Selatan Mahu Balas Dendam Kepada Cristiano Ronaldo

Perlawanan Kumpulan H Piala Dunia 2022 membabitkan Korea Selatan dan Portugal bukan sekadar menentukan siapa layak ke pusingan kalah mati. Tetapi ini turut memberi peluang kepada Pahlawan Taeguk untuk membalas dendam ke atas Cristiano Ronaldo atas apa yang dilakukan kepada negara mereka beberapa tahun lepas. Bagi Portugal, mereka perlu menang atau seri jika mahu bergelar […]