Bekas Pertahanan FC Ryukyu Bakal Perkuat KL City

Bekas bek kiri pasukan kebangsaan Nazirul Naim Che Hashim bakal menyertai KL City untu saingan Liga Malaysia musim akan datang. Ini selepas Sabah mengambil keputusan untuk tidak mengekalkan khidmatnya susulan isu kecederaan yang membelenggu bekas pemain FC Ryukyu itu. Pendedahan tentang perpindahan ini dibuat oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menerusi ciapannya di Twitter. […]

KL City Bakal Sambar Tchetche Kipre?

Selepas namanya diumumkan sebagai sebahagian daripada 12 orang pemain yang dilepaskan Terengganu, ramai menyangka jodoh Tchetche Kipre dengan Liga Malaysia sudah berakhir. Tetapi nampaknya, jodoh penyerang Ivory Coast itu masih panjang selepas KL City dikhabarkan semakin hampir mendapatkan khidmatnya untuk saingan liga musim depan. Khabar angin ini didedahkan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran […]

Bojan Hodak Tolak Tawaran Mewah Demi KL City

Ketua Pengarah Eksekutif KL City, Stanley Bernard mengesahkan bahawa Bojan Hodak akan terus kekal sebagai ketua jurulatih KL City bagi musim baharu nanti. Menurut kenyataan Stanley di laman Instagram KL City, Bojan Hodak menjadi buruan banyak kelab gergasi Asia dan semestinya tawaran yang lumayan.  Sebelum ini, jurulatih berusia 51 tahun itu menerima tawaran daripada kelab […]

KL City Sasar Wan Zack Haikal Dan T. Saravanan

Selepas bergelar naib juara Piala AFC musim ini, KL City berhasrat untuk melakar pencapaian lebih baik pada musim hadapan. Justeru, pasukan bimbingan Bojan Hodak itu dikatakan mengintai khidmat Wan Zack Wan Haikal dan T. Saravanan bagi memperkukuh bahagian sayap pasukan. City Boys berharap dapat meminjam Wan Zack dari pasukan Perak lebih-lebih lagi selepas kelab itu […]

Bojan Hodak Bengang Dengan Pengadil

Susulan tewas tipis kepada pasukan Terengganu, jurulatih KL City, Bojan Hodak mengakui beliau tidak berpuas hati dengan keseluruhan perlawanan semalam. Jaringan yang dihasilkan oleh Kpah Sherman mencetuskan kontroversi kerana pemain KL City melihat bola terkena tangan Tchetche Kipre sebelum ditendang masuk. “Saya rasa kita perlu menang, dan jika saya bercakap mengenai pengadil, mereka akan saman […]

Info Siaran Langsung KL City vs Terengganu (Suku Akhir 1 Piala Malaysia)

KL City melayani kunjungan Terengganu di Cheras, Kuala Lumpur untuk perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 2022. KL City sebelum ini berjaya menewaskan cabaran PDRM manakala Terengganu mudah menewaskan Sri Pahang di peringkat 16 terakhir Piala Malaysia 2022. Kesebelasan Utama KL City vs Terengganu Info Perlawanan & Siaran Langsung KL City vs Terengganu Perlawanan: KL […]

Terengganu Jumpa KL City Di Suku Akhir Piala Malaysia

Pasukan Terengganu dan KL City mengesahkan slot ke pentas suku akhir selepas menewaskan lawan masing-masing dalam aksi pusingan 16 saingan Piala Malaysia 2022. Terengganu di bawah kendalian Nafuzi Zain mudah menundukkan pasukan Sri Pahang apabila mereka menang dengan agregat yang cukup besar iaitu 9-3. Perlawanan hari ini menyaksikan Terengganu menang 4-2 menerusi jaringan Kpah Sherman, […]

Pasukan Liga Malaysia Ungguli Senarai 10 Kelab Terbaik ASEAN Dalam Kejohanan AFC 2022

Tiga pasukan dari Liga Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim, KL City dan Kedah Darul Aman tersenarai antara 10 kelab terbaik ASEAN dalam kejohanan AFC 2022. Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang bersaing di kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL). Sementara pasukan KL City dan Kedah Darul Aman pula beraksi di pentas Piala AFC.  […]

KL City Bawa Pulang Lebih RM4.5 Juta Selepas Berjaya Mara Ke Final Piala AFC

Kuala Lumpur City bawa pulang kira-kira $970,000 jumlah keseluruhan hadiah bergelar naib johan Piala AFC 2022 beserta hadiah peringkat sebelumnya dan juga subsidi perjalanan. Subsidi yang diperoleh adalah untuk perlawanan kalah mati bertemu Viettel, Mohun Bagan dan Sogdiana masing-masing di tempat lawan. KL City juga berjaya memperoleh habuan sebanyak $100,000 selepas bergelar juara ASEAN (Zonal) […]

Info Siaran Langsung KL City vs Al-Seeb, Kesebelasan Utama – Final Piala AFC 2022

Pertembungan dua wakil baru di Piala AFC menemukan KL City dan Al-Seeb bakal dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada hari ini 22 Oktober 2022 jam 7.00 malam. Kedua-dua pasukan berjaya mara ke perlawanan akhir selepas berjaya menjuarai zon masing-masing dan berjaya menewaskan lawan masing-masing di perlawanan akhir antara zon beberapa minggu lalu. […]

Fandi Ahmad Anggap Bojan Hodak Sebagai Kunci Kejayaan

Bekas penyerang Kuala Lumpur, Fandi Ahmad mempunyai keyakinan tinggi KL City ada segala ramuan yang diperlukan untuk mencipta sejarah menjuarai Piala AFC 2022. Skuad warga kota akan turun menentang kelab dari Oman, Al Seeb dalam aksi final pada Sabtu, dan walaupun bermain di gelanggang sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil, ramai beranggapan KL City adalah […]

Safee Sali Berpeluang Cipta Sejarah, Dakap Piala AFC Kali Kedua

Bekas penyerang sensasi negara, Safee Sali berpeluang untuk mencipta sejarah peribadi  apabila berjaya membawa KL City ke perlawanan akhir Piala AFC 2022 ini.  Sebelum ini, beliau berjaya merangkul kejuaraan Piala AFC pada tahun 2015 ketika bersama Johor Darul Ta’zim dimana pada ketika itu adalah kejuaraan yang pertama buat JDT bagi Piala AFC.  Beliau yang kini […]

Rajagobal Beri Peringatan Kepada KL City

Bekas jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal mengakui KL City mampu menjulang Piala AFC 2022 ini kerana kelebihan yang mereka miliki.  Beraksi di laman sendiri bagi perlawanan akhir nanti, Rajagobal menyifatkan itu adalah kelebihan yang terbaik buat KL City selepas melalui laluan yang sukar sebelum tiba ke pentas akhir ini.  “Peluang itu nampak cerah kerana […]

Stadium Bukit Jalil Bakal Digunakan Untuk Final Piala AFC

Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) difahamkan bakal digunakan untuk perlawanan akhir Piala AFC 2022. Perlawanan akhir Piala AFC 2022 ini melibatkan pertembungan diantara KL City menentang kelab dari Oman, Al Seeb yang akan berlangsung pada 22 Oktober ini, hari Sabtu. Perkara ini telah dikongsikan oleh wartawan MakanBola, Syafiq Freman di laman sosial twitter beliau. Menurutnya, […]

Liga Super: Terengganu Hampiri Slot Asia Tewaskan KL City

Aksi Liga Super LS21 melibatkan pertembungan antara pasukan KL City dan Terengganu. Skuad kendalian Nafuzi Zain turun dengan barisan terkuat meletakkan gandingan Kipre, Faisal Halim dan Nik Sharif di bahagian serangan. Sementara KL City tempang tanpa pemain utama, Giancarlo Gallifuoco dan Declan Lambert yang direhatkan.  Jaringan pembukaan hadir menerusi pemain tengah Terengganu, Manuel Ott yang […]

Bojan Hodak & Ghaddar Bertemu

Ketua jurulatih KL City, Bojan Hodak dilihat bertemu bekas pemainnya iaitu Mohamad Ghaddar di sebuah kedai makan di Kuala Lumpur. Mohamad Ghaddar yang merupakan bekas pemain Kelantan beraksi di bawah kendalian Bojan Hodak pada tahun 2012 dahulu. Kedua orang hebat ini pernah mencipta sejarah bola sepak Kelantan apabila berjaya melengkapkan tiga kejuaraan semusim iaitu Liga […]